Kesan calar atau gores di panel pintu kereta atau door trim ini boleh buat kita geram. Boleh jadi terkena mainan anak, benda tajam atau mungkin juga ada tangan yang mengopek sambil duduk dalam kereta.
Takkanlah nak tukar satu pintu semata-mata kerana kesan calar ini kan. Harga boleh cecah RM1k untuk satu pintu.
Sebenarnya kesan calar/gores pada door trim ini boleh kita selesaikan sendiri dan caranya cukup senang. Tak perlu bawa pergi bengkel habis beratus untuk caj baiki kerosakan kecil ini. Hasilnya memang terbaik, kesan goreng langsung tak nampak.
Tip mudah hilangkan kesan gores pada permukaan panel pintu kereta
Ujarnya yang mendapat tip daripada salah seorang rakan netizen untuk hilangkan kesan tersebut tak perlu guna alatan, blower dan sebagainya.
Apa yang diperlukan cuma;
Ads
Plastik keras (paip PVC, batang pen atau mainan anak)
Kiwi kasut hitam
Caranya:
1. Gosok/tonyoh dengan lembut bahagian permukaan yang bercalar dengan plastik keras.
2. Gosok hingga permukaan jadi rata semula.
Ads
3. Kemudian letak kiwi kasut hitam dan gosok semula.
4. Ulang semula langkah 1-3 hingga kesan calar tak kelihatan.
Hasilnya
Ads
Langsung tak nampak kesan gores sebelum ini.
Waktu menggosok plastik keras pada permukaan panel akan terhasil pemanasan secara semula jadi melalui proses geseran. Ia membantu permukaan jadi rata tanpa merosakkan material asal.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Antara hidangan mudah yang jadi kegemaran kebanyakan kita adalah nasi ayam. Kalau rasa nak makan di luar selalu yang dituju adalah The Chicken Rice Shop.
Menun pilihan kita sama ada nasi ayam hainan atau roasted. Makan pula dengan tauge rangup, memang lengkap.
Kalau satu famili gemar nasi ayam di sini, rasanya elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Bolehlah berjimat sikit selain puas makan, nak tambah pun tak mengapa.
Macam mana nak buat? Resipinya dikongsi oleh Rafiah Nor, lengkap dengan cara buat tauge sekali.
Nasi ayam hainan & ayam roasted ala The Chicken Rice Shop
Bahan untuk ayam Hainan:
Ayam
Daun bawang
halia -hiris
Bahan untuk kicap ayam:
Bawang putih – dicincang
Hirisan halia
Air rebusan ayam
Sos tiram
Kicap cair
serbuk 5 spices
Tepung jagung
Garam & gula
Cara penyediaan ayam hainan
Ayam direbus bersama daun bawang & hirisan halia selama 15-20 minit(ikut saiz ayam).
Bila sudah masak rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit. kemudian tos.
Untuk kicap ayam tumis bawang putih yang cincang sehingga perang.
Masukkan air rebusan ayam. Tambah sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula.
Bila mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Agak-agak pekatnya ya.
Bila air kicap dan mendidih boleh tutup api.
Potong ayam hainan dan tuang kicap diatasnya sebelum hidang.
NOTA : Boleh buat lebih kerana sos kicap ini juga digunakan untuk siram taugeh.
Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, mungkin boleh ikut perkongsian daripada Darina Sekeri. Bukan untuk dirinya tapi suami.
Setiap hari dia menyediakan menu diet ringkas namun berjaya membantu suaminya menurunkan berat 20 kg. Daripada saiz XL ke S. Dari saiz seluar 36 ke saiz 28. Dari 85 KG ke 65kg dan berat tersebut kekal dari tahun 2019 hingga sekarang.
Menariknya, menu yang disediakan adalah menu kampung yang mampu diterima oleh tekak kebanyakan kita. Berikut adalah perkongsian beliau.
Menu untuk turunkan berat badan suami 20 kg
Menu ini berjaya membantu suami saya lost 20kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020.
Ini antara menu bekal suami isteri. Saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare.
Ayam/ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak). Suhu 200 Celsius selama 25 minit.
Nasi tu nampak saja putih, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak makan letak budu. Letak sikit takde masalah. Asalkan ada rasa.
Menu1
Menu 2
Menu 3
Menu 4
Menu 5
Menu 6
Menu 7
Menu 8
Menu 9
Menu 10
Menu 11
Menu 12
Menu 13
Menu 14
Menu 15
Menu 16
Menu 17
Menu 18
Menu 19
Menu 20
Menu 21
Menu ini selera org kampung. Nak kata eatclean org kata salah pulak sebab makan budu.
Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap tu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh. Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula).
Kena juga bersenam utk badan fit, barulah badan tak menggelebeh bila dah kurus.
Sambal sotong ini biasanya hidangan wajib kalau buat nasi lemak. Cuma kalau tak kena cara memasaknya sotong ini akan jadi liat macam gigit getah. Memang spoil kalau jadi macam ni.
Supaya sotong kembang ini tak jadi liat bila dah jadi sambal boleh ikut tip yang dikongsi oleh Reen Sofee.
Sebelum masak, panaskan sotong ini dalam kuali atau periuk, guna api perlahan tanpa minyak. Biarkan air dari sotong ini keluar sehinggalah kering. Selepas air kering boleh potong ikut saiz yang dikehendaki dan masak seperti biasa.
Boleh juga direbus dulu sotong kembang tapi sekejap saja. Bila dah mendidih tutup api. Kemudian boleh potong. Jika direbus begini masak sambal tak perlu lama.
Sambal sotong yang dimasak cara ini juga tak berair dan akan jadi pekat cantik.
Cara buat sambal sotong kembang pekat & sedap
Jika nak masak sambal sotong boleh juga ikut perkongsian resipi dari Jimmy Aisy.
Bahan bahan:
-3 ekor sotong kembang (ikut tip di atas sebelum masak)
-3 senduk cili yg di kisar
-6 ulas bawang merah kecil dikisar atau ditumbuk
-4 ulas bawang putih dikisar atau ditumbuk
-2 biji bawang besar dihiris
-1/2 ketul gula melaka (sambal akan jadi cantik warnanya dan sedap. Kalau tiada gula melaka boleh guna gula biasa dan boleh letak kicap manis atau kicap pekat dalam 2 sudu)
-1 keping asam keping
-Garam
-Perasa
-Minyak untuk menumis
Cara masak sambal tumis pekat
1. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Api perlu kecil supaya sambal masak.
2. Kemudian masukkan gula melaka dan masukkan sotong, jika terlalu kering masukkan sedikit air dan tunggu sambal pekat semula.
3. Masukkan garam, perasa dan asam keping, gaul sebati sehinggga sambal pecah minyak dan betul -betul masak dan masukkan bawang yang telah dihiris. Sambal akan bau wangi dan sedap.