Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD kini sudah menjadi wabak. Malah sudah ada kanak-kanak yang meninggal dunia disebabkan penyakit ini.

Ibu bapa jadi bimbang untuk meninggalkan anak di rumah pengasuh ataupun taska kerana penyakit ini terlalu mudah berjangkit iaitu hanya dengan bersentuhan.

Bagi mengelakkan dijangkiti kita disaran menjaga kebersihan selain menggunakan disinfektan atau cecair pembasmi kuman. Ramai yang sedar dan mempraktikkannya.

Namun menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad penggunaan cecair ini tidak akan berkesan membunuh virus E71 yang dikaitkan dengan wabak HMFD ini jika kita memilih kandungan ethanol yang tidak mencukupi.

IKLAN

Jelas beliau dalam posting di laman sosialnya, kandungan ethanol yang dipilih untuk produk disinfektan mestilah 95 % untuk membunuh kuman EV71.

“Untuk mencegah HFMD, kebersihan rumah, taska dan tempat awam harus diberikan perhatian. EV71 adalah lali kepada banyak jenis disinfektan (cecair pembunuh kuman) .

Kajian menunjukkan cecair yang mengandungi 95% ethanol diperlukan untuk membunuh 99.99% virus EV71.

Bahan pencuci tangan yang mengandungi 75% ethanol, begitu juga cecair pencuci tangan yang mengandungi 0.5% chlorhexidine gluconate in 70% isopropanol TIDAK berkesan membunuh virus EV71.”

IKLAN

Doktor dah terangkan kandungan yang perlu ada, jadi pastikan sebelum beli baca label supaya produk yang dibeli betul-betul dapat basmi kuman HMFD.

Selain itu:  Cara Sediakan Air Rebusan Buah Zuriat, Bantu Wanita Ini Hamil Selepas 2 Tahun Menunggu

 

IKLAN

 

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI