Selain cili padi, serai, halia atau kunyit, lengkuas juga antara tanaman untuk kegunaan masakan yang boleh kita tanam di rumah. Nak buat tomyam, gulai, singgang dan sebagainya memang menggunakan lengkuas ini. Bila tanam sendiri dapatlah guna lengkuas yang segar.
Cara penanaman lengkuas ini pun mudah juga, kalau tiada benih boleh beli lengkuas di kedai untuk ditanam. Langkah penanaman boleh ikut seperti yang dikongsi oleh Irma Sheky.
Cara dan tip tanam lengkuas
Hari ini nak tanam lengkuas merah isi krim, boleh di kedai runcit saja. Lengkuas merah ini dua jenis, satu kulit merah isi pun merah & satu jenis lagi kulit merah tapi isinya putih krim.
Lengkuas merah ini memang sedap buat masak, walau pun saiznya besar gedabak tapi tak keras & mudah saja nak hiris.
– Supaya benih cepat bertunas, letak dalam bekas & isikan air. Agak-agak tenggelam 1/4 dari tinggi lengkuas (nanti warna lengkuas mungkin bertukar jadi hijau tapi bila dah tanam hasilnya tetap warna merah)
Ads
– Biarkan dalam 1-2 minggu sambil 3 hari sekali tukar air supaya tiada jentik-jentik. Bila dah naik tunas nanti bolehlah tanam dalam polibeg yang diisi dengan medium campuran cocopeat, topsoil dan sekam nisbah 3:1:1.
– Sekiranya nak tanam guna benih yang dah berakar pula boleh terus tanam seketul dalam polibeg.
– Siram sekali sehari tapi jangan bertakung. Dalam 2 minggu lengkuas akan mula bertunas.
Ads
– Usia 10 bulan, daun serta rizom dah padat dalam polibeg.
– Boleh terbalikkan dan ketuk-ketuk supaya akar renggang dari polibeg untuk keluarkan lengkuas.
Ads
– Baja dengan air beras, air basuhan ikan, kulut bawang dan kulit telur 2-3 minggu sekali
INFO: Tanam dalam polibeg lebih senang nak tuai, mudah untuk dicabut dan lerai.
Tidak dinafikan, kaum wanita sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan kulit wajah yang halus, mulus dan bebas cela.
Namun sebenarnya tidak perlu berbelanja mahal, sebaliknya hanya gunakan bahan dapur seperti cuka epal yang mana hasilnya sangat berkesan.
Seperti perkongsian Zilla Janis di laman sosial Facebook memberitahu penggunaan cuka epal boleh menghilangkan tompok hitam di wajah hanya dalam tempoh seminggu.
Menurutnya cuka epal ini juga bagus untuk mereka yang mempunyai masalah jeragat. Ini kerana ia bersifat antiseptik yang berfungsi untuk menyingkirkan bakteria dan menyucikan kulit.
Digalakkan untuk amalkan setiap hari bagi mendapatkan kesan lebih cepat dan masalah jeragat akan menjadi pudar.
Pudarkan Jeragat Dengan Cuka Epal
Bahan-bahan:
1sudu cuka epal
1sudu air suam
Kapas
Cara membuat:
1. Campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu air suam dalam mangkuk. Gaul sebati.
Sedikit cuka epal.
2. Ambik kapas. Rendam sikit sedikit dalam cuka epal tadi.
Gunakan kapas muka.
3. Kemudian sapu perlahan pada seluruh muka. Selepas beberapa minit, cuci bersih wajah.
Selalu ayam bahagian dada yang penuh dengan isi tak berapa laku di rumah. Kebanyakan suka ‘part’ yang ada tulang-tulang.
Biasanya supaya tak membazir kita potong kecil isi ayam ini dalam buat rencah bila masak nasi atau mi goreng.
Tapi selain buat rencah begini, boleh juga cuba idea dari Fdlah Ila ini. Bahagian isi ayam ini jadi menu ayam masak halia. Katanya olahan ini memang cepat saja licin bila hidang. Cara membuatnya juga turut dikongsi Fdlah Ila.
Isi ayam buat ayam masak halia, confirm cepat licin
Rumah saya ayam bahagian dada atau isi tak laku bila masak, suami dan anak pilih bahagian tulang saja. Kalau nak laku kena buat ayam halia, confirm cepat habis.
Bahan-bahan:
-Isi ayam – dihiris nipis
-Cili kering – dipotong
-Bawang merah – belah 6
-Bawang putih -dicincang
-Halia -dihiris nipis memanjang (guna banyak baru sedap)
-Sos tiram
-Serbuk lada hitam
-Sedikit tepung jagung
-Daun bawang -dipotong
NOTA: Kuantiti bahan ikut jumlah isi ayam
Dalam botol tu bukan mayonis ya, itu tepung jagung
Cara membuat
1. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak sama goreng bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris tadi. Bila dah sedikit layu terus angkat. Ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama, goreng ayam seketika dan masukkan sedikit air. Renehkan seketika.
4. Selepas itu masuk sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau. Kemudian masukkan semula cili kering, bawang dan halia yang ditumis.
5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air untuk pekatkan kuah. Kepekatan ikut citarasa.
6. Perasakan dengan garam dan kacau rata. Sebelum tutup api masukkan daun bawang.
Tanam anak pokok buah keliling rumah tapi asyik lupa nak siram. Atau pun lokasi pokok jauh jadi penat untuk berulang alik siram pokok.
Penyelesaiannya boleh ikut cara Shidee Roshadi. Ini cara paling bajet, tak perlu modal boleh guna botol atau plastik saja.
Caranya;
1. Ambil botol (botol air mineral/minyak) atau boleh guna guna plastik. Tebuk lubang halus menggunakan jarum.
2. Isi penuh air dan tutup. Letak botol atau plastik tadi dekat dengan tanaman/pokok.Titisan air dari lubang kecil tadi akan melembapkan tanah, jadi tak perlu lagi menyiram.
3. Supaya tak perlu siram lama boleh guna botol minyak yang besar. Lebih kukuh dan tak mudah terbalik.
4. Isi air jika nampak berkurang. Cara ini kata Shidee boleh bertahan hampir seminggu untuk anak pokok mangga dan juga kuinin yang ditanam.
5. Boleh juga beli alat ini dan sambung pada botol (boleh beli di Shopee).
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...