Satu masalah bila nak tukar stiker road tax adalah bila ditarik akan ada kesan gam yang tertinggal.
Walaupun perkara remeh tapi kesan gam ini dilihat mencacatkan keadaan cermin kereta apatah lagi jika kereta baru.
Agar kesan gam ini tidak bertambah setiap kali menukar road tax dan anda tak stres melihat kesan tersebut, sebaiknya ikut cara yang dikongsi di media sosial ini.
Ia terbukti berkesan menanggalkan stiker road tax dengan mudah!
1. Rendam kain dengan air panas.
2. Letakkan kain tadi di luar cermin kereta, betul-betul pada stiker road tax yang hendak ditanggalkan.
3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.
4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan stiker road tax berkenaan perlahan.
5. Dah siap! Stiker road tax tanggal dengan elok tanpa tinggalkan kesan gam.
Selamat Mencuba!
Sumber: FatinBella
Tak Payah Berpeluh Pakai Pam Atasi Singki Tersumbat, Ini Cara Paling Mudah. Cuma Guna 3 Bahan Dapur
Antara perkara yang boleh buat kaum ibu tension waktu berada di dapur adalah bila singki atau saluran air tersumbat.
Boleh bertimbun pinggan mangkuk dan ‘kecah’ dapur dibuatnya bila air melimpah dari singki. Kalau ahli keluarga pulak ramai dan kegemaran mereka makan apatah lagu. Memanglah perlu diselesaikan cepat masalah ini.
Selalunya kita akan guna pam atau pencuci khusus yang dijual di kedai pun untuk mengatasi masalah singki tersumbat, dan kalau serius sampai terpaksa panggil plumber yang upahnya boleh mencecah beratus ringgit.
Tapi sebelum marah-marah atau panggil plumber mak-mak boleh cuba cara yang dikongsi oleh Damia Hannah ini.
Menggunakan tiga bahan yang biasa ada di dapur iaitu cuka, baking soda dan air panas masalah singki, saluran bilik air ataupun longkat tersumbat pun boleh settel. Paling best tak berpeluh pun nak selesaikan masalah ini.
Salur bilik air akak tersumbat baru-baru ni, dah dekat 4 hari. Then baru teringat skill ni. tapi sebelum tu tak confident sebab dulu tak teruk macam ni. Yang ini block habis sinki. Longkat luar pun tersumbat.
Sebelum ini akak dah pernah tunjuk skill ni tapi takde video, now dapatlah buat testimoni sekali lagi. Disebabkan terlalu teruk akak beli 2 baking soda.
Cara-cara
1) Tuang baking soda dgn penuh kasih sayang dan kesungguhan.
2) Then masukkan pulak cuka. Tengok kemeluapannya. Tunggu jap 5 minit.
3) Masa ni saya off video pegi ambil air panas dan curah air panas yg baru menggelegak tu…. ! Pastikan panas tahap mggigil nak bawak tau.
4) Sabar tunggu .. akak punya proses ambik masa 1/2 jam lebih (Sempat pergi solat masa ni) selesai solat dengar bunyi gelegak dan air turun serta merta.
Info Penting! Jangan harap dapat hasil serta merta. Kena tunggu 30 minit barulah akan dengar bunyi air mengalir kembali.
Hasilnya
Saja nak enterframe selepas berjaya. Tak payah pening panggil plumber. Selamat mencuba.
Sumber: Damia Hannah
2,000 Usahawan Sertai Business Metamorphosis Bootcamp Anjuran RichWorks International
Siapa tak kenal mentor usahawan dan pakar pemasaran Datuk Wira Dr Azizan Osman. Telah banyak anak didiknya mencatat kejayaan dalam bidang perniagaan.
Mahu lebih ramai usahawan memacu perkembangan positif dalam bisnes, terkini melalui RichWorks International Azizan memperkenal program baru iaitu Business Metamorphosis Bootcamp (BMB).
Berlangsung dengan jayanya, hampir 2,000 usahawan yang merupakan anak didik bimbingan RichWorks dan mentor usahawan hadir untuk mengikuti seminar ini.
Antara topik yang disentuh dalam sesi ini adalah aspek kepimpinan, komunikasi, digital marketing, business metamorphosis dan transformasi dan sebagai.
Solusi Bisnes juga diberi melalui program Bimbingan Mentoring dan secara Aplikasi yang menawarkan Solusi Bisnes terkini yang memudahkan usahawan dalam menyelenggara kempen hingga ke jualan.
Semua aspek ini ini adalah bagi menyediakan usahawan dalam berdepan krisis dan cabaran dalam bisnes.
Terima kasih kepada RichWorks dan Enrichment Media Lab yang bekerjasama dengan Astro Media Solutions yang berkongsi pakej khas buat para usahawan yang hadir dalam bootcamp baru-baru ini.
Wang Simpanan Dalam Bank Pun Wajib Zakat, Begini Cara Kiraannya Setiap Hujung Tahun
Bila dah masuk tahun baru ramai yang berkira-kira dengan dividen dalam simpanan yang bakal diperolehi. Seronok mengira jika simpanan dah banyak, ditambah pula dengan dividen yang akan diterima.
Tapi dalam Islam dalam hak kita ada hak orang lain. Ramai yang tak sedar bahawa wang simpanan dalam bank kita pun diwajibkan membayar zakat sekiranya cukup haul atau syaratnya.
Macam mana nak kira zakat simpanan? Kita rujuk perkongsian daripada Lembaga Zakat Selangor ini.
Kiraan zakat untuk satu akaun simpanan
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Berikut adalah contoh kiraan mudah untuk wang simpanan dalam satu akaun.
Baki terakhir hujung tahun x 2.5%
Cara kiraan zakat untuk simpanan dalam beberapa akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Contoh:
Jika akaun A baki terakhir 3,000 tidak dikenakan zakat sebab bawah paras nisab RM 13,950 tapi bila dicampur akaun B ada RM 5000 akaun C Ada RM 8,000 total ada RM 16,000 maka zakat yg wajib ditunaikan adalah RM 16,000 x 2.5%=RM 400
Kaedah kiraan untuk ASB
Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2019.
INFO: Ini adalah kaedah kiraan zakat untuk negeri Selangor
Untuk bayar zakat ini boleh datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran atau tunaikan sahaja secara online di www.zakatselangor.com.my.
Sumber: Lembaga Zakat Selangor