Awal bulan ini kita selalu beli barang online, termasuk barang untuk anak. Salah satunya kasut, maklumlah beli online lagi banyak pilihan. Lagi cantik.
Cuma satu masalah kita bila beli kasut secara online untuk kanak-kanak adalah selalu salah saiz. Rasa macam dah ukur betul tapi silap jugak bila dah sampai.
Jadi sebenarnya macam mana cara betul nak ukur saiz kasut anak kalau beli online. Dikongsi oleh seller kasut sendiri, Zuk Zuhaika
ini caranya.Post ini nak ajar macam mana cara betul nak ukur tapak kaki anak jika nak beli kasut online.
Jangan bimbang, kalau betul cara ukur insya-Allah muat. Ini berdasarkan pengalaman jual kasut secara online masuk tahun ke empat dah.
Nak senang ikut cara ini;
1. Ambil kertas kosong dan letak kaki anak atas kertas. Lukis terus takap kaki anak ikut contoh dalam gambar.
2. Kemudian ambil pita pengukur atau pembaris, ukur dalam ukuran sentimeter atau cm sebab ukuran biasa seller beri adalah dalam ‘cm’ bukan inci. Ambil pada point hujung jari yang paling panjang.
3. Contoh kaki anak ini 20cm untuk saiz kasut, tambah 1cm saja! Ini bukan beli baju nak tambah 3cm. Beli baju besar boleh pakai tapi kasut kalau besar kena simpan dalam almari la jawabnya.
4. Bagi budak ini ambil saiz 21cm gitu. Mudah kan.
Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.
Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.
Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.
Sumber: Zuk Zuhaika