Dakwat pen kena baju terutamanya warna putih sama ada pakaian sekolah atau pakaian kerja memang buat kita geram.

Kotoran ini kalau dicuci dengan mesin basuh memang takkan hilang, begitu juga kalau diberus atau disental dengan pencuci mahal.

Tapi melalui satu perkongsian video Mahidah Mahali di TikTok, barulah diketahui rupanya ada cara yang mudah sangat untuk menghilangkan kesan dakwat pada baju ini. Caranya hanya menggunakan susu pekat.

Langkah hilangkan dakwat pen guna susu pekat

Dakwat Pen Kena Baju, Guna Susu Saja Untuk Hilangkannya

Ads

1. Jika dakwat yang terkena pada baju hanya sedikit, sediakan lebih kurang satu sudu susu pekat dan masukkan dalam mangkuk besar.

2. Kemudian bancuh dengan air hingga susu larut. Guna air biasa saja.

3. Kemudian rendam bahagian terkena dakwat dalam air susu tadi. Rendam dalam satu jam.Dakwat Pen Kena Baju, Guna Susu Saja Untuk Hilangkannya

Ads

4. Selepas itu gosok sedikit bahagian yang kotor dan akan nampak dakwat menghilang.

5. Seterusnya baju tadi bolehlah dibasuh mesin basuh atau cucian tangan.

Ads

Dakwat Pen Kena Baju, Guna Susu Saja Untuk Hilangkannya

INFO

  • Jika dakwat pen kena baju agak banyak dan sudah lama boleh rendam lebih satu jam dan lebihkan susu. Lakukan proses di atas berulang kali sampai hilang.
  • Cara ini juga boleh menghilangkan kesan darah, pen marker atau cop.
@mahidahmahali_ Rupanya nak hilangkan kesan dakwat, tak perlu beli sabun mahal. Guna je tips jimat ni. Guna susu pekat ✨ Selamat mencuba ya, mak mak sekalian 😁🩷 . . #hilangkandakwat #cleaninghacks #tipsmengemas #homehack #hilangkankesandakwatpadabaju #kongsibersama ♬ original sound – Medd | Home & Lifestyle

Selamat mencuba

Artikel berkait: Tip Mudah Tanggalkan Cebisan Tisu, Kertas Yang Melekat Pada Pakaian Dalam Mesin Basuh 

Artikel lain: Tip Mudah Hilangkan Kesan Kuning Pada Kasut Selepas Dibasuh, Guna Tisu Saja

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI