Masuk rumah terus hidu aroma semula jadi sitrus, memang menyegarkan. Apatah lagi sekarang masa kita lebih banyak berada dalam rumah.
Selalunya untuk hadirkan bau ini kita akan beli pewangi rumah yang banyak dijual. Tapi sebenarnya kita boleh hasilkan sendiri pewangi sitrus ini dengan cara paling semula jadi dan caranya mudah sangat.
DIY pewangi sitrus untuk kediaman ini dikongsi oleh Cikgu Nida.
Wangian rumah sitrus dari buah oren
Bahan-bahan:
Limau oren
Bunga cengkih
Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
Lidi satay (boleh juga guna kayu pencungkil gigi)
Cara membuat
Ads
1. Cucuk hujung lidi satay yang tajam pada buah oren untuk buat lubang.
2. Kemudian cucuk bunga cengkih pada lubang tadi (letak lebih supaya tahan lebih lama).
Ads
3. Dah selesai cucuk pada buah oren boleh hias ikut kreativiti.
Tahan 3 minggu hingga sebulan
Ads
Wangi sitrus ini tahan tiga minggu atau satu bulan tanpa buruk. Proses merempah semula jadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.
Haruman sitrus ini boleh hilangkan bau masakan di dapur, menjadikan aroma dalam bilik tidur lebih tenang. Tambah pula dengan cahaya malap. Boleh juga diletakkan dalam tandas untuk bau yang menyegarkan.
Ramai bertanya boleh gunakan buah lemon atau tidak. Jika guna lemon baunya tidak sekuat oren.
Kalau baru nak belajar tanam sayur, elok mulakan dengan tanam kangkung. Memang mudah.
Beli saja sayur kangkung di pasar dan rendam batangnya beberapa hari, dah boleh tanam. Selain itu rupanya tanam kangkung ini ada dua cara, boleh cucuk pada tanah dan tanam dalam air. Kedua kaedah tanam kangkung mudah ini dikongsi oleh Fatimah Naamat.
2 cara tanam kangkung dalam tanah dan air bertakung
Sayur ni kami panggil Kangkung Paya atau kangkung kampung. Kangkung ni tumbuh liar dekat paya atau mana-mana dalam hutan. Selalunya orang kat pasar tani dijual seikat RM2.
Walaupun murah, tapi dek kerana asyik beli je tiap minggu (sebab sayur favourite atuk) saya cubalah tanam. Hasilnya dapatlah jimat beberapa ringgit seminggu. Tapi kalau setahun banyak jugalah jadinya kan?
Lagipun tak payah tunggu pasar tani dah. Anytime nak makan pun boleh petik. Setakat nak goreng mihun ambil sikit dah okay sangat.
Jadi di sini saya nak kongsikan cara tanam kangkung yang mudah. Ada 2 jenis macam dalam gambar. Kedua-dua cara tanam kangkung ni pun senang.
2 cara mudah tanam kangkung
1. Ambil pucuk dan batang kangkung
Masa beli kangkung dekat pasar tu, sila ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk atas sekali dan batang dia.
Kalau ada pucuk, pokok kangkung akan cepat tumbuh. Tapi kalau terpotong pucuknya pun tak apa sebab masih boleh ditanam dan ia akan hidup juga.
2. Rendam
Rendamkan kejap dalam 2/3 hari untuk bagi akarnya keluar. Kadang-kadang saya rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam.
3. Dua cara tanam kangkung
i) Tanam dalam tanah
Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau kalau tak ada pasir pun tak apa sebab kangkung nak air banyak.
ii) Tanam dalam air bertakung
Boleh juga tanam dalam air bertakung. Saya bubuh tanah ikut nisbah macam cara di atas cuma tak tebuk lubang.
Jadi bila tak ada lubang, airnya akan bertakung dan kelebihannya ialah kita tak perlu siram selalu. Cara ini sesuai untuk yang selalu sibuk.
Tapi kena pastikan tak ada nyamuk yang bersarang dalam takungan air tu ya. Kiranya saya ada sepasu kangkung yang ada lubang dan ada sepasu lagi yang tak ada lubang.
Cuma saya rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.
4. Letak kangkung di tempat redup untuk 2 minggu.
Selepas 2 minggu pindahkan ke tempat panas. Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas. Kalau macam layu atau lecur, pindah balik tempat redup.
5. Lepas 4 minggu boleh tuai
Kangkung ini dah boleh tuai lepas 4 minggu. Kemudian selepas 2 minggu tuai lagi. Atau tuai bila-bila nak masak. Batang pucuk yang dipotong tu boleh ditanam semula.
Kalau nak sentiasa banyak stok, tanamlah banyak-banyak. Saya pun nak tanam lagi beberapa pasu supaya stok sentiasa banyak.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.
Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan, ada juga yang terus campak saja barang dan tutup pintu. Tapi bila tiba masa nak pakai jenuh mencari.
Sampai satu ketika kita sendiri pun serabut tengok stor. Bagi yang nak cuba kemas boleh ikut perkongsian Neena Zaidi yang mengemas stor kecil kediamannya.
Stor kecil kena ada cara kemas
Bilik stor ini kecik je, 6 kaki x 7.5 kaki (180cm x 230cm). Nampak besar sebab saya guna wide angle.
Mula-mula dulu stor ni ok sikit, tapi makin lama makin serabut. Setiap kali cari barang mesti tak jumpa pastu lepas punggah jadi bersepah.
My husband said “buat apa nak kemas stor? Kan pintu tertutup bukan orang nampak apa ada kat dalam”. Sebenarnya kita organize bukan sebab nak nampak elok di mata orang saja. Kalau sampai nak cari barang pun tak jumpa, nak ambil barang pun susah, it’s not a functional space anymore but a dumping ground.
Tips untuk maximise penggunaan ruang
1. Plan sebelum mula organize. List barang-barang yang ada dalam stor mengikut kategori.
2. Ukur keluasan bilik.
3. Pre-plan kedudukan rak dalam bilik.
4. Cari saiz boltless rack yg bersesuaian dengan saiz bilik.
5. Cari storage bin yang bersesuaian dr segi saiz dgn kuantiti yg mencukupi utk setiap kategori barang.
Hasilnya…
Hasil daripada proper pre-planning: Lebar bilik 6 kaki. Depth rak kiri 2 kaki, depth rak kanan 1 kaki. Saya ada ruang 3 kaki kat tengah utk berjalan dan ambil barang tanpa sebarang halangan. Wallpaper ‘secoet’ kat bawah tu saya buat tutup cat yang dah luntur.
Bahagian ni saya gunakan rak dan storage box yang sedia ada je. Tak nak membazir beli bekas baru. Depth rak ni 30cm. Dapat la ambik gambar keseluruhan dari depan sebelum masukkan rak lg satu.
Ini rak baru. Depth 60cm. Storage bin warna biru yang lama. Warna merah tu baru. Cari kat shopee warna biru tak jumpa.
Semasa process decluttring xbanyak pun barang yang dibuang sebab saya selalu buat spring cleaning berkala. Barang ngam-ngam dengan saiz ruang. Karpet dan tangga pun ada tempat sendiri.
Musim durian dah hampir penghujung, sekarang musim cempedak pula. Buah yang satu ni kalau digoreng memang sedap dan nikmat rasanya.
Tapi harganya boleh tahan juga mahal, tambah lagi yang siap digoreng. Ada yang cecah RM1 seketul. Sebab itulah lebih berbaloi beli sendiri dan goreng di rumah.
Bagaimanapun sebelum beli kenalah pandai pilih cempedak yang banyak isi dan manis supaya tak kecewa bila membukanya. Untuk pilih cempedak yang begini ada lima perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih.
1. Perhati mata/duri kulit cempedak
Pilih yang tumpul, besar-besar dan jarang. Itu tanda isi di dalam banyak. Jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat, itu bermakna jerami lebih banyak.
2. Tekan kulit
Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Warna kekuningan, tangkai coklat
Cempedak yang sudah masak dan matang warna kuningnya lebih dominan. Elak ambil cempedak yang masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, kerana di dalamnya masih muda. Boleh juga lihat warna tangkainya. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya sudah masak.
4. Bau wangi menyengat
Cempedak yang masih separuh masak pun sudah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang sudah betul-betul masak aromanya lagi menyengat dan wangi.
5. Pilih yang lebih berat
Sebab nak murah, kita pilih cempedak yang kecil atau ringan. Lebih selamat pilih yang berat kerana lebih banyak isi.