Orang perempuan bila dah kahwin biasanya jarang dah nak hang out dengan kawan-kawan, apatah lagi nak pergi bercuti bersama.
Walau pun hati teringin nak spend time dengan mereka macam dulu biasanya hajat itu takkan kesampaian. Takde masa, tak sampai hati tinggal anak ini alasannya
Tapi berbeza pulak dengan selebriti Hanis Zalikha walau dah berumah tangga, waktu dengan teman-teman sentiasa ada.
Malah itu bukan halangan untuk dia bercuti dengan teman-temannya. Terbaru Hanis berkongsi girls trip ke Pulau Pinang malah sebelum ini pernah ke Korea bersama teman-temannya.
Inilah me time yang sebenar. Tapi bestnya dia bukan pergi dengan rakan-rakan saja, masing-masing siap bawa anak lagi.
Syok betul tengok perkongsian Hanis ini di instgram miliknya.
Kecoh, kalut bawa anak kecik tapi itulah kenangan manis
Dalam pada itu melihat percutian singkat Hanis bersama rakan-rakan mak-mak di Pulau Pinang ramai kaum wanita teruja untuk berbuat perkara yang sama.
Ads
Di ruangan komen Hanis masing-masing membuat tag nama rakan-rakan.
Tapi seperti biasa, kaum mak-mak ni suka planning saja, nak jadikan realiti tak tau lah bila…Apapun kalau nak pergi juga girls trip tu perkara paling utama kenalah minta izin suami. Eh terlupa pula nak share hotel paling murah time nak bercuti. Klik sini ya.
Allah uji kita sebab Allah sayang kita. Ujian datang kerana Allah nak tengok sejauh mana kita ambil iktibar melalui ujian itu. Begitulah yang terjadi pada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid. Kereta kesayangan dilanggar lori dan dari situ timbul kesedaran pada dirinya bahawa itulah peringatan daripada Allah.
Asyraf yang juga suami kepada pelakon Indonesia, Tya Arifin, memuat naik status instagram gambar keretanya yang calar kesan dilanggar lori. Walaupun menurut Asyraf itu kereta kesayangan, namun pendekatan yang diambil olehnya amat patut dipuji.
Langgar kereta, kemudian terus pergi
Kenapa bila kita di landa musibah, orang kata rezeki akan masuk? Baru-baru ni, saya di landa musibah, kereta kesayangan saya di langgar lori, & lori tersebut lari tanpa kami sempat ambil plate number. Bila saya post gambar di story saya, ramai yang cakap, inshaallah ada rezeki akan masuk. Betul ke? Bagi saya, ianya bergangung pada bagaimana kita ambil musibah tersebut & interepetasi kita terhadap situasi tersebut.
Ujian sebagai peringatan
Bila saya di uji, benda pertama yang saya akan fikir, automatic dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah, dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau infak ke jalan Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya. Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus, & bila kita di Jalan yang lurus, inshallah Allah akan redho dengan perbuatan kita & dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar tersebut.
Jangan anggap bad luck
Sebaliknya, kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah & terus lupa pada Allah & perintah-Nya.
Pulihkan hubungan dengan Allah
Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah, & hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah. Saya bukan la seorang ustaz atau seorang ‘scholar’. Sekadar berkongsi buah fikiran untuk di fikirkan bersama ? Have a good day ahead everyone!
VK faham macam mana rasanya apabila kes langgar lari macam ni. Tak boleh nak claim insurans sebab tak tahu nak claim pada siapa. Si pelanggar cabut lari macam tu je. Semoga Asyraf sabar dan ada rezeki lain, insya-Allah.
Rezeki tak pernah salah alamat. Kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah apa yang dikehendakinya. Itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri Khairil Ashraf Asri dan Noor Amiza Rashaid. Mereka dikurniakan anak buat kali pertama seramai 3 orang sekali gus.
Mulut masin, bergurau tapi betul terjadi
Menurut Noor Amiza yang mesra dipanggil Mija, katanya dia sendiri tak sangka akan melahirkan kembar tiga. Dia berseloroh dengan suami mengatakan yang dia mesti mengandung kembar. Bukan kembar dua tapi kembar tiga. Tak sangka kata-katanya itu betul-betul terjadi. Lagipun Mija sendiri pun ada kembar. Jadi genetik kembar itu memang kuat dalam dirinya.
“Kan orang kata kata-kata ni doa. Lagi-lagi saya cakap tu ketika mengandung. Kami memang takde merancang pun untuk mengandung kembar. Tak ada tip yang diamalkan. Cuma mungkin Allah nak makbulkan kata-kata saya masa bergurau dengan suami. Saya bergurau kata nak kembar tiga. Allah makbulkan doa si ibu mengandung ni.”
Tiada alahan pun
Ramai yang kata kalau mengandung anak perempuan, alahannya lain macam berbanding kalau mengandung anak lelaki. Namun bagi Mija, sepanjang mengandung kembar tiga ini, dia tidak alami alahan pun. Kehamilannya berjalan lancar dan dia sihat-sihat sahaja.
“Ini semua rezeki. Saya takde alami alahan. Lain orang lain pengalamannya. Macam saya sendiri pun tak sangka nak dapat kembar tiga. Sejak awal mengandung kembar ni tak pernah susahkan saya misalnya alahan. Jadi saya anggap mereka anak bertuah. Tak ramai yang diberi rezeki kembar tiga. Saya dah Allah pilih untuk jadi ibu kepada kembar tiga. Seronok tak terkata.”
Kata Mija, ketika bersalin secara pembedahan pun doktor terkejut kerana pada mulanya memang ingatkan kembar dua sahaja.
Macam mana boleh tak perasan ada tiga?
Bercerita mengenai macam mana boleh tidak dapat dikesan ada tiga kembar dalam kandungannya, Mija mengatakan dia pergi membuat imbasan (scan) ketika perutnya sudah pun besar. Jadi bayi di dalam perut sudah berhimpit-himpit
“Saya tahu saya mengandung kembar ketika kandungan telah besar. Masa tu pergi scan di klinik swasta. Tujuan asal ialah untuk tahu jantina baby. Masa tu saya ingat saya mengandung seorang baby saja. Bila scan doktor kata ada dua baby. Saya terkejut tapi gembira. Doktor cakap susah nak buat scan secara terperinci sebab baby dah besar. Perut dah padat. Sebab itulah sampai dah hujung mengandung saya tak tahu yang saya mengandung tiga orang baby.”
Saya sendiri ambil masa sebulan nak cam kembar ni
Nama pun kembar seiras. Sudah pasti ketiga-tiganya nampak sama sahaja. Pada mata kasar kita sebagai orang luar, pasti nampak sama. Tapi apabila ditanya pada ibu dan ayahnya, pasti mereka boleh ‘nampak’ ada beza antara ketiga-tiga kembar comel ini.
Mija mengakui memang agak susah nak mengenal pasti setiap seorang kembarnya. Masing-masing nampak seiras. Namun sebagai ibu yang mengandungkan dan melahirkan bayi ini, dia tahu bezanya. Walaupun dia sendiri ambil masa sebulan untuk mengecam beza kembar tersebut.
“Kalau orang tanya macam mana nak cam, memang susah nak jawab soalan ni. Sebabnya saya sendiri pun apabila kembar ni umur sebulan lebih baru saya dapat cam beza antara satu sama lain.”
Kembar tiga ini diberi nama Raisha Hannani Mikha, Raniah Humaira Mikha dan Raihan Huwaida Mikha.
Kembar tiga curi tumpuan ramai
Setiap kali keluar bersiar-siar dengan kembar tiga ini, Mija mengakui anaknya mencuri tumpuan ramai. Orang akan tegur, kembar tiga ke? Memang seronok apabila ada yang perasan anaknya kembar tiga kerana hal ini memang jarang berlaku.
“Soalan yang selalu juga ditanyakan ialah mana satu yang sulung? Mana satu yang kedua? Mana satu yang bongsu?”
Kini kembar sudah pun berusia setahun 9 bulan. Maka bertambah riuh-rendahlah keadaan di rumah. Kalau keluar berjalan-jalan pun, ini satu cabaran buat Mija dan suami. Maklumlah tiga orang anak, sebaya pula tu. Masing-masing ada kerenah tersendiri.
Mija menyediakan stroller kembar untuk memudahkan membawa anak. Namun stroller kembar hanya dua kerusi, jadi seorang perlu didukung. Itulah antara cabarannya.
Semuanya 3 kali ganda
Nak menjaga seorang anak pun ada yang terkial-kial. Betapa pula bagi Mija yang terus perlu hadap tiga anak sekali gus. Mengakui banyak cabaran, namun Mija bahagia. Walau semuanya perlu tiga kali ganda, dia bersyukur suami selalu memudahkan kerjanya.
“Saya dikelilingi orang yang sanggup bersusah payah dengan saya. Saya bersyukur sangat. Ketika nak menjaga tiga anak ni, suami, keluarga saya dan keluarga mentua semuanya sanggup tolong jagakan. Nak memandikan mereka, bagi makan, bermain semuanya kami lakukan bersama. Alhamdulillah.”
Mengimbas kembali ketika bersalin dulu, Mija kata dia dan suami hanya menyediakan keperluan untuk kembar dua. Masa tu tak tahu ada kembar tiga.
“Bila scan dan tahu ada kembar dua, persediaan yang kami beli memang untuk dua orang sahaja. Semua sekali dua. Carseat, stroller, set baju serba serbi dua. Jadi bila keluar kembar tiga, yang lagi seorang tu terpaksa pakai baju yang berbeza kerana tak cukup set. Kesian dia.”
VK teruja apabila baca kisah kembar. Seronok rasanya baca kisah mereka. Macam mana agaknya kembar tiga seiras ni apabila mereka besar nanti ya? Mesti rapat hubungan mereka ni. Muka sama, nama pun hampir sama, pergi sekolah bersama. Semoga kalian sihat dan bahagia hendaknya ya.
Seminggu dua sebelum sekolah dibuka inilah masanya ramai ibu-ibu menjahit lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Tapi sekarang caj menjahit satu lencana adalah RM3.00 dan lagi RM3.00 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM6. Bayangkan ada lima helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Jadi VK cukup berterima kasih dengan perkongsian daripada Facebook yang ajar mak-mak tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.
Ramai mak-mak dah tahu cara ni, VK sendiri pun dah cuba. Memang senang dan tak tanggal sampai hujung tahun.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Lencana ditampal dengan cara ni confirm kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasuh dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.