
Selalu kita lihat cerek dijadikan pasu bunga hiasa tapi idea ini lain sikit. Rupanya boleh juga dijadikan dekorasi dinding yang comel.
Idea ini merupakan perkongsian daripada Puteri Fhara Ryan. Kalau diperhati cara nak buat pun senang.
Bahan diperlukan:
Cerek lama
Cat (spray)
Hiasan – manik, tisu decoupage, gam, dawai
Papan
Cara membuat:
1. Spray cat pada cerek. Cat juga tangkainya. Biarkan kering.

2. Tampal dengan hiasan bunga tisu decoupage, manik mutiara mengikut kreativiti.


3. Untuk nampak seperti air menitis gam manik pada dawai kemudian lekat pada muncung cerek.

4. Lekatkan cerek yang siap dihias pada papan yang telah dicat. Letak juga cawan serta piring untuk melengkapkan hiasan cerek.

Dah siap! Selamat mencuba.
Sumber: Puteri Fhara Ryan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Masak Singgang Ayam Pun Boleh. Lauk Senang Buat Tapi Sedap Sangat

Selalu bila masak singgang kita guna ikan, cuma jenis ikan saja yang berbeza ikut cita rasa. Tapi selain dari ikan kita juga boleh masak singgang menggunakan ayam.
Singgang ayam ini antara menu biasa di negeri Pantai Timur. Bagi yang tak pernah cuba boleh masak mengggunakan cara yang dikongsi oleh Myra Edora. Lauk ini juga cukup ringkas, cuba gaul dan rebus saja. Senang tapi sedap sangat. Makan pulak dengan sambal dan ulam, terbaik gabungannya.
Cara buat singgang ayam, senang tapi sedap sangat
Bahan-bahan:
Ayam dipotong dan dibersihkan
Bawang merah – hiris
Bawang putih – hiris memanjang
Halia – hiris memanjang
Lengkuas – hiris
Serai – ditumbuk
Rempah ketumbar – tumbuk
Lada kering – dipotong
Cili api
Asam keping
Garam
Gula
Budu

Cara membuat
- Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk. Gaul rata.

2. Letak budu, garam gula sekali dan gaul lagi.

3. Tuangkan air ikut sukatan yang dikehendaki tapi jangan terlebih.
4. Buka api dan rebus hingga mendidih dan ayam masak.

Tip: Lebihkan bawang merah dari bawang, lagi sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Myra Edora
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kalau Ada Kawan Liat Nak Bayar Hutang Boleh Bawa Ke Mahkamah. Tak Perlu Peguam Pun

Ramai kalangan kita yang tak sanggup tolak permintaan rakan yang datang untuk meminjam wang bila dalam kesempitan. Kita sanggup keluarkan duit simpanan untuk membantu.
Namun malangnya niat yang baik ini tak dibalas sepatutnya bila hutang yang diberi tak pula dibayar.
Ada yang sampai jadi macam pengemis meminta dipulangkan duit sendiri. Kalau dah makan masa sampai bertahun tapi tak juga dibayar rasanya sudah sampai masa ambil tindakan.
Ramai tak tahu rupanya kita boleh bawa kes begini ke mahkamah sivil untuk menuntut supaya rakan membayar hutang dalam tempoh 30 hari. Menariknya khidmat ini tak perlu guna peguam pun. Perkara ini dikongsi oleh Doc Ensem berdasarkan pengalaman sahabatnya.
Susah sangat nak mintak hutang, ini caranya…
Alhamdulillah, selesai sesi penghakiman di mahkamah sivil Shah Alam. Buat tuntutan hutang daripada kawan yang liat nak membayar dah lebih setahun. Akhirnya terpaksa guna kuasa undang-undang utk paksa dia bayar dlm masa 30 hari dari hari ni.
So, kepada kawan-kawan lain yg ada org berhutang dengan anda tapi liat bayar, anda boleh guna cara ini. Tak perlu lawyer pun.
Just pergi ke Mahkamah Sivil cakap nak buka fail tuntutan kecil, bayar RM20 dan beritahu tuntutan anda kepada siapa, dan fakta pinjaman yg diberi (mesti RM5 ribu ke bawah sahaja ya!)

Arahan bayar dalam masa 30 hari atau kena hukuman
Mahkamah akan bagi surat panggilan untuk pendengaran depan hakim. Kalau defenden mengaku salah meminjam tapi tak bayar, mahkamah akan bagi arahan utk bayaran segera dalam masa 30 hari.
Kalau masih tak bayar dalam tempoh itu, plaintif boleh buat tindakan mahkamah semula dan kali ni hukuman lebih berat iaitu defenden kena bayar on the spot atau harta disita atau waran tangkap dikeluarkan utk ditahan.
Ini pengalaman saya hari ni. First time masuk kamar penghakiman. Apa pun syukur semua sudah selesai. Just tunggu duit dipulangkan sahaja. Amiinnnnn.
Kredit : Doc Ensem
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Langkah Mudah Tanam Jagung Gred A, Isi Padat. Boleh Tanam Tepi Rumah Saja

Bagi yang hobi bercucuk tanam, jagung antara yang boleh dicuba. Tak perlu ruang banyak, tanam tepi rumah pun boleh termasuklah jagung gred A yang penuh isinya.
Seperti perkongsian Azuan Abdullah beliau telah beberapa kali menanam jagung gred ini di rumah menggunakan tong cat, tayar dan semuanya menjadi.
Bagi yang nak cuba Azuan berkongsi tip dan langkah menanam jagung yang isinya cantik, padat.

Langkah tanam jagung tepi rumah
1. Boleh tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik.
2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1/lubang point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Anak saya Aqeel tanam 4 point.
3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus.
4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point.
5. Umur 10 hari dah boleh mula siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point.
Buat kaedah siraman ini dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari.
6. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi.
Lakukan kawalan ini dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang, seminggu sekali pun ada saya sembur.
7. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja. Lakukan siraman sebegini hingga pokok berumur 30 hari.
8. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS. Lakukan hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.

Kaedah ini telah uji tanam berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam dalam tong cat dan ada juga tanam dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.
Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia.
Sumber: Azuan Abdullah
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!


