Teringin tanam sayur tapi duduk di kediaman yang punya laman kecil atau duduk di rumah jenis apartment mahupun kondominium. Ruang tak banyak untuk bercucuk tanam.
Jika nak teruskan hobi ini boleh saja, ikut cara tanam sayur ini. Guna cawan plastik saja. Kalau pandai atur banyak sayur boleh ditanam.
Nak cuba tanam? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ridh Art Lim.
Tanam sayur dalam cawan plastik
1.Sediakan 2 jenis cawan plastik, satu bersaiz besar dan satu lagi bersaiz kecil.
2. Tebuk lubang pada penutup cawan besar agar cawan kecil boleh masuk separuh.
Ads
3. Masukkan air yg telah dicampur dengan sesudu teh Ajinomoto (sukatan 1 sudu teh Ajinomoto bersama satu liter air.
4. Dalam cawan kecil buat lubang dan masukkan tanah berbaja dicampur cocopeat. Semai anak pokok di dalam cawan kecil.
Ads
5. Sebaik-baiknya spray atau cat cawan besar dengan warna hitam agar tidak ditembusi cahaya mentari supaya tak berlumut.
6. Seeloknya apabila akar dah keluar, kurangkan air dalam cawan besar.
Ads
Boleh tanam macam-macam sayur kangkung, baby kailan, sawi, salad dan sebagainya. Untuk pokok cili dan terung kena sediakan bekas besar.
Bagi yang minat bercucuk tanam terutama yang tinggal di flat atau apartment, masalah laman atau tiada kawasan buang alasan. Mereka akan kreatif guna pelbagai bekas untuk bercucuk tanam dari botol, polibeg, pasu dan sebagainya.
Tapi supaya tanaman menjadi jika menanam dalam bekas atau pasu ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Dipetik dari Kebun Bandar berikut adalah perkara yang perlu dijaga.
1. Lokasi pasu
Di mana tempat kita hendak meletakkan pasu dan bekas tanaman kita. Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan.
2. Tanaman
Kita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak ditanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Untuk pemula, dicadangkan menanam kangkung dan bayam kerana kedua tanaman itu sangat senang tumbuh.
Cuba tanam dahulu di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih. Kemudian apabila sudah menuai tanaman tersebut, boleh cuba dengan tanaman lain. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Apa yang penting? – Pengalaman.
3. Pengairan
Ramai yang ingat tanam menggunakan bekas tidak perlukan sistem pengairan yang baik. Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman. Pengairan bermaksud air siraman diserap oleh pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman.
Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan dengan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan seterusnya boleh menyebabkan kematian pokok. Pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar dari pasu. Ingat! Kita tidak tanam pokok air tetapi kita tanam pokok darat.
4. Baja
Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien tetapi tidak di dalam bekas. Oleh itu selalulah bekalkan kompos sebagai baja organik kepada tanaman kita di dalam bekas. Selang selikan dengan baja kimia jika kita lihat kesannya lambat.
5. Media tanaman
Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos.
Campuran kompos dan tanah atas (top soil) sangat disarankan. Di samping kompos boleh menjadi baja, ia juga bertindak sebagai media yang bagus untuk penanaman pokok kita seperti tanaman sayur. Ringan adalah kunci utama untuk penanaman dalam pasu.
6. Penyiraman
Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman.
Terdapat beberapa inovasi yang boleh kita gunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih, boleh upgrade menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi. Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan terbuang seperti menggunakan botol plastik.
Bagi rumah yang lantainya simen, biasanya kita akan alas dengan tikar getah untuk nampak lebih cantik.
Tapi masalah tikar getah ini ia mudah koyak dan perlu diganti baru. Tapi sekarang selain tukar tikar getah ada saja alternatif lain yang kediaman yang mempunyai lantai simen.
Boleh guna teknik cat lantai menggunakan cat epoxy. Lebih kemas dan cantik. Boleh buat sendiri dan siap dalam masa sehari seperti yang dilakukan oleh Man Masyitah.
Kali pertama menggunakannya selepas disaran oleh rakan netizen untuk menggantikan tikar getah yang sudah koyak menurut Man Masyitah caranya juga cukup senang.
Cat epoxy ganti tikar getah lama
Sorry u all since posting sy pasal cat epoxy ganti tikar getah lama yg koyak tu bertubi-tubi comments masuk. Sorry tak dpt nak response semua comment coz terlalu banyak sangat.
Saya pun baru 1st time cat epoxy ni di rumah yg saya sewa ni. Sebelum ni pakai tikar getah jer. Idea ni dapat dari member kita jugak dalam group ni thanks ya..
Cat ni nama epoxy ivory heavy duty
Saya beli 5 liter RM135 jer
Cara pengunaannya
Cat ini kena bancuh dengan epoxy hardener
Once dah bancuh kena gunakan sampai habis kalau tak cat akan membeku.
Tempoh masa utuk kering lebih kurang 2 jam tapi better biarkan seharian.
Banyak pilihan warna juga antaranya grey, green yellow dan banyak lagi.
Saya cat menggunakn brush roller yg kecil, contoh dalam gambar.
Kalau boleh gunakan brush kecil untuk sapu bahagian tepi dahulu kemudian baru lah guna roller di bahagian tengah.
Buah tomato antara sayur yang sering kita guna dalam masakan, boleh kata hampir setiap hari.
Jadi kalau nak tanam pokok tomato di rumah memang berbaloi. Cara penanaman dan penjagaannya pun mudah.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Leya Aalieya yang berkongsi cara penanaman dari semai biji benih sampailah pokok tomato berbuah.
Cara tanam tomato dari semai sampai pokok berbuah
1. Mula-mula sediakan medium dan biji benih (medium ikut cita rasa, boleh guna cocopeat atau tanah hitam sawit). Saya guna tanah biasa kemudian tabur biji benih atas medium. Letak di tempat yang kena matahari, siram pagi petang.
2. Kalau benih elok dalam 5 hingga ke 7 hari mesti akan bercambah.
3. Bila dah tumbuh besar macam ini (atau ada 4 daun) baru pindah ke tapak tumbesaran, saya guna polibeg.
4. Ini selepas pindah dalam polibeg.
5. Saya guna tanah biasa dicampur dengab pasir halus dan abu ( bakaran dedaunan kering). Nak guna tanah hitam, tanah kompos lagi bagus, cocopeat pun boleh.
6. Bila dah besar macam ini boleh lah letak baja. Baja apa-apa pun boleh ikut kemampuan masing-masing. Saya letak kulit bawang dan baja tinja ayam.
7. Untuk penjagaan pula boleh sembur racun serangga organik/kimia. Saya sembur racun serangga kimia 2 minggu sekali.