Sayur celery atau saderi ini memang selalu kita gunakan dalam masakan jenis sup. Buat goreng goreng pun sedap kerana rangup.
Pokok celery ini juga sebenarnya boleh kita tanam sendiri di rumah. Tip nak cepat tumbuh, tanam guna tunggulnya, tak perlu guna biji benih. Caranya dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob.
Hidup dah pokok celery. Tunggul kita semai. Pakai medium tanah berpasir.Lepas ni dah boleh baja, biar gemuk jadi tak perlu dah beli setongkol besar celery. Nak pakai ambil saja satu pelepah, kan jimat. Cara tanam;
1. Bila beli celery, simpan tunggul untuk disemai. Tak perlu cari tunggul yang ada akar, boleh tanam terus.
2. Tanam tunggul celery dalam tanah berpasir. Ini penting supaya air tak bertakung. Sebab pokok celery tak perlu banyak air, nanti akarnya busuk.
3. Kemudian siram tapi pastikan jangan banyak. Cara saya, siram masa mula tanam saja. Kalau kering sembur air supaya tanah lembap. Dah tumbuh tunas baru siram, itu pun sikit saja waktu pagi.
4. Dah tanam jangan letak bawah cahaya terik. Letak di bawah bumbung tapi kena ada cahaya, cuma tak panas dan tak kena hujan.
5. Nak tanam pokok celery ini apa yang penting, pastikan tak siram banyak air, jangan letak tempat panas sangat dan guna pasir bila semai. Air yang banyak dan terdedah pada panas selalu jadi punca pokok celery mati.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Zaid Azizy Yaakob.