Ada yang panggil apam Tokyo, ada juga yang sebut kuih manja. Apa pun namanya kuih ni memang sedap, nak makan boleh sekali ngap je.
Kuih ini ada inti kaya, kastard dan ada juga coklat. Cuma sekarang nak jumpa orang jual payah sikit. Kalau nak makan kena buat sendiri.
Cara nak buat pun rupanya tak susah. Bahan memang ada saja di rumah, inti pula boleh pilih mana suka dan senang nak buat. Kalau nak sedap, kulit buat garing sikit macam yang dikongsi oleh penjual apam Tokyo Izza Howzin.
1.Pukul telur dan gula hingga kembang.
2.kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
3.Sendukkan perlahan-lahan atas pan non stick perlahan-lahan. Tak perlu guna minyak. Guna api sederhana.
4.Bila dah agak garing, calit inti & lipat.
Bahan untuk inti kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar kastard
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu kotak/cair
1 sudu teh pewarna
Sedikit esen vanilla
Ads
Cara membuat:
-Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat.
-Bila buat pekat, inti tak meleleh.
Bahan untuk inti kaya
Ads
60g gula
125ml air panas
1sdb tepung jagung
170g gula
300ml santan
3bj telur
Daun pandan
Secubit garam
Cara membuat:
-Hanguskan 60g gula. Masukkan air panas. Bancuh bahan-bahan lain dan satukan semua dalam periuk. Masak sampai likat.
-Nak cantik licin macam kaya di kedai, dah siap jangan lupa blend. Memang cantik licin.
Bila berdepan dengan masalah jerawat yang serius atau breakout ramai yang memilih untuk rawat masalah wajah ini di klinik kulit swasta atau membeli ubat yang mahal di farmasi.
Kosnya faham-fahamlah memang mahal tapi kita sanggup sebab dengan harapan cepat pulih.
Tak pernah terfikir kan untuk buat rawat masalah jerawat ini di hospital kerajaan yang kos rawatannya lebih murah tapi tetap berkesan.
Betul! Boleh saja dapat rawatan untuk masalah jerawat serius ini di hospital kerajaan macam yang dilakukan oleh @wmawadullah.
Bagi membantu mereka yang turut berdepan masalah sama, dia turut berkongsi langkah dan cara rawatan yang dilakukan sehinggalah kulit wajahnya kembali pulih. Percaya tak cajnya cuma RM5 saja!
Dah try guna macam-macam produk
Sebelum dapat hasil macam tu saya try macam macam jenis skincare like Simple, Hada Labo, Eversoft dan lain-lain. Tapi semua tu tak jadi.
Then lepas dah banyak sangat habis duit utk skincare saya try pula pergi klinik kulit swasta utk try kat sana. Tp utk first time saya pergi kena bayar RM200 lebih ? So start dari situ doktor dekat klinik tu cakap kat saya better pergi hospital gov.
Langkah kalau nak buat treatment kat hospital kerajaan
Okay so ni step kalau korang nak pergi ke hospital gov.
Pergi mana-mana klinik kesihatan yg gov. punya then tanyala apa masalah kulit.
Pastu mintak doktor kat klinik tu buatkan surat utk buat appointment dgn hospital gov.
Then kalau dia dah buat surat tu, direct terus pergi mana-mana gov hospital yg ada dermatologist utk buat appointment.Tapi kalau malas nak pergi boleh je call and set date utk jumpa doktor kt hospitaltu.
Okay so tu semua step yg korang perlu ikut utk buat appointment dgn hospital gov. Make sure yg korang ada surat dari klinik kesihatan gov. Kalau tak, hospital takkan layan korang.
Treament yang dilakukan
1. Ini apa yg saya dapat dari hospital gov. Ini ubat telan, kena makan 1 kali sehari selepas makan.
2. Second saya dapat cleanser ni. Pakai sekali sehari je tapi sbb rakus saya pakai 2 kali sehari. Pagi and malam sebelum tidur.
3. Pastu utk pagi lepas cuci muka semua sapa sapu benda ni kat atas jerawat jerawat degil tu. Sapu nipis je and kalau nak pakai make up atas dia pun okay utk yg girls ?
4. Okay last sebelum tidur, saya pakai ni selepas cuci muka and pastikan muka korang tak kena cahaya direct (apa doktor cakap). So kena pastikan bilik korang tu gelap lah ye.
Okay tu je apa yg saya consume dari bulan january 2019 sampai sekarang and still lagi consume just yg capsule tu je dah stop.
PERINGATAN MESRA!
Untuk yg breakout teruk, saya suggest korang terus direct je jumpa derma. Tak perlulah bazir duit try macam-macam skincare tu ye.
Lagipun hospital gov bagi ubat free je just bayar RM5 (hospital saya pergi) utk caj service. And ubat, krim & cleanser tu korang boleh pergi ambil bila-bila masa je kat hospital kalau dah habis guna.
Okay tips ni korang boleh guna kalau betul-betul breakout la ye. Kalau setakat dua tiga ketul jerawat tu staff hospital gov tak layan rasanya.
Gais utk bahan kt atas tu kalau korang nak guna pastikan ada pemantauan dari dermatologists tau. Takut ada effect apa-apa nanti.
Bila teringin nak makan spageti carbonara, teringat sos yang dah siap dalam tin. Macam-macam jenama ada. Tapi bila masak kuantitinya sikit saja. Kena beli 2 tin baru cukup kalau nak makan sekeluarga.
Sebenarnya daripada beli lebih baik buat sendiri sebab cara membuat sos carbonara ini tak susah mana pun. Jimat juga, sekali buat dapat sekuali. Hasilnya pun puas hati sedap, pekat likat! Resipi perkongsian Arieza Rieza.
Homemade sos carbonara pekat likat
Bahan sos creamy carbonara (untuk sebungkus spageti):
Mentega Bawang holland – potong dadu Tepung gandum – 3 sudu makan Air – 3 cawan Susu full cream – 4 cawan Tatura cream cheese – yang kecil dibelah dua. Ambil sebahagian dan kisar dengan air supaya tak berketul. Garam, lada hitam, oregano Daging cincang Sosej dipotong kasar Lada benggala
Langkah membuat:
Panaskan mentega kemudian masukkan bawang holland. Tumis sehingga keperangan
Masukkan daging cincang, kacau sehingga masak.
Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan sedikit.
Dah agak kering masukkan air dan kacau jangan sampai berketul. kemudian masukkan susu full cream. Kalau pekat tambah lagi susu.
5. Masukkan ke semua bahan lain termasuk cream cheese. 6. Rasa, kalau semua dah ok tutup api dan hidang bersama spageti.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...