Dah Kahwin, Ada Anak Tak Semestinya Tak Boleh Bercuti Dengan Geng! Girls Trip Hanis Zalikha Buat Para Ibu Teruja

Share

Orang perempuan bila dah kahwin biasanya jarang dah nak hang out dengan kawan-kawan, apatah lagi nak pergi bercuti bersama.

Walau pun hati teringin nak spend time dengan mereka macam dulu  biasanya hajat itu takkan kesampaian. Takde masa, tak sampai hati tinggal anak ini alasannya

Tapi berbeza pulak dengan selebriti Hanis Zalikha walau dah berumah tangga, waktu dengan teman-teman sentiasa ada.

Malah itu bukan halangan untuk dia bercuti dengan teman-temannya. Terbaru Hanis berkongsi girls trip ke Pulau Pinang malah sebelum ini pernah ke Korea bersama teman-temannya.

Inilah me time yang sebenar. Tapi bestnya dia bukan pergi dengan rakan-rakan saja, masing-masing siap bawa anak lagi.

Syok betul tengok perkongsian Hanis ini di instgram miliknya.

Kecoh, kalut bawa anak kecik tapi itulah kenangan manis

Makan tepi jalan

Makan lagi…

Dan lagi…

Lepas tu terjun kolam

 

Jalan-jalan pulak

Sebelum tu ke Korea…

 

Dalam pada itu melihat percutian singkat Hanis bersama rakan-rakan mak-mak di Pulau Pinang ramai kaum wanita teruja untuk berbuat perkara yang sama.

Di ruangan komen Hanis masing-masing membuat tag nama rakan-rakan.

Tapi seperti biasa, kaum mak-mak ni suka planning saja, nak jadikan realiti tak tau lah bila…Apapun kalau nak pergi juga girls trip tu perkara paling utama kenalah minta izin suami. Eh terlupa pula nak share hotel paling murah time nak bercuti. Klik sini ya.

 

Sumber: haniszalikha

 

 

 

Published by
VK