Awal bulan ini kita selalu beli barang online, termasuk barang untuk anak. Salah satunya kasut, maklumlah beli online lagi banyak pilihan. Lagi cantik.
Cuma satu masalah kita bila beli kasut secara online untuk kanak-kanak adalah selalu salah saiz. Rasa macam dah ukur betul tapi silap jugak bila dah sampai.
Jadi sebenarnya macam mana cara betul nak ukur saiz kasut anak kalau beli online. Dikongsi oleh seller kasut sendiri, Zuk Zuhaika ini caranya.
Tip ukur kaki anak untuk beli kasut secara online
Post ini nak ajar macam mana cara betul nak ukur tapak kaki anak jika nak beli kasut online.
Jangan bimbang, kalau betul cara ukur insya-Allah muat. Ini berdasarkan pengalaman jual kasut secara online masuk tahun ke empat dah.
Ads
Nak senang ikut cara ini;
1. Ambil kertas kosong dan letak kaki anak atas kertas. Lukis terus takap kaki anak ikut contoh dalam gambar.
Ads
2. Kemudian ambil pita pengukur atau pembaris, ukur dalam ukuran sentimeter atau cm sebab ukuran biasa seller beri adalah dalam ‘cm’ bukan inci. Ambil pada point hujung jari yang paling panjang.
3. Contoh kaki anak ini 20cm untuk saiz kasut, tambah 1cm saja! Ini bukan beli baju nak tambah 3cm. Beli baju besar boleh pakai tapi kasut kalau besar kena simpan dalam almari la jawabnya.
4. Bagi budak ini ambil saiz 21cm gitu. Mudah kan.
Ads
Cara alternatif
Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.
Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.
Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.
Dalam rumah selalu ada bahagian dinding yang banyak suis. Di situlah kotak loceng rumah, suis kipas, lampu, kotak elektrik atau Main Circuit Breaker (MCB) dan kadang-kadang situlah tempat kita gantung kunci.
Bagi yang suka rumah dalam keadaan tersusun, mungkin akan nampak ruang dinding ini tak kemas dan mencari cara untuk memastikan ia nampak teratur atau menutupinya. Antara idea yang boleh dipraktikkan adalah dari Siti Fatimah Ahmad ini.
Idea cover dinding banyak suis
Sebelum ini kalau ambil pic mesti dinding ni dielakkan. Rasa macam tak elok gambar yang diambil sebab kedudukkan suiz, loceng dan kotak MCB yang berselerak.
Jadi saya build in satu kabinet untuk cover semua bahagian dan cuba pelbagaikan kegunaan untuk menyimpan kunci dan bil- bil rumah.. Taraa ini lah hasilnya…
Boleh panggil tukang buat kabinet buat macam ni. Selain ‘cover semua suis dan kotak MCB, kabinet ini juga pelbagai guna.
Bahagian atas jadi tempat letak kunci.
Bahagian bawah boleh jadi tempat letak kasut.
Cantik deko bila dah tambah dengan kabinet pelbagai guna.
Bila bercucuk tanam di kawasan rumah mesti tidak terlepas daripada masalah serangga perosak. Kalau dah kena dan dibiarkan memang habis tanaman.
Sebab itu ramai sanggup buat bermacam-macam cara untuk menyelamatkan tanaman dari jangkitan kulat, kutu, hama, siput, semut dan sebagainya. Malah ada yang sanggup membeli segala macam baja dan racun untuk mengatasinya.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk atas masalah serangga perosak tanaman ini. Modalnya cuma gunakan baking powder yang ada di rumah saja. Caranya boleh ikut perkongsian dari Malmisa Swak Lis Lis ini.
Kegunaan baking soda pada tanaman kena serangan perosak
1. Hilangkan kulat /jangkitan kehitaman
Ambil 1 sudu baking powder dan campur dengan 1 liter air. Sembur pada bahagian yang terkena jangkitan.
2. Elak siput babi
Tabur baking soda keliling tanaman, katanya siput akan melecur jika terkena baking soda.
3. Jika pokok kena serangan bena putih (keputihan)
Campurkan bahan berikut;
1 sudu baking powder +
1 sudu cecair pencuci pinggan
1 liter air
Semburkan tiap minggu pada pokok hingga hilang keputihan.
4. Daun berlubang akibat ulat
Buat campuran baking powder dan tepung jagung kemudian tabur pada tanaman.
5. Masalah semut pada tanaman
Campurkan baking powder dengan sedikit gula kemudian tabur di laluan semut.
Ikan lengat atau ikan rebus asam jawa ini lauk ‘legend’ dari utara tanah air. Ikan ini bila digoreng memang sedap sama ada makan dengan nasi atau ratah saja. Rasa masam masin cukup untuk buat kita berselera makan.
Bagi yang rindu nak makan ikan lengat ini bolehlah buat sendiri. Ikut saja panduan yang dikongsi oleh AishahYap.
Cara buat ikan lengat
1. Siang ikan macam biasa dan kelar.
2. Ramas asam jawa bersama setengah cawan air. Masukkan garam dua sudu makan.
3. Masukkan ikan. Salut asam jawa dengan seluruh bahagian ikan. Biar kena semua. Perap 30 minit (lagi lama perap lagi sedap).
4. Masukkan dalam periuk, masak atas api sederhana. Bila mendidih sikit terus tutup api, jangan rebus lama nanti ikan jadi lembik susah nak goreng. Kemudian biar ikan suam.
5. Panaskan minyak. Goreng macam biasa sampai garing macam dalam gambar.
Ini bukan hangit ya, memang ikan lengat macam ni rupanya. Ikan ini bila digoreng boleh makan sampai ke tulang kerana tulang ikan jadi rangup dan lembut. Nikmat tak terkata.
INFO
Jangan bimbang garam tak menyebabkan rasa masin kerana penggunaan asam jawa. 2 sudu makan garam dan segenggam asam jawa itu untuk 12 ekor ikan. Kalau buat 5-6 ekor, boleh kurangkan. Letak garam 1 sudu makan.