Menjelang waktu berbuka kebanyakan kita sibuk dengan persiapan menyediakan hidangan malah masih ada yang di bazar Ramadan ketika 15 minit sebelum iftar.
Sedangkan pada pada masa ini seharusnya kita tenang dan lapangkan diri untuk berdoa. Ini kerana menjelang waktu berbuka dan juga sahur adalah termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Ads
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan Maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai air mata mereka mengalir deras.
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan Maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Luangkan sedikit masa untuk menadah tangan
Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ads
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita luangkan sedikit masa, antara 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT. Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
Cadangan doa ketika berbuka puasa
1. Bertambah iman 2. Sihat tubuh badan 3. Mati yang baik. 4. Murah rezeki. 5. Anak soleh. 6. Keluarga bahagia. 7. Rahmat Allah. 8. Jauh azab kubur. 9. Lapang dada. 10. Kekalkan iman. 11. Ampunkan dosa. 12. Anak2 berjaya. 13. Perniagaan yg diberkati. 14. Jauhi segala penyakit. 15. Ibadat diterima. 16. Mudah segala urusan. 17. Diterima taubat. 18. Lapangkan kubur. 19. Mudah bayar hutang. 20. Lailatulqadar. 21. Syafaat Nabi SAW. 22. Syurga Firdaus. 23. Jauhi neraka. 24. Terima kitab tgn kanan. 25. Selamat meniti Sirat. 26. Selamat fitnah Dajal. 27. Ketenangan hati. 28. Doa ibubapa. 29. Keluarga yg dirikan solat. 30. Diterima puasa Ramadhan
Jodoh pertemuan semuanya rahsia Allah. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Sampailah nanti akhirnya si dia berjabat tangan dan lafaz akad nikah menyebut nama kita. Begitulah dengan yang berlaku dalam hidup Pakar Pemasaran Internet, Astiey Nurasiah.
Dia bersuami seorang lelaki yang tampan sedangkan dia bukanlah wanita yang dikatakan secocok dengan lelaki sebegitu. Tapi itulah namanya jodoh. Saling melengkapi. Pasti ada sesuatu yang lelaki itu nampak apa yang ada pada Astiey atau lebih mesra dipanggil Kak As oleh pengikut facebooknya ini.
Melalui facebook, Kak As menceritakan mengenai ada desas-desus yang mengatakan dia patut cuba menguruskan badan supaya suaminya tidak cari perempuan lain. Jom baca apa kata Kak As pasal hal ni. Paling penting Kak As dah buktikan yang cinta itu bukan milik si cantik sahaja.
Kena kurus kalau takut suami cari lain
Tak eloklah cakap
“Kak as kena kurus nanti suami cari lain”
Hati perasaan ni Allah jaga. Awal-awal dah berprasangka buruk. Allah ikut apa yg kita fikirkan.
Mamat mata coklat
Kak as masa kenal suami berat dia 75kg. Semua orang ckp muka dia lg hensem dr shahir. Kak as berat dekat 100kg lebih besar dr sherry al hadad
Jerawat kak as penuh kat muka. Hitam. Pakaian plak seluar merah, baju oren tudung hitam. Selekeh. Naik wira buruk
Masa jumpa beliau kak as rasa nak patah balik je. Tak sangka mamat mata coklat galak nak kat kak as
Perempuan cantik tak bijak
Bila tanya kenapa kak as? Yealah. Dia hafiz 30juzuk. Degree pun quran hadis. Kak as hafal yasin dan al-mulk je.
Ayat dia tak habis2 ulang “perempuan cantik tak bijak macam as”
Maksudnya apa?? Maksudnya kak as tak cantik! Hahahhaa
Kisah plak.
Sayang nampak cantik
Tapi lepas kawin dia ubah kak as terus. Dia tak kisah teman kak as shopping 10jam untuk pilih sehelai baju. Yealah orang badan besar mana nak jumpa saiz. Dia teman dan sentiasa bagi pendapat
Dia bukan jenis yang tanya “cantik tak?” dan jawab “cantik”
Dia akan jawab “cantik tapi sayang sesuai warna bla bla. Sayang nampak cantik bla bla”
Nampak? Dia kawin dengan kaunselor tapi dia lebih faham dari kaunselor
Bagi duit pergi spa, beli kosmetik
Dia tak kisah takde duit utk barang dia untuk hantar kak as pergi spa. Jujur cakap beli produk SKII sebulan spend Rm1k.
Dia bukan nak kak as nampak cantik depan mata orang. Tapi depan dia. Sebab tu dia belikan barang mekap yang mahal mcm dior, mars jacobs dan segala mak nenek yg kak as pun tak kenal. Tapi tak bagi kak as guna sangat.
Beli untuk kak as rasa kepuasan. Padahal kak as beli yg rm5 dah okey (cheh! Kliche sgt ayat)
Sayang abang cantik dan baik
Setiap hari ayat dia “sayang abang cantik dan baik”
Benda tu buat kak as jalan melangkah dengan percaya walau hari tu baju kak as terbalik dan tudung senget
Perghhhh. Jangan nampak bab cantik dan tampan tu je ya. Tapi kena tengok bab suami dia tu hafaz al-Quran. Dia pula seorang wanita yang bijak. Tahniah Kak As. Sangat memberi inspirasi. Hanya jauhari mengenal manikam, kan?
Tanggungjawab anak lelaki dalam keluarga memang besar. Tak kira anak sulung atau anak bongsu mereka seharusnya jadi pelindung pada adik beradik perempuan.
Bukan itu saja anak lelaki seharusnya didik menjadi seorang yang bertanggungjawab sejak dari kecil lagi. Kerana mereka adalah bakal suami, bapa, ketua keluarga yang di bahu mereka terletak amanah yang cukup besar.
Justeru itu supaya menjadi lelaki yang lengkap pakejnya perkara berikut menurut Coach Parenting Taufiq Razif perlu diajar kepada anak lelaki sebelum mereka menjengah usia remaja.
Didik Anak lelaki #5 Perkara Ini Sebelum Usia Remaja
#1. Melindungi
Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya
#2. Lemah lembut
Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya
#3. Rajin
Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri
#4. Hormat
Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan
#5. Mencintai
Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya