Dah 5 Tahun Baru Sedar Kesilapan Simpan Tali Pusat Anak, Ini Sebenarnya Yang Patut Ibu Bapa Lakukan

Share

 

Bagi ibu bapa yang sudah menimang cahaya mata, mungkin sudah maklum tentang cara nak menguruskan uri tapi bagaimana pula dengan tali pusat anak.

Apabila tali pusat anak luruh, ramai yang menyimpannya kemudian terus melupakannya. Kadang-kadang selepas bertahun-tahun barulah terjumpa balik bila mengemas rumah.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ini bukan cara yang betul. Tali pusat anak tidak boleh disimpan sebaliknya perlu ditanam.

Ya betul kena tanam! Halimatulssaadiah Wan Jusoh

berkongsi kesedaran tentang cara betul menguruskan tali pusat anak dengan netizen supaya kita tidak mengulangi kesilapan.

Sedar bila dengar ceramah ustaz

Kesedaran dah ada dari bulan 5 bila dengar ceramah UAI, tapi tunggu pindah rumah sendiri baru nak tanam.

Ni dah 4 bulan lebih berpindah baru teringat nak simpan betul-betul. Apa ni?

 

Tali pusat anak-anak. Dari anak first lagi anak 1st dah umur 4 tahun 11 bulan dah. Sikit lagi nak masuk 5 tahun.

Perlu ditanam

Rupanya tali pusat anak-anak ni, kena simpan dengan betul. Dan simpan tu bukan simpan dalam uncang atau botol atau sampul duit raya, tapi perlu DITANAM.

Makruh menyimpan tali pusat anak tanpa ditanam.
Sunat disegerakan tanam.

Tanam macam biasa je, macam tanam uri. Saya bungkus dalam tisu je lepas tu tanam kat laman rumah. Nasib baik ada tanah 2-3 kangkang.

Sebab tali pusat tu, bila dah terpisah dari badan, sudah dikira sebagai bangkai. Dan makhluk-makhluk halus suka bangkai. Jadi kalau kita simpan dalam uncang, jadi magnet kepada makhluk-makhluk halus la nampak gayanya. Meremang betul, tapi benar.

Simpan, rendam dan bagi anak ; minum kepercayaan karut

Saya pun baru dapat kesedaran. Ikut orang lama-lama semua suruh simpan elok-elok kan, katanya boleh buat ubat (rendam dalam air dan bagi minum anak-anak) atau pun kalau simpan sama-sama semua adik beradik dalam 1 bekas, diorang jarang bergaduh.

Rupanya itu semua KARUT. Korang ingat lagi ke mana korang simpan tali pusat anak?

Jom lerr kita pakat tanam tali pusat anak masing-masing.

Perkongsian Ustaz Azhar Idrus

 

Sumber: Halimatulssaadiah Wan Jusoh

 

 

 

 

Published by
VK