Ramai yang selalu mengadu ruang tv di rumah selalu nampak serabut dengan wayar. Sebab itu ada yang sanggup berhabis untuk buat kabinet khas untuk bahagian ini.
Tapi selain buat kabinet ada lagi cara lebih jimat tapi hasilnya ruang tv yang berselirat dengan wayar itu akan nampak kemas.
Boleh guna idea yang dikongsi oleh Atiqa Razak yang hanya menggunakan frame wainscotting dan juga wallpaper untuk memastikan ruang ini teratur.
Sebelum
Ads
Cat bahagian dinding dengan warna pilihan, saya guna jenama Jotun code cat Sable Stone (10342). Ruang untuk bahagian tv saya biarkan untuk tampal dengan wall paper. Ukur siap-siap.
Pasang bingkai wainscotting untuk bahagian tv, saya guna kayu wainscotting yang dibeli di hardware. Cat dulu sebelum pasang guna gam.
Boleh tambah floating shelf. Boleh beli online. Klik SINI untuk beli.
Kemudian boleh pasang wallpaper 3D yang memang siap ada gam di belakangnya.
Ads
SIAP
Ads
Kabinet kayu beli harga RM240. Boleh klik SINI untuk beli.
Memang sengaja pilih wall paper warna hitam supaya wayar tv tak jelas kelihatan. Macam tak nampak pun kan.
Total untuk DIY ini lebih kurang RM300 lebih kurang. Harga termasuk frame wainscotting, kabinet tv coklat (6ft), wallpaper 3D dan floating shelf.
Selalunya bila balik rumah dengan kereta kita lebih senang untuk front parking. Kalau duduk rumah teres bukak pagar terus saja masuk. Berbanding dengan reverse parking, kena undur dan adjust pula kedudukan untuk masuk depan rumah. Leceh dan lambat sikit kerjanya.
Apa lagi kalau baru memandu, yang belum mahir cara parking ini lagilah lambat. Sebab itu ramai yang pilih untuk front parking saja. Tapi sebenarnya untuk keselamatan, reverse parking adalah lebih selamat dan disarankan bila meletakkan kereta di rumah.
Perkara ini dikongsi oleh Adrian Chiaa penjual kereta terpakai yang selalu berkongsi tip berkenaan kereta di media sosial. Ujar beliau ketika parking di rumah wajib membuat reverse parking atas faktor keselamatan diri dan kenderaan.
Front parking tak nampak jika ada orang mengekori masuk rumah
Front parking memang mudah, terus bawa kereta masuk dalam rumah tapi ia sangat berbahaya terutama pada waktu malam.
Ini kerana kita tak perasan atau tak nampak jika ada penjenayah atau orang asing yang mengikut kita dari belakang dan masuk ke dalam kawasan rumah.
Ujarnya Adrian ia berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada ayah beliau sendiri, bila mana orang asing mengekori dan memasuki kediamannya ketika memasuki pagar rumah tanpa disedari (klik SINI untuk video)
Reverse parking boleh nampak jelas keadaan sekitar
Katanya sejak kejadian itu dia mengambil iktibar, itu setiap kali memasuki rumah, dia akan membuat reverse parking supaya boleh nampak jelas jika ada orang asing mengekori dan memastikan persekitaran selamat sebelum keluar dari kereta.
Blind spot lebih kecil, lebih selamat
Selain itu reverse parking juga memudahkan kita bila memandu keluar dari pagar rumah. Kita akan nampak jelas pejalan kaki, atau kenderaan lain yang ada di depan rumah bila kita mahu keluar. Blind spot lebih kecil bermakna lebih selamat.
Lepas ini praktikkan reverse parking setiap kali sampai di rumah. Jika belum mahir, biasakan.
Musim durian datang lagi, kalau tengok dah ramai yang menjual raja buah ni dan harganya pun mampu untuk dimiliki. Tapi bagi peminat durian, mereka tak kisah pun dengan harga asal dapat menikmati buah durian yang elok isinya, manis dan sedap.
Ada yang sanggup membayar beratus ringgit hanya untuk tiga atau empat biji durian. Disebabkan harganya yang tak murah itulah, kita kena pandai memilih durian supaya berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Agar tak kecewa dengan isinya boleh ikut tip pilih durian yang dikongsi oleh netizen di media sosial ini.
1. Lihat tangkai
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. Kalau nampak rata atau macam dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isi buahnya pun tebal juga.
Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isi buah pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati ya.
2. Duri jarang dan besar
Jika duri durian jarang dan besar-besar biasanya isinya padat, tapi kalau duri durian dekat dekat isi durian selalunya lembik.
3. Pilihlah buah yang ringan
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya berair atau busuk.
4. Jangan ambil durian yang dah retak kulit
Elak ambil buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian menyebabkan isinya bercampur dengan udara. Isi durian boleh jadi masam atau tawar.
5. Ketuk dulu, dengar tak bunyi ‘bluk bluk’
Waktu pilih ketuk dulu durian. Jika terdengar bunyi “bluk-bluk” bergema, itu tandanya durian sudah matang atau masak. Tapi bila terdengar bunyi “plek-plek” itu tandanya durian belum matang.
6. Cuba goncang pulak
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncang buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan pegang kuat. Kemudian goncang perlahan-lahan.
Jika ada rasa getaran kecil maknanya isi kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit. Manakala isi yang lembap atau terlalu lembik akan melekat pada dinding kulit durian.
7. Pilih yang ada 5 pangsa
Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat pada garis di kulit durian dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang elok isi mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.
8. Bulat banyak isi, lonjong lebih manis
Bentuk bulat menandakan isinya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat, biasanya isi sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.
9. Cium bau
Dekatkan durian dengan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat kemungkinan besar buahnya manis. Tapi jika sudah tidak ada bau, kemungkinan buahnya sudah masuk angin dan rasanya hambar.
Semoga durian yang kita pilih tidak mengkal atau yang tidak manis. Ok jom pergi beli!
Gastrik adalah penyakit yang dihadapi oleh ramai. Malah ketika bulan puasa penyakit ini kerap menyerang kerana aturan makan lari dari kebiasaan.
Gastrik adalah sejenis penyakit yang disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus. Ada orang yang akan merasa lemah dan sakit yang amat sangat jika diserang penyakit ini.
Ada banyak ubat-ubatan dijual di farmasi untuk merawat gastrik seperti Antasid, Antagonis H2, dan perencat Pam Proton (PPI).
Namun sekiranya tiada ubat-ubatan ini ditangan anda ketika diserang gastrik, cuba untuk amalkan cara tradisional seperti memakan pisang, minum susu sejuk dan juga mengunyah bunga cengkih.
Kenapa bunga cengkih?
Bunga cengkih dikatakan dapat membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur.
Caranya adalah dengan menggigit satu bunga cengkih, dan biarkan sekejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...