Kalau tanya pada kaum wanita apa kerja rumah yang paling malas nak buat dah tentu kebanyakkannya menjawab menguruskan kain baju terutama sekali bab melipat.

Tapi mahu tak mahu kena lakukan juga, kalau tidak bertimbun dan berserabutlah bilik atau rumah dengan pakaian.

Bagi yang mahu mengurangkan stress melipat kain mungkin boleh mempraktikkan cara yang dilakukan oleh Dr Hani Mynis ini. Pengurusan baju yang dipraktikkan memang tip top. Menggunakan konsep open wardrobe, kebanyakannya tak perlu dilipat tapi tetap kemas!

Tip pengurusan pakaian open wardrobe

Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yg Hani paling malas nak buat ialah melipat baju. Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”.

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat Tapi Tetap Kemas
Open wardrobe bahagian ibu dan ayah Aqil, atas bahagian Hani, bawah bahagian suami.

Ini adalah tip pengurusan pakaian yang Hani praktikkan:

Kena buat spring cleaning untuk baju yg banyak (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju). Contohnya:

  • Baju yg dah tak muat boleh diberi orang
  • Baju yg koyak (yg kita rasa kita akan jahit tapi dah lebih sebulan tak jahit, bolehlah dibuang, sebab kalau baju tu “penting” atau kita sayang confirm kita dah jahit tak tunggu berbulan).
  • Baju, tuala, cadar yg kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) bolehlah dibuang.
  • Baju free atau baju promosi yg kita tak akan pakai dah boleh diberi org atau diguna semula.

Gunakan rule ni!  Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jgn beli.  Perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, ini lah prinsip Hani. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yg kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang haha

Selain itu:  Lepas Pakai, Lipat! DIY Foldable Table Pelbagai Guna, Jimat Ruang & Wang Modal RM17 Saja

Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.

IKLAN

1. Baju anak

Ini open wardrobe untuk baju anak, Aqil.  Baju jalan, baju raya dan baju harian diasingkan.

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat Tapi Tetap Kemas

2. Baju kurung/ baju raya /baju kerja disusun ikut warna

 

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat Tapi Tetap Kemas

3. Tudung pun gantung ikut warna

 

IKLAN

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat Tapi Tetap Kemas

4. Baju formal suami /baju raya/ baju melayu

 

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat Tapi Tetap Kemas

Ini baju harian suami

 

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat Tapi Tetap Kemas

IKLAN

5. Cara jemur baju dalam bilik

 

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat Tapi Tetap Kemas

Ini bahagian untuk jemur baju, atas baju basah.  Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan. Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju. Bawah bahagian hanger.

Bila jemur baju, Hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok dah.

Tip kalau nak jemur baju dalam rumah

  • Pakai pencuci baju yg sesuai utk indoor drying (ada tulis anti-malodour) so baju tak akan berbau kepam dan hapak. Hani suggest Top (untuk jenis serbuk) dan Breeze utk jenis liquid.
  • Jemur sebelah tingkap sedekat mungkin
  • Ada pengudaraan tambahan (on kipas)
  • Jangan jemur baju banyak-banyak sekali gus (jarak baju) – dalam gambar atas tu baju dah kering tapi tak transfer ke bhgn kanan lagi.

6. Tip ekstra

  • Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi nak pergi kerja.
  • Untuk tuala, khaskan dua helai tuala utk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kitorg takda dryer haha. Sediakan dua tuala utk tetamu.
  • Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu.
Selain itu:  Kalau Nak Selesaikan Hutang RM20K Dalam Masa 2 Bulan, Boleh Ikut 3 Tip Yang Dipraktikkan Wanita Ini

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat Tapi Tetap Kemas

  • Mana-mana pakaian yg lebih yg rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dlm bekas tertutup (utk elakkan debu bertahun) dan pastikn bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dlm tu.

Selamat mencuba semua!

Sumber:Hani Mynis

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI