Kalau ada yang berdepan masalah bilik air banyak kesan degil sama ada lantai atau dinding boleh ikut cara yang dikongsi oleh Alynn Ramli ini.
Hanya dengan guna produk harga tak sampai RM4 habis semua kotoran di lantai yang kuning mahu pun kesan karat hilang. Paling best tak perlu guna banyak tenaga untuk sental, cuma sembur dan tinggal 15 minit kemudian basuh. Selepas itu boleh lihat hasilnya, semuanya bersih. Lantai yang kuning pun jadi putih.
Masukkan cecair Ganso dalam botol penyembur kemudian sembur dalam bilik air. Tak campur air.
Biar dalam 10-15 minit kemudian boleh basuh. Tapi sebelum guna ada beberapa perkara kena tahu.
* Cecair ini kena campur dengan air, jangan guna bahan ini semata-mata. Bau chemicalnya kuat dan kita akan pening.
* Kena pakai mask dan glove. Buka pintu bilik air waktu sembur bahan ini.
* JANGAN guna setiap hari untuk cuci tandas. Guna jika ada kotoran degil saja.
* Tak nak pakai then jangan guna.
* Jangan biar semburan lama, nanti akan ada kesan.
Selain di kedai ECO boleh beli di SINI juga
Selamat mencuba
Sumber: Alynn Ramli