Gaya Hidup

Cuaca Panas Dijangka Sampai September, Praktik 7 Perkara Ini Untuk Sejukkan Rumah

Share

Cuaca panas serta kering yang kita rasai beberapa hari oni memang membuatkan kita tak senang duduk di rumah yang terasa berbahang. Tambah lagi kepanasan ini dijangka berlarutan September nanti.

Jadi ada baiknya kita ambil tahu tip-tip penting untuk menyejukkan rumah ataupun mengurangkan bahang. Takkan lah kita gunakan aircon sepanjang masa kan.

Dikongsi oleh Public Health Malaysia, berikut adalah perkara yang boleh dilakukan untuk menyejukkan suasana dalam rumah.

1. Lampu

Sudah tiba masanya untuk anda beralih ke lampu diod pemancar cahaya (LED) dari lampu biasa iaitu pendarfluor.

Mentol LED adalah lebih efisien penggunaan tenaganya, tidak menghasilkan banyak haba dan lebih terang.

2. Langsir blackout

Gunakan langsir jenis ‘blackout’ di rumah yang akan menapis banyak pancaran matahari dan ultraviolet daripada memasuki rumah, sekali gus menjadikan kediaman lebih sejuk.

3. Off peralatan elektrik

Setiap peralatan elektrik seperti komputer, televisyen dan pemanas air yang beroperasi akan mengeluarkan haba.

Oleh itu, sekiranya tidak digunakan, matikan peralatan elektrik tersebut. Rumah anda akan terasa lebih nyaman.

4. Susunan perabot

Kurangkan perabot dan kemas rumah, automatik kediaman anda akan menjadi lebih berangin. Selain itu dapat juga kurangkan tenaga mengemas rumah nanti. Kipas di rumah memainkan peranan penting.

5) Kipas

Bersihkan habuk pada kipas agar ia dapat berputar dengan lebih efisien dan pergerakan udara lebih lancar.

Selain itu, sesetengah kipas siling mempunyai fungsi menukar arah pergerakan kipas. Pastikan kipas bergerak melawan arah jam (counterclockwise), supaya angin bertiup dari atas ke bawah dan memberi kesan penyejukan.

Seterusnya, pada waktu malam, buka tingkap di depan dan belakang rumah. Pada tingkap belakang, halakan kipas ke luar, ini supaya udara panas di dalam rumah dapat disedut keluar.

Perkara ini mewujudkan tekanan negatif di dalam rumah, bermaksud angin sejuk dari luar akan ditarik masuk ke dalam menerusi tingkap depan kediaman. Memang sejuk jadinya!

6. Dapur

Ketika musim panas ini, elakkan daripada memasak makanan yang berat-berat di rumah. Terutamanya masakan yang memanggang dan membakar. Lagi panas rumah dibuatnya.

7. Basahkan lantai

Jirus air pada permukaan lantai di luar rumah pada waktu petang.

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
VK