Cucuk Oren Dengan Cengkih, DIY Pewangi Rumah Semula Jadi Paling Mudah. Semerbak Bau Sitrus Asli

Share

Masuk rumah terus hidu aroma semula jadi sitrus, memang menyegarkan. Apatah lagi sekarang masa kita lebih banyak berada dalam rumah.

Selalunya untuk hadirkan bau ini kita akan beli pewangi rumah yang banyak dijual. Tapi sebenarnya kita boleh hasilkan sendiri pewangi sitrus ini dengan cara paling semula jadi dan caranya mudah sangat.

DIY pewangi sitrus untuk kediaman ini  dikongsi oleh Cikgu Nida.

Wangian rumah sitrus dari buah oren

Bahan-bahan:
Limau oren
Bunga cengkih
Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
Lidi satay (boleh juga guna kayu pencungkil gigi)

Cara membuat

1. Cucuk hujung lidi satay yang tajam pada buah oren untuk buat lubang.

2. Kemudian cucuk bunga cengkih pada lubang tadi (letak lebih supaya tahan lebih lama).

3. Dah selesai cucuk pada buah oren boleh hias ikut kreativiti.

Tahan 3 minggu hingga sebulan

Wangi sitrus ini tahan tiga minggu atau satu bulan tanpa buruk. Proses merempah semula jadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.

Haruman sitrus ini boleh hilangkan bau masakan di dapur, menjadikan aroma dalam bilik tidur lebih tenang. Tambah pula dengan cahaya malap. Boleh juga diletakkan dalam tandas untuk bau yang menyegarkan.

Ramai bertanya boleh gunakan buah lemon atau tidak. Jika guna lemon baunya tidak sekuat oren.

Selamat mencuba.

Sumber: Cikgu Nida.

Published by
VK