Cuma Guna 5 Titis Cuka & Pelembut Pakaian, Tip Lantai Rumah Berkilat & Wangi

Share

Lantai rumah memang kena selalu dibersihkan malah ramai yang sanggup beli pencuci mahal untuk pastikan ia bersih, berkilat dan wangi.

Sebenarnya untuk dapat semua kesan ini tak perlu pun beli pencuci lantai yang mahal. Boleh guna saja bahan yang sedia ada di rumah iaitu pelembut pakaian dan cuka.

Tip menggunakan cuka dan pelembut pakaian ini juga memang sering dikongsi oleh netizen berkait dengan pembersihan lantai. Bancuhannya seperti berikut;

1/2 baldi air
1/2 tutup pelembut pakaian/softener
5 titis cuka

Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.

Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.

Selamat mencuba

Sumber Ezy Eizyanie

Published by
VK