
Lantai rumah memang kena selalu dibersihkan malah ramai yang sanggup beli pencuci mahal untuk pastikan ia bersih, berkilat dan wangi.
Sebenarnya untuk dapat semua kesan ini tak perlu pun beli pencuci lantai yang mahal. Boleh guna saja bahan yang sedia ada di rumah iaitu pelembut pakaian dan cuka.
Tip menggunakan cuka dan pelembut pakaian ini juga memang sering dikongsi oleh netizen berkait dengan pembersihan lantai. Bancuhannya seperti berikut;
1/2 baldi air
1/2 tutup pelembut pakaian/softener
5 titis cuka
Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.
Selamat mencuba
Sumber Ezy Eizyanie
Cara Buat Kuah Mi Kari Yang Sedap ‘Meletup’. Confirm Hirup Sampai Licin

Selain mi sup, hidangan mi kari juga antara yang disukai ramai. Boleh jadi menu pagi, tengah hari, petang dan malam. Tapi jarang jumpa jumpa kedai yang hidangkan mi kari sedap.
Nak tak nak kena buat sendiri kalau teringin. Jika bercadang nak makan mi kari boleh guna cara yang dikongsi Afy Al Habibi untuk buat kuahnya. Hasilnya sedap ‘meletup’. Confirm hirup kuah sampai licin. Tengok gambar pun dah terliur.
Cara buat kuah mi kari sedap letup
Jom kita mulakan masak Kuah Mi Kari Netupp (untuk saiz hidangan 4-5 orang makan).
1. Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering (tiada dalam gambar)
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti*
2. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi. (Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya). Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
3. Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar rempah kari
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Masukkan rempah campuran ini ke dalam periuk
4. Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. (Cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu). Guna api paling perlahan sahaja.
Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
5. Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa.
6. Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak. Kira-kira 7-8 minit.
7. Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang).
8.Tutup semula periuk.
9. Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
10. Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air.
(Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini).
11.Perasakan kuah peringkat kedua; Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
12.Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
13.Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan;
– tauhu pok (dibelah 4)
– fishcake
– fishball goreng
14.Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Ini bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa :
– telur rebus
– fishball putih (dicelur seketika)
– fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
– tauhu (digoreng)
– kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– limau kasturi
– cili merah
– daun sup
– bawang goreng
Siap hidang. Tengok pun dah terliur.
Mi kari ini confirm tak rasa muak kalau makan.
Dah ada step by step macam ni lebih mudah, ikut saja gerenti jadi. Insya-Allah.
Selamat mencuba.
Sumber: Afy Al Habibi
Tip Tanak Pulut Guna Rice Cooker. Tudung Periuk Kena Lapik & Jangan Buka Sampai… Barulah Hasil Pulut Cantik

Isi Kandungan
Toggle
Musim durian ini, rasa teringin nak makan bersama pulut. Tapi ramai yang tak berapa nak rajin guna periuk pengukus. Ada juga yang takde pun periuk pengukus kat rumah.
Kalau macam tu boleh masak ikut cara Siti Asrien Mohd Hassan ini. Guna rice cooker saja untuk sediakan pulut yang cantik. Dah setahun beliau menggunakan cara yang diperoleh daripada seorang rakan.
Tip tanak pulut guna rice cooker
1. Basuh beras bersama sedikit garam, tujuannya untuk dapat efek berkilat. Basuh tiga atau empat kali.
2. Ini bukan luka tau tapi cara sukat air guna jari telunjuk. Air separuh dari line pertama jari (jari diatas beras).
3. Lapik tudung periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Jangan longgar (supaya wap panas tak keluar).
4. Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM. Jangan buka tudung periuk langsung sehingga masak.
5. Selepas pulut WARM jangan terus bukak penutup. Biar 5-10 minit barulah dibuka supaya pulut masak dengan wap panas.
Hasilnya
Sumber: Siti Asrien Mohd Hassan
4 Penjagaan Pokok Jambu Tanam Dalam Pasu Supaya Sentiasa Berbuah Lebat

Pokok jambu antara pokok yang sesuai ditanam dalam pasu. Kalau betul cara penjagaan memang cepat berbuah dan juga lebat hasilnya. Macam yang dilakukan oleh Mark Are Leaft ini.
Menurut beliau supaya pokok jambu dalam pasu berbuah lebat ada beberapa perkara yang beliau praktikkan.
Tip pokok jambu dalam pasu berbuat lebat
Alhamdulillah… Hasil tanaman dah nak masak. Puas hati betul makan jambu hujan-hujan ni. Bagi yang nak buah jambu tanam dalam pasu lebat boleh amalkan cara-cara ini.
1. Jaga anak pokok, biar subur (pokok yang ditanam ini adalah hasil tut).
2. Beri baja buah bila pokok dah stabil. Boleh letak baja seminggu atau dua minggu sekali. Pembajaan ini penting dijaga jika nak pokok cepat berbuah
3. Sebulan selepas letak baja, potong atau cantas dahan muda supaya pokok cepat berbuah. Selepas dicantas insya-Allah bunga akan keluar sekali dengan pucuk.
4. Bila pokok dah berputik, bungkus waktu buah sebesar ibu jari lagi. Jangan lambat nanti kecewa. Boleh bungkus dengan plastik biasa saja pun boleh, asalkan buat lubang untuk air hujan turun supaya tak bertakung. Nanti buah boleh jadi buruk.
Inilah cara yang saya gunakan untuk pokok jambu yang ditanam. Pokok ini usia setahun dan dah empat kali berbuah.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mark Are Leaft ini.