Kalau sudah ada tiga anak perempuan tentunya seorang ibu itu mengharapkan kehadiran anak lelaki pula. Paling tidak seorang, barulah terasa lengkap famili.

Namun bukanlah kuasa kita untuk menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan. Segalanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.

Tapi jika sudah ada berderet anak perempuan mungkin memerlukan usaha juga. Buat ibu bapa yang menginginkan kehadiran anak lelaki ikhtiar perkongsian Dr. Zubaidi Haji Ahmad bolehlah diusahakan.

Antara petua yang selalu diberitahu untuk mendapat anak lelaki berkait dengan pemakanan. Tapi  menurut beliau secara saintifiknya belum ada kajian yang mengesahkan bahawa pemakanan akan menentukan jantina anak.

Namun ada kajian yang menunjukkan bahawa pemakanan mempengaruhi jantina anak yang dikandung oleh seorang wanita.

Ambil makanan berkalori tinggi

Dalam kajian yang dilakukan oleh saintis di Oxford dan Exeter Universities terhadap 740 wanita mendapati wanita yang mengambil makanan berkalori tinggi ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki.

Makan pisang

Dalam kajian yang agak lemah, saintis melakukan kajian tersebut juga dapat membuktikan bahawa ramai wanita yang makan pisang dalam kuantiti banyak melahirkan bayi lelaki.

IKLAN

Ini kerana pisang mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Jadi benarlah petua yang kita dengar sebelum ini mengatakan jika mahu dapat anak lelaki banyak kan makan pisang sebelum melakukan hubungan intim dengan suami.

Minum susu

Bahkan ada juga petua yang mengatakan minum susu sebelum hamil juga boleh membantu mendapatkan anak lelaki.

Makanan laut

Begitu juga dengan petua yang mengatakan bahawa makanan laut boleh menyebabkan ibu hamil anak lelaki. Tiada bukti dari segi sains perubatan tapi tidak salah mencubanya.

Dah Berderet Anak Perempuan, Lakukan Ikhtiar Ini Untuk Dapat Anak Lelaki

IKLAN

Perlu tahu

Untuk mendapatkan seorang anak, harus berlaku percantuman benih lelaki (sperma dan perempuan (ovum).  Penentuan jantina pula bergantung kepada sperma yang bersenyawa dengan ovum kerana setiap sperma membawa kromosom Y untuk benih anak perempuan atau kromosom X untuk benih anak perempuan, manakala ovum pula hanya mempunyai dua kromosom X saja.

Selain itu:  4 Cara Nak Pilih Buah Tembikai Yang Manis, Lepas Ni Confirm Takkan Frust Lagi

Sperma yang membawa kromosom Y selalunya lebih aktif dan bergerak menuju ke ovum dengan lebih cepat tetapi hanya mampu hidup pada waktu yang singkat sahaja. Ia hidup lebih lama dalam suasana rahim yang beralkali.

Sementara sperma yang mempunyai kromosom X bergerak lambat tapi hidup dengan lebih lama terutama dalam suasana rahim yang lebih berasid.

Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam faraj wanita dapat diubah menjadi lebih beralkali, kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi.

IKLAN

Basuh bahagian intim dengan cecair alkali

Oleh itu mereka mencadangkan setengah jam sebelum melakukan persetubuhan, si isteri membasuh bahagian intim dengan sejenis cairan yang mengandungi sodium bicarbonat’ yang bersifat beralkali menggunakan teknik ‘douching’.

Tak salah kita mencuba, kemudian serahkan segalanya kepada takdir-Nya. Jika bukan rezeki memiliki anak lelaki bersyukurlah jika anak yang dilahirkan itu sihat sempurna tak kira lelaki atau perempuan.

Sumber: www.drzubaidi.blogspot

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI