Chopper jenis manual ini memang ramai yang beli untuk kegunaan di dapur, salah satunya jenama Tupperware ini. Kejadian biasa berlaku bila dah lama pakai adalah tali getah chopper putus.
Bila dah jadi begini memang kena tukar penutupnya (harganya pun boleh tahan mahal) atau ramai yang terus simpan tak guna lagi dah. Ada juga yang buang terus kerana sangka tak boleh dibaiki sendiri.
Sebenarnya kalau chopper jenis ini ada masalah dengan tali kita boleh saja baiki sendiri. Ramai tak tahu kan!
Caranya dikongsi oleh Tox Moh.
Sedikit perkongsian DIY cara tukar tali getah (elastic band) chopper Tupperware yang putus. Tak payah bazir duit beli lid atau penutup yang baru. Tali getah tu saya pakai mana yang ada. Kalau tiada boleh cari di Shopee.
1. Buka bahagian atas, cungkil dengan pisau/ skru driver.
Ini keadaan penutup yang telah dibuka.
2. Buka pula bahagian penarik tali.
3. Keluarkan tali yang rosak.
Ini tali yang digunakan untuk ganti.
4. Pasang tali seperti kedudukan asal.
Siap!
Klik SINI untuk link beli tali elastik
Semoga bermanfaat.
Sumber: Tox Moh.