Cornflake Madu ini memang kegemaran anak-anak. Jadi kalau di rumah ada ramai budak-budak jangan buat sikit-sikit sebab sekejap saja boleh habis.
Jangan bimbang buat banyak pun tak mengapa sebab cara buatnya senang saja.
Kalau ikut resipi yang dikongsi oleh Atin Eika ini boleh dapat dalam 8 balang pendek. Dinasihat buat waktu siang, supaya tak habis dikerjakan.
Bahan-bahan:
500 gram cornflakes
250 gram buttercup
10 sudu besar madu
8 sudu gula perang
Cara membuat:
1. Panaskan Buttercup, lepas dah cair, masukkan gula perang.
2. Bila gula perang cair, masukkan madu, kacau sehingga sebati.
3. Dah sebati masukkan cornflakes, kacau bagi semua cornflakes tersalut.
4. Masukkan dalam paper cup, tabur coklat rice/berwarna.
5. Bakar dalam oven 160 celcius, 5-10 minit.
Hasilnya dapat dalam 8 bekas balang pendek
Selamat mencuba!
Sumber: Atin Eika