Cemas Fikir Duit Bila Isteri Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak Tapi Ajaibnya Pintu-pintu Rezeki Faizal Terbuka Entah Dari Mana

Share

 

Kematian bayi Adam Rayqal di rumah pengasuh kelmarin mencetuskan kebimbangan terutama ibu bekerja yang menyerahkan tugas menjaga anak mereka kepada pengasuh.

Bukan suka, tapi keadaan ekonomi memaksa ibu bekerja. Rezeki setiap ibu tak sama, ini yang ditegaskan oleh ramai kaum hawa.

Pengacara Faizal Ismail atau FBI juga berkongsi pengalamannya yang hampir sama menghantar anak tapi ke nursery, namun satu ketika isteri membuat keputusan berhenti kerja demi menjaga sendiri.

Baru memulakan kerjaya, keputusan itu memang mencemaskan dirinya dari segi kewangan bagaimanapun ujar Faizal selepas keputusan  dibuat dia melihat perubahan yang cukup positif dalam keluarga termasuk pintu rezeki yang terbuka entah dari mana-mana.

 

Pernah lalui pengalaman kehilangan anak

Teringat hantar anak ke nursery

Isteri berhenti kerja bila lihat anak tak happy

 

Cemas dengan kewangan tapi berserah kepada Allah

(Sambungan)…. kami redah kehidupan di KL yg serba mencabar ini dan berserah kpd Allah.
Pada peringkat awal, ia agak mencemaskan dan di sudut hati saya masih mengharapkan satu hari nanti isteri akan bekerja semula utk membantu kewangan keluarga.
.
Selepas satu fasa yg agak lama isteri berada di rumah, kami dpt merasakan perubahan yg lebih positif berlaku kpd hidup. Walau gaji tak setinggi mana, dari segi kehidupan kami lebih berjimat kerana tiada kos utk isteri keluar bekerja, tiada bayaran tambahan utk nursery atau org gaji, tidak makan di luar dgn kerap. Paling penting, hati semakin tenang kerana tiada kebimbangan tentang anak yg kini di bawah jagaan ibunya sendiri.

Tapi pintu-pintu rezeki terbuka entah dari mana

Secara tidak sedar, motivasi diri saya semakin meningkat dalam semua aspek termasuk pekerjaan dan tak lama selepas itu segala2nya sgt positif, pintu2 rezeki terbuka entah dari mana dan saya berjaya mencapai tahap yg saya mahukan dlm kerjaya saya sbg seorg penyampai dan pengacara. Alhamdulillah!

Selepas kehilangan anak kedua, Allah gantikan dengan tiga lagi cahayamata dan sehingga kini semua di bawah jagaan kami tanpa perlu isteri bekerja semula. Kami tidaklah kaya tetapi Alhamdulillah kami rasa semuanya cukup dan bahagia. Itu adalah definisi “kekayaan” sebenar buat kami.

Duit memang tak cukup tapi dapat kebahagiaan lain

Ini hanya perkongsian secebis kisah dari kehidupan saya sebagai manusia biasa, suami dan ayah. Saya dan isteri bukanlah ibu bapa contoh kerana kami juga tidak sempurna…namun sekiranya ada ibu bapa yg berazam utk menjaga sendiri anak2, saya dan isteri mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan sentiasa berserah kepada Yang Maha Esa.

Logik akal kita mungkin mengatakan angka2 RM yg kita dapat dalam sebulan tidak akan cukup.. tetapi jika kita seimbangkan dgn faktor2 kebahagiaan lain dalam kehidupan.. InshaAllah nilai tambahnya akan nampak lebih ketara. Lagipun harga sebuah kebahagiaan tidak mampu dibayar dgn RM berjuta.

Kehidupan kita adalah berdasarkan apa yg kita mahu capai. Kita tidak boleh hidup dengan merujuk kepada kehidupan org lain. Usaha dan berserahlah kpd Dia.. Maha Mendengar dan Memberi.

 

Sumber: faizalfbi76

 

 

 

 

Published by
VK