Bila cuti sekolah anak-anak ada kat rumah, kenalah sediakan jajan. Salah satu yang boleh kita buat adalah coklat cip cookies.
Kalau nak buat cookies yang sedap ala ala jenama terkenal Famous Amos yang memang anak-anak suka boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norhaidar ini. Bukan saja sedap, cara buat pun senang. Tak payah guna mixer pun.
Bahan-bahan:
250gm butter
1 1/2 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan tepung (saya guna tepung Rose)
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
6 sudu minyak masak
Coklat cip
Badam cincang
Cara membuat:
Ads
Satukan butter, brown sugar, telur dan esen vanila kemudian gaul guna spatula, tak perlu mixer.
2. Selepas adunan sebati masukkan tepung, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonar dan secubit garam.
3. Gaul adunan hingga sebati, kemudian masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Seterusnya masukkan coklat chip dan badam cincang. Gaul sebati dan simpan adunan dalam peti sejuk selama setengah jam.
Ads
5. Selepas satu jam keluarkan, ceduk agak-agak saiz sudu kecil (sudu KFC) dan susun jarak-jarak. Biarkan adunan kembang.
6. Kemudian bakar dalam oven guna api atas dan bawah, suhu 160 darjah Selsius selama 25 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.
7. Sejukkan biskut yang dah masak dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.
Bagi yang suka bercucuk tanam, pak choy antara sayuran yang boleh kita tanam di rumah selain sawi, bayam, kangkung atau tanaman herba untuk kegunaan dapur.
Untungnya tanam pak choy ini, hasilnya cepat. Sebulan lebih dah boleh tuai. Boleh buat pak choy masak sos tiram. Lagi best, pokok yang sama kita boleh tuai hasilnya sampai enam kali.
Menarik kan! Jika nak cuba tanam boleh ikut cara yang dikongsi oleh Don Laught ini.
Cara tanam pak choy
1. Semai biji benih hari 1-22. Cuma tabur biji benih dan kambus dengan tanah tapi tak dalam sangat. Saya guna tanah yang dicampur 8 in 1.
2. Bila dah bercambah alihkan ke pot pada hari ke-22. Pilih daun yang cantik saja, sebab itu kena tanam banyak benih.
Sebaiknya alih pada waktu petang sekitar 6 p.m bila cuaca dah redup. Letak anak pokok di tempat yang redup dulu atau tudung dengan jaring/netting.
3. Hari ke 24 boleh alihkan ke tempat terbuka kena sinaran matahari atau buka netting.
Bila dah alih ke pot, tak perlu baja lagi kerana dah guna media tanah 8 in 1. Dah cukup nutrien yang diperlukan.
4. Hari 35-40 dah boleh tuai atau potong pak choy. Boleh guna kaedah cut-and-come-again jika hendak kekalkan pokok yang sama membuahkan hasil 2 atau 3 minggu lagi (pokok yang sama boleh tuai banyak kali).
Jika gunakan kaedah cut-and-come-again ini, semasa potong daun tinggalkan satu atau dua helai daun untuk pak choy terus tumbuh. Setakat ini saya pernah sampai 6 pusingan guna kaedah ini. Cuma untuk pusingan seterusnya batang sayur akan jadi memanjang.
Saya guna kaedah ini untuk pokok yang subur dan cantik saja, jika baka kurang elok terus cabut kemudian tanam atau tukar dengan semaian baru.
TIP
Jika pak choy lambat membesar, cuba pindah atau tukar tanah yang tak kering atau gemburkan. Tapi awas, gembur sekali sekala saja jangan sampai terkena akar.
Biasanya bila menyewa kita jarang nak deko atau hias rumah. Rumah orang buat apa nak buat cantik-cantik. Ini alasan biasa kita dengar. Tapi berbeza pula dengan Emma Syahira Abd Halim yang punya pandangan berbeza.
Suka melihat keadaan rumah yang cantik walaupun kediaman yang diduduki ketika ini disewa dan hanya rumah papan tapi wanita ini sanggup berhabis untuk memastikan tempat dia berlindung itu indah di pandangan matanya. Lebih dari itu idea dekorasinya memang cantik. Kalau tengok dari luar keadaan rumah memang tak percaya.
Tengok dari luar macam tak percaya
Semuanya DIY
Saya suka tengok ramai yang share deko rumah masing-masing lagi-lagi deko rumah papan/rumah kayu/rumah kampung. So izinkan saya sahabat semua nak share idea dekorasi rumah papan yang sama saya masih lagi diami sampai sekarang.
Konsep macam biasa saya tetap berpegang dengan “LUAR SETINGGAN DALAM CONDO”. Hope dapat jadi inspirasi untuk anda semua. Macam biasa apa yang kit boleh DIY, kita DIY. Yang penting deko kit tetap. Apa-apapun inilah rumahku syurgaku.
Beli barang di sini
Sarung kerusi rotan – Jahit sendiri
Sarung sofa – Diy guna stepler gun
Sarung bantal – Shopee
Bantal silver – Mr DIY
Langsir – Romantika
Alas Meja (table cloth) – Shopee
Cermin – Eco
Gam cermin – Tape 3m beli kat hardware
Led – Mr DIY
Lampu dinding – DIY Dari barang eco
Cat – Sancora Wood & Metal Paint (Gloss Guard) kod mirage
Kerusi rotan – preloved
Kerusi pengantin – preloved
Rak bertingkat – ikea
Rak cermin – ikea
Kerusi smiley – Romantika
Bekas lampu viral – Romantika
RUG (Bulus2) – Romantika
Ramai yang masih guna kuali legend atau kuali yang lama serta sudah hitam permukaannya. Sebabnya dah terbiasa guna sejak dulu jadi kerja memasak rasa mudah dengan kuali legend ini.
Tapi ramai tak tahu kuali legend ini sebenarnya berpotensi mencetuskan kanser. Awas ya! Ini penjelasan daripada ahli kimia sendiri, Dr Fatimah Salim.
Kuali legend memang sedap guna untuk memasak tapi awas!
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya? YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tip untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
1. Guna baking soda
Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
2. Rendam dengan sabun
Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
3. Guna cuka, asam keping
Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota:
Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, bolehlah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Semoga bermanfaat!