Kita selalu nampak kerja-kerja pemotongan rumput di tepi jalan raya. Biasanya, bila kerja ini dilakukan akan ada batu-batu kecil terpelanting akibat terkena mesin.
Banyak kejadian batu ini melantun terkena cermin kereta hingga menyebabkan cermin kereta retak. Kalau kejadian macam ini berlaku pada kita, apa yang perlu kita buat?
Bawa bertenang, jangan marah-marah. Kita boleh claim!
Tahukah anda, bahawa setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insuran. Ini kerana pihak berkuasa tempatan mewajibkan mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insuran jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Ads
Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat tersebut hendaklah mengemukakan surat insuran mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa pihak syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.
Lakukan 3 langkah ini untuk buat tuntutan
Jika anda berdepan dengan situasi ini, 3 langkah yang boleh anda ambil adalah:
Ads
1. Ambil gambar & detail
Berhenti di tepi jalan, ambil gambar dan berjumpa dengan tukang potong rumput tersebut. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor yang membuat kerja mesin rumput itu.
2. Semak bengkel panel insuran syarikat terbabit
Ads
Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat tersebut, nama dan dimana bengkel kereta panel insuran syarikat terbabit.
3. Buat laporan polis
Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput, nombor kad pengenalan, nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku. Bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insuran syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.
Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.
Bagi yang suka bercucuk tanam mesti akan stres bila lihat tanaman yang subur tiba-tiba diserang makhluk perosak. Salah satunya siput.
Boleh habis daun pokok sayur dikerjakannya. Kalau banyak memang geli melihatnya.
Jika berdepan masalah serangan siput ini boleh ikut tip dan petua yang dikongsi oleh warganet di laman Facebook Berkebun D Rumah.
1. Paling banyak disarankan adalah tabur garam kasar sekeliling pokok untuk elak siput mendekati tanaman dan mati bila terkena garam.
2. Jika mahu lebih berkesan boleh gunakan racun siput, boleh dibeli di nurseri.
3. Sekiranya mahu gunakan cara semula jadi boleh cuba hindarkan masalah siput dengan menabur serbuk kulit telur sekeliling pokok (jemur kulit telur dan tumbuk lumat).
4. Boleh juga kutip terus siput ini pada waktu aktifnya iaitu pada waktu malam dan buang di tempat lain atau hapuskan.
Bendi antara sayuran yang selalu ditanam di rumah, kerana mudah. Dalam polibeg pun boleh dan hasilnya tetap subur dan gemuk, jika ikut penjagaan yang betul.
Bagi yang nak cuba tanam dalam polibeg boleh ikut cara ini.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polibeg
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tetapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Tip pokok rendah, dan berbuah
Kalau mahu berbuah rendah dan berbuah, pangkas pucuknya. Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.
Telefon pintar terutama yang mahal sebaiknya kita jaga dengan elok supaya prestasi atau fungsinya lancar.
Antara rutin penting yang perlu kita buat tapi ramai tak tahu adalah dengan menekan butang restart sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kenapa ia penting?
Menurut laporan portal Reader Digest dengan melakukan rutin ini seminggu sekali ia mampu
Mengembalikan semula memori
Mengelakkan ‘crash’
Menjadikan telefon pintar berfungsi lebih lancar
Memanjangkan jangka hayat bateri
Laporan tersebut juga memetik penjelasan seorang konsultan teknologi yang menerangkan bahawa setiap hari kita menggunakan aplikasi dalam telefon pintar dan apps ini sebenar tidak ditutup selepas kita gunakan sebaliknya diletakkan dalam keadaan yang membolehkan ia dibuka lebih pantas pada masa seterusnya.
Setiap hari juga kita menggunakan banyak applikasi dan apps yang pelbagai ini perlahan-lahan akan memakan memori dan kuasa bateri hingga menyebabkan bateri kita habis terlalu cepat.
Tapi dengan hanya menghidupkan semula telefon pintar atau restart, ia akan melancarkan pembukaan apps, memori dan menghapuskan segala link atau apps yang pernah diguna hingga memakan kuasa bateri telefon pintar.
Oleh itu jadikan rutin mudah berikut sebagai amalan seminggu sekali ;
1. Seminggu sekali restart/ power off telefon pintar
2. Biarkan selama sekurang-kurangnya seminit
3. Hidupkan semula telefon pintar