Dah Kupas Bawang Merah, Jangan Buang Kulitnya. Ada Gunanya Untuk Tanaman

Share

 

Bawang merah memang jadi bahan asas memasak hampir setiap hari. Apalah sedapnya masakan tumis kalau tak letak bawang kan.

Tapi bukan bawang itu saja yang cukup berguna untuk masakan, ramai tak tahu rupanya kulit bawang yang selalu kita buang itu juga ada kegunaannya yang tersendiri.

Berguna untuk yang suka bercucuk tanam

Ia cukup berguna buat mereka yang suka bercucuk tanam di rumah. Macam mana kegunaannya? Berikut adalah perkongsian dari Hazimah Imn Ismail Imn yang boleh kita praktikkan juga.

Caranya:

1. Selepas mengupas bawang merah, kumpul kulitnya.
2. Letakkan dalam besen dan tuangkan air. Rendam semalaman.
3. Keesokan hari gunakan air ini untuk menyiram atau menyembur tanaman.
4. Selain itu boleh juga tabur terus kulit bawang ini dalam pasu tanaman.

Manfaat kulit bawang pada tanaman

  • Bantu pokok jadi lebih subur.
  • Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
  • Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah selain membunuh hama serangga pokok.

Sumber: Hazimah lmn Ismail lmn Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

 

Published by
VK