Buka bungkusan, patahkan masuk dalam mulut kemudian kunyah. Tak pun kita hisap. Ini cara biasa kita makan coklat. Rupanya salah ya. Untuk dapat khasiat makan coklat cara makannya perlu betul.
Teknik makan coklat yang betul ini dikongsi oleh Chef Amer yang juga pakar coklat.
Cara yang biasa kita makan
Ini Chef Amer, seorang pakar coklat. Beliau kongsi cara makan coklat yang betul.
Rupanya salah cara kita makan cokelat selama ni. Kalau ikut cara “old school” kita;
Ads
Langkah 1 – Beli Langkah 2 – Bukak bungkusan Langkah 3 – Patahkan kecil Langkah 4 – Masuk mulut Langkah 5 – Kunyah sampai habis
Iye betul. Semudah itu cara kita, dan kerana cara kita itu lah kita tak pernah faham nikmat sebenar cokelat, dan tak pernah tahu beza cokelat yang penuh gula, yang sedap, yang mahal dan super sedap mahal.
Sebetulnya begini
Ini pula cara makan coklat yang betul dari Chef Amer. Nah baca perkongsian beliau.
Ads
1) Coklat ada 3 jenis. Dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Sebaiknya makan dark chocolate .
2) Kalau dark chocolate 99%, maknanya koko dan lemak koko tu 99%. Kalau dark chocolate 80%, maknanya koko dan lemak koko tu 80%,19% gula, 1% or less adalah lecithin, vanillin dan emulsifier.
3) Baca Bismillah, buka kotak coklat dan potong coklat. Letak coklat di tengah-tengah lidah.
4) Rapatkan lidah ke arah lelangit dan biarkan coklat melt sendiri dengan suhu badan kita sehingga coklat memenuhi ruangan lidah. Jadi semua rasa coklat akan bercampur. Masam, masin, pahit semuanya.
Ads
5) Kemudian barulah signal akan dihantar ke otak dan endorphins dirembeskan. Kita rasa lebih tenang dan bahagia.
6) Jangan main ngap, kunyah dan telan sahaja. Rugi makan coklat gaya gini. Tapi kalau ada kacang, kunyah lah. Kalau tak, sampai setahun pun kacang tu tak lumat. Tercekik pula nanti.
7) Kalau masa coklat melt tu ada rasa ketul-ketul, maknanya koko tidak betul-betul fine. Kalau mulut rasa berminyak, maknanya butter yang digunakan dalam pembuatan coklat itu butter murah.
Kereta bercalar antara masalah biasa dihadapi bagi pemilik kenderaan. Sama ada kena langgar dengan kenderaan lain, bergesel dengan dinding atau terkena palang dan sebagainya.
Walaupun kesan calar hanya sedikit tapi ia tetap mencalarkan hati kita. Ada baiknya kita hilangkan secepat mungkin supaya tak sakit mata melihatnya. Jika kesan calar hanya sedikit boleh ikut panduan mudah ini untuk menghilangkannya.
Antara cara mudah dan murah untuk menghilangkan kesan calar ini adalah dengan menggunakan Magic Sponge. Dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah ini caranya.
Tip mudah dan murah hilangkan kesan calar kereta
Kereta orang rumah saya kena langgar dengan motor langgar lari. Kesan calar ni saya cuba bersihkan pakai magic sponge beli di DIY sahaja alhamdulillah berkesan.
1) Pakai magic sponge sikit saja, berapa yang perlu.
2) TAK PERLU SABUN! AIR BERSIH SUDAH MEMADAI. Perah airnya sedikit sebelum gosok.
3) PAKAI SARUNG TANGAN!
4) Tonyoh dengan sabar 5-10 minit.
Hasilnya
5) Magic Sponge diperbuat dari melamin. Walaupun ianya magic mampu membersihkan pelbagai permukaan, jangan gunakan untuk mencuci anggota tubuh badan mahupun muka.
Bila bercucuk tanam takkan lari dari masalah serangga/ulat perosak. Daun bergulung, kerinting, berlubang, layu, buah dimakan ulat dan sebagainya adalah antara kesannya.
Jika tak dikawal boleh berjangkit pula pada tanaman lain. Sekiranya lebih gemar cara semula jadi untuk membasmi serangga ini, boleh DIY air semburan kawalan serangga perosak perkongsian Liyana Mohd Poad ini.
DIY air semburan mudah untuk kawalan serangga
Ini DIY air semburan untuk kawalan serangga serta air basuhan beras. Semua ini saya buat bila berkelapangan dan simpan dan suhu bilik. Pagi atau petang sembur pada pokok, jangan miss. Hasilnya berbaloi, pokok sihat dan tak kena serangan serangga.
Air semburan bunga cengkih
Caranya, rebus 10 cawan air dan masukkan 4 sudu bunga cengkih rebus. Biar mendidih. Kemudian boleh tapis ambil airnya saja. Sembur pada daun pokok yang terkena serangan ulat/serangga.
Air semburan kunyit dan cili
Penuhkan air dalam botol, masukkan serbuk kunyit. Masukkan sekali 5 biji cili padi yang dipatah-patahkan dan 5 biji bawang kecil.
Peram selama sehari. Sedia untuk digunakan dalam tempoh 2 minggu. Seeloknya sembur ketika cuaca sejuk dan redup. Insya-Allah ulat dan belalang tak rosakkan tanaman.
Air semburan cuka kayu
Ini pula air semburan cuka kayu yang telah bancuh dengan air biasa. Kuantitinya 2ml+1.5L air biasa. Spray sebelah petang.
Cuka kayu memang sangat berkesan untuk atasi masalah serangga perosak pada pokok sayur dan buah. Tapi pastikan bancuhannya betul supaya pokok tidak layu.
Air basuhan beras
Air basuhan beras memang sangat berguna untuk tanaman. Ia membekalkan zat pada tanaman. Siram pada pokok selang 3 hari. Campur dengan 1 liter air biasa .
Konflik sempadan tanah dengan jiran, adik beradik tidak dinafikan antara permasalahan yang boleh menyebabkan hubungan renggang malah ada yang putus.
Ada yang masih tidak selesai hingga bertahun-tahun. Puncanya bila ada phak tidak bersetuju dengan had tanah masing masing. Meski sudah dipanggil juruukur, batu sempadan sudah dipacak tapi ia tetap tidak diakui.
Bagi yang berdepan konflik sebegini langkah yang dikongsi oleh juru ukur dari Ukur Tanah Terengganu ini boleh dijadikan panduan.
Cara selesaikan konflik sempadan tanah
1. Simpan bukti ukuran rasmi
Pemilik hartanah perlu menyimpan dokumen berkaitan pelan ukuran yang disahkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) atau juru ukur berdaftar.
Pastikan ada gambar batu sempadan yang terdapat pada sempadan serta salinan geran bersama pelan kadaster atau Certified Plan (CP). Jika menggunakan dron, simpanlah ortofoto atau ortomosaik.
Inilah yang dipanggil batu sempadan. Kredit Foto: Facebook Wan Sukri
2. Ajak berbincang dengan bukti
Cuba berbincang dengan jiran tentang sempadan yang telah diukur dengan menunjukkan pelan dan geran secara bersemuka.
Kemudian jelaskan ukuran yang telah dibuat oleh juru ukur bertauliah dan jika mereka masih berdegil, jangan marah sebaliknya menggunakan saluran ‘rasmi’.
3. Buat laporan di Pejabat Tanah
Langkah ini boleh dilakukan jika terdapat ganggu hak milik. Kumpul bukti termasuklah geran tanah (hak milik), pelan ukur terkini (endorsed) dan gambar batu sempadan.
Paling penting, kepilkan bersama bukti pencerobohan seperti pagar, tanaman, binaan dan lain-lain yang melangkaui sempadan hak milik anda.
Kemudian, boleh terus ke pejabat tanah dan unit penguatkuasaan untuk proses aduan secara rasmi serta serahkan semua bukti.
Jika terdapat kes, pegawai akan turun tapak, namun proses ini bergantung kepada negeri dan kekangan yang dihadapi pegawai terlibat.
4. Jika pencerobohan berterusan
Buat permohonan injunksi termasuk pengusiran melalui Mahkamah Sivil sekiranya terdapat gangguan berterusan daripada jiran.
Pelan ukur dan gambar berkaitan pencerobohan boleh menjadi bukti kukuh di mahkamah nanti.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...