
Isi Kandungan
Toggle
Satu masalah bila nak tukar stiker road tax adalah bila ditarik akan ada kesan gam yang tertinggal.
Walaupun perkara remeh tapi kesan gam ini dilihat mencacatkan keadaan cermin kereta apatah lagi jika kereta baru.
Agar kesan gam ini tidak bertambah setiap kali menukar road tax dan anda tak stres melihat kesan tersebut, sebaiknya ikut cara yang dikongsi di media sosial ini.
Ia terbukti berkesan menanggalkan stiker road tax dengan mudah!
1. Rendam kain dengan air panas.
2. Letakkan kain tadi di luar cermin kereta, betul-betul pada stiker road tax yang hendak ditanggalkan.
3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.
4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan stiker road tax berkenaan perlahan.
5. Dah siap! Stiker road tax tanggal dengan elok tanpa tinggalkan kesan gam.
Selamat Mencuba!
Sumber: FatinBella
Mudah Rupanya Buat Scone, Guna 3 Bahan Saja. Tak Perlu Pergi Cameron Highland Untuk Makan Ini

Isi Kandungan
ToggleMakan scone sambil menikmati suasana segar di Cameron Highland memang menyenangkan. Sebab itu sekali makan terus teringat-ingat.
Kalau tiada kesempatan untuk pergi atau tak mahu bersesak di sana waktu cuti sekolah ini bolehlah cuba buat sendiri scone. Sama sedap dan boleh buat banyak mana suka. Caranya dikongsi oleh Mell Abdul Rahman.
Mudah rupanya buat scone, guna tiga bahan saja
Tak payah pegi Cameron Highlands dah. Kalau beli seketul RM5. Buat sendiri bahan mudah, modal tak banyak.
Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat senang dan mudah. Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan strawberry jam yang dah manis. So saya tak pakai gula.
OPTIONAL:
Boleh pakai sedikit essen vanilla, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai)
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar segar
130g butter (lebih kurang 1/2 cawan)
INFO: Jenama terpulang, guna jenama ini sebab berada di Australia
Cara membuat:
1. Ayak sikit tepung biar dapat tekstur gebu gebas dan masukkan butter. Gaulkan dua bahan ini biar sampai jadi seperti serbuk roti.
2. Tuang secawan susu segar. Gaul lembut tak payah uli ya. Waktu ini kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam.
3. Sebatikan bersama penyek-penyekkan sikit dengan tangan.
4. Rehatkan doh dalam 10 minit.
5. Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya tidak melekat (kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit).
6. Leperkan doh (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat. Saya pakai acuan kecil untuk nampak comel.
7. Susun atas dulang pembakar.
8. Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikit susu. Kacau sebati jangan sampai berbuih.
9. Sapu atas scone.
10. Panaskan oven dan bakar scone suhu 250 darjah selama 15 minit, saya suka garing. Kalau tak nak, kurangkan sikit suhu atau masa. Agak panas tapi cepat masak.
11. Sejukkan scone, kemudian potong tengah.
12. Letak jem strawberi atau whipped cream. Siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Mell Abdul Rahman
Cara Buat Ikan Sambal Thai Yang Sedapnya Memang Lain Macam

Selalu buat ikan sambal saja, kali ini kita buat pulak ikan sambal Thai. Rasa memang lain dari ikan sambal yang kita buat kerana bahan yang bukan setakat cili dan bawang saja.
Nak cuba boleh ikut perkongsian Ameera.
Cara buat ikan sambal Thai
1. Gorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.
2. Ini bahan utama. Kalau nak pedas, tambah lebih. Semua bahan ni dikisar pakai chooper. Kalau tak ada chooper, boleh pakai lesung batu. Sebabnya kita nak hasil jadi kasar.
3. Pakai minyak goreng ikan tadi saja. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak maksudnya minyak dah bertakung atas sambal.
4. Masukkan 2 batang serai.
5. Masukkan daun limau. Batang tengah buang nanti pahit.
6. Tambah sos cili 2 sudu makan, sos tiram 2 sudu makan, dan mushroom seasoning. Kalau tak ada pakai secukup rasa. Sama saja.
7. Masukkan 1 sudu sos ikan (gambar sotong)
8. Gula somtan 1 sudu. Kalau tak ada guna gula putih.
9. Perah limau nipis satu biji. Gaul rata. Tak perlu letak garam dah, sebab sos ikan dah masin
10. Nak letak bawang silakan, tak nak pun tak mengapa.
11.Masukkan ikan dan gaul. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Ameera.
Cara Renew Pasport Online, Senang, Tak Perlu Beratur & Tunggu Lama Dah!

Isi Kandungan
Toggle
Syoknya keluar negara, tapi bila ingat bab renew pasport ramai pulak yang mengeluh. Kita dah boleh bayang barisan panjang dan penantian yang lama di pejabat imigresen walaupun sebenarnya dah keluar awal pagi
Tapi mungkin ada yang tak tahu atau tak perasan, sebenarnya untuk khidmat renew atau memperbaharui pasport boleh saja dilakukan menerusi dalam talian atau online. Jadi anda tak perlulah beratur panjang menunggu nombor dipanggil. Macam mana caranya? Boleh ikut perkongsian dari @Najib_Ayub
Renew passport online
Pernah tak pergi imigresen awal pagi mengharapkan boleh dapat nombor giliran yang terawal dan nak cepat settle. Sekali tengok line beratur dah panjang. Jangan risau sekarang kita dah boleh renew passport online guys.
Sebab aku baru je renew passport guna online. Jimat sikit masa , kalau tak bercamping laa aku dekat imigresen sampai ke petang. Cara dia senang je. Korang pergi website imigresen Malaysia.
1. Pergi ke link imigresen: https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport
2. Isi details yang diminta kemudian pilih cawangan imigresen untuk pick up pasport.
3. Kemudian upload gambar. Ini tricky sikit. Kalau gambar yang di upload tak kena spesifikasi, kena tangkap gambar semula dekat kaunter. Bila jadi macam ni, lama la nak tunggu siap pasport tu. Make sure background putih dengan gambar ‘sharp’ jangan blur ye.
4. Lepas semua dah isi online, submit dan boleh buat pembayaran online.
Untuk umur 13 -59 tahun : RM 200
Warga emas pula (60 tahun dan keatas) : RM100
Setelah semuanya selesai, akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.
5. Bila nak amik passport benda yang kena bawa ke pejabat imigresen adalah:
– Print resit online
– IC original
– Passport lama
7. Sampai kaunter terus ambil nombor, kata nak pickup passport online. Pastu dah boleh duduk tunggu sampai no kita dipanggil. Macam aku dia bagitau dalam 20 minit nanti dah boleh amik kalau gambar yang upload tak kena reject.
8. Tunggu punya tunggu, 5 minit dia panggil untuk sign borang pengesahan, 15 minit kemudian nombor dah kena panggil. Pergi kaunter terus amik passport. Nasib baik tak kena reject gambar, tidak lama lagi kena tunggu.
TIP
Kalau apply sebelum 12 PM, pasport boleh siap dalam hari yang sama. Petang dah boleh pergi ambil. Tapi kalau apply selepas kul 12 mungkin keesokan harinya siap. So tu je caranya. Senang kan.
Sumber:Najib Ayub