Cara ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Maybank2U Jika Bimbang Duit Simpanan Hilang Akibat Scammer

Share

Ramai dalam kalangan kita membuat tabungan atau simpanan di Tabung Haji. Bukan setakat untuk kegunaan mengerjakan haji kelak tapi juga simpanan kecemasan.

Namun kejadian kehilangan wang akibat perbuatan scammber yang berleluasa sekarang menimbulkan kerisauan apatah lagi ada kes yang tular turut melibatkan simpanan di Tabung Haji.

Buat mereka yang bimbang tentang keselamatan wang simpanan di Tabung Haji, antara alternatif yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kecurian wang secara online ini adalah ‘unlinked’ akaun TH dengan akaun perbankan lain.

Dikongsi oleh Azila Abu Kasim berikut adalah cara untuk unlinked akaun Maybank2U dengan akaun TH.

Cara linked & unlinked akaun Tabung Haji dengan Maybank2U

Saya kongsikan cara linked dan unlinked akaun Maybank 2U daripada Akaun Tabung Haji.

1. Buka website Maybank 2U yang baru. Bukan yang classic ya. Log in, masukkan password.

2. Pergi setting.


3. Tekan Accounts.

4. Tekan Tabung Haji

5. Tekan Accounts


6. Boleh Linked – bagi sesiapa belum pernah linked akan nampak ini ATAU
BOLEH UNLINKED bagi yang telah linked kan.

Unlinked

 

INFO

Bagi pemegang akaun CIMB, perlu pergi ke ATM mesin bank untuk unlinked ke Tabung Haji.

Akaun Bank lain-lain mungkin sahabat sekalian boleh hubungi customer service bank masing-masing. Jangan panik ya.

Nota: Jika akaun perbankan online kita memang mempunyai link dengan TH, risiko untuk diceroboh sentiasa ada. Ini antara cara untuk kita mengurangkan risiko.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Azila Abu Kasim

Published by
VK