Cikgu Abdullah Kadir, OKU Tanpa Sebelah Tangan Gembira Permohonan Tukar Sekolah Diluluskan. Ajak Follower Makan Kek Oreo

Share

 

 

Sejurus permohonan pertukaran tempat mengajarnya mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Cikgu Abdullah kadir telah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mempercepatkan kelulusan permohonannya. Ini menunjukkan bahawa pihak kementerian amat prihatin terhadap permohonan pertukaran tempat mengajar yang keadaannya bersifat keperluan.

Melalui twitternya, Dr Maszlee berharap supaya Cikgu Abdullah akan terus bersemangat untuk mengajar anak bangsa.

Akhirnya Permohonan Ini Mendapat Perhatian KPM

Melalui twitternya, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik memuat naik status menyatakan telah meluluskan permohonan Cikgu Abdullah Kadir. Khabar gembira ini disambut baik oleh pengikut instagram guru tersebut.

 

 

Saya luluskan permohonan Cikgu Abdullah Kadir, yang putus tangan akibat kemalangan untuk bertugas lebih efektif bersama bantuan keluarga di kampungnya. Kita doakan semangat Cikgu Abdullah tak luntur untuk terus mengajar dan membangun anak bangsa!

 

Ucap terima kasih kepada semua. Siap ajak makan kek oreo lagi

 

Rentetan Kemalangan Sehingga Putus Tangan, Kini Kidal

Terdahulu, Cikgu Abdullah ialah individu normal yang lengkap anggota badannya. Namun kemalangan pada 26 Mac 2018 telah membuatkan dia terpaksa hidup dengan hanya tangan kiri selepas kehilangan tangan kanan. Malah dia turut memuat naik di instagramnya kini dia terpaksa menulis tangan kiri.

 

 

Padam Status Viral

Tinjauan Vanilla Kismis ke instagram Cikgu Abdullah mendapatin status yang viral sebelum ini telah dipadam. Pun begitu, kami turut gembira dengan kelulusan pertukaran tempat mengajar. Semoga Cikgu Abdullah dapat memberikan khidmat cemerlang demi mengajar anak bangsa.

Menyeru agar permohonan diberi perhatian

MEREKA YANG ADA KUASA

Aku guru yang telah hantar permohonan pertukaran disebabkan telah mengalami kecacatan akibat kemalangan 26 Mac 2018.

Tapi sudah dua bulan, masih tiada perkhabaran daripada KPM.

Aku nak pindah! Aku nak pindah!

 

Bukan suka-suka nak pindah

Bukan sengaja nak berpindah randah tapi keadaan medesak. Aku harap mereka dapat merasa sedetik sesaat peritnya dan mengerti tujuan permohonan pertukaran tersebut andai sengaja diabaikan.

Mungkin mereka sibuk dek bebanan kerja, harus bagaimana lagi untuk aku sampaikan hajat ini?

 

Semoga sedar kewujudan guru navis OKU

Kejap lagi ada la yang nak kecam ni….
Hehehehehehe…

Takkan nak viralkan satu Malaysia, baru nak sedar kewujudan guru novis OKU ni.

#gurunovis
#guruoku

Sumber: Instagram Abdullah Kadir

Published by
Maryam Elyas