Tidak dinafikan saiz sayuran asparagus ini memang kecil, tetapi jika dimasak goreng belacan memang boleh terangkat selera.

Walau bagaimanapun harganya agak mahal dijual di pasaran dan sukar untuk mendapatkan asparagus ini kecuali ditanam sendiri.

Asparagus yan gsukar dicari.

Kerja menanamnya agak cerewet tetapi pokoknya mampu bertahan lama jika dijaga sebaik mungkin.

Kongsi cara Euis Maemunah dalam Grup Kebun Bandar dan boleh kita cuba tanamnya di laman sendiri.

Menurutnya sayuran asparagus ditanam melalui biji benih tetapi boleh juga menanam dari anak pokok.

Tanam Sendiri Asparagus Puas Makan

Langkah 1

Rendam biji asparagus dengan air bawang merah. Bawang merah kecil lagi bagus. Tujuannya sebagai perangsang pertumbuhan. Hiris 1 biji bawang merah kecil, tambahkan air 3-5 sudu besar air atau sehingga biji benih terendam dan biarkan semalaman.

Langkah 2

Sediakan tray dan media semai, masa tu saya guna peatmoss. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Bungkus dengan plastik hitam, letak ditempat gelap selama 2 hari. Lepas dua hari, buka plastik, dan letakkan ditempat teduh.

Langkah 3

Jangka masa tumbuh, bergantung pada lama mana biji benih disimpan. Semakin lama disimpan, semakin lambat akan tumbuh. Sebaiknya guna biji benih yang fresh,sebab lebih mudah tumbuh. Biji benih asparagus akan mula bercambah seawal 2-4 minggu. Ya, asparagus memang lambat bercambah. Harap bersabar dan jangan buang dulu bila 3 minggu belum bercambah.

Langkah 4

Setelah tumbuh 3-4 batang, pindahkan dalam pasu kecil. Media tanam boleh guna tanah campuran biasa beli dekat nursery. Guna baja tinja ayam.Pacakkan sebatang kayu, untuk tiang. Ikat pokok asparagus, sebab asparagus sangat lembut. Mudah rebah bila terkena angin dan hujan.

(Langkah Ke 5 ini khas buat mereka yang tanam dari crown atau pokok)

Asparagus lambat bercambah.

Langkah 5

Setelah 3-4 bulan, pindahkan lagi pada pasu agak besar. Kalau ada tanah luas, boleh tanam atas tanah terus. Jarakkan ±1 meter setiap pokok.

Langkah 6

Setelah tanam atas tanah, kena pastikan bersih dari rumpai dan baja sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali. Buang pokok yang sudah tua.

Letak baja seminggu ata dua minggu sekali.

Langkah 7

Pastikan batas tinggi untuk mengelakkan akar terendam, dan juga pastikan kena panas matahari sekurang-kurangnya 6 jam.

Pastikan batas tinggi.

Langkah 8

Apabila penjagaan cantik, Insya-Allah seawal 10-12 bulan sudah boleh dituai, walau rebung/tombak/spear tak berapa besar tetapi boleh ambil untuk dimakan.

Langkah 9

Asparagus dikatakan pokok matang setelah berumur 2 tahun. Masa ini, spears cukup besar.

Langkah 10

Asparagus ada pokok jantan dan betina. Pokok jantan, spears akan lebih besar tetapi sedikit setiap perdu berbanding pokok betina. Pokok betina pula, akan berbunga dan mengeluarkan biji benih. Spears keluar lebih banyak, tetapi saiz lebih kecil dari pokok jantan.

Gambar sekadar hiasan.

Cara Penjagaan Asparagus

1. Rutin pembajaan

Seminggu sekali atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Atau seminggu sekali menggunakan baja tahi ayam/baja kopi/npk16:16:16. Selepas bubuh baja, siram pokok. Boleh guna berselang seli. Jangan pula bubuh banyak jenis baja pada satu-satu masa.

2. Pembersihan kawasan

Buang pokok yang sudah tua. Caranya, tinggalkan rebung muda 2-3 batang dan buang semua pokok yang tua. Pokok muda ini berguna sekurang-kurangnya 6-8 minggu lagi baru boleh potong buang.

Dalam tempoh itu, bolehlah tuai rebung yang baru keluar. Kemudian bersihkan sekitar perdu pokok dari segala rumput. Agar makanan asparagus tidak dicuri rumput rumpai. Untuk memgatasi masalah rumput ni, boleh gunakan kaedah sungkupan/mulching.

Tip supaya asparagus keluar rebung setiap hari :

1. Baja seminggu sekali.
2. Buang rumput sekeliling perdu.

Info Tambahan:

– Jangka hayat asparagus boleh sampai 30 tahun. Jadi berbaloi menanam sendiri sayuran ini, 30 tahun boleh tuai.
– Harga pasaran asparagus juga sedikit mahal berbanding sayuran lain.
– Cara menyimpan asparagus juga amat mudah. Setelah diikat, masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti seduk. Boleh tahan sehingga 2 minggu dan tidak kecut.

Artikel berkait:

Tanam Sawi Guna Keratan Batang, Lepas 7 Hari Nampak Hasil

Mudahnya Tanam Bendi, Senang Jaga & Makan Tak Habis