Ramai wanita yang ‘mengidam’ gelang emas jenis bangle. Nampak lebih bergaya bila mengenakannya. Tapi sebelum beli bangle emas ini kita kena tahu bahawa satu perkara penting tentangnya.
Bangle emas ini sebenarnya enggunakan besi di dalamnya dan ia bukanlah emas padu.
Perkara ini pernah menjadi isu buat pembeli bangle emas ini bila mana mereka tidak mengetahui dalamnya mengandungi besi.
Berkongsi pengalaman, menurut pengusaha kedai Emas Faiz mereka sendiri berdepan 9 kes sebegini. Pembeli menolak bangle tidak menerima harga anggaran oleh penjual dan tidak tahu mengenai besi di dalamnya. Disebabkan itu mereka terpaksa mengeluarkan besi untuk menunjukkan bukti.
“Dua set bangle kami keluarkan besi sebab customer tak nak harga anggaran dan nak tengok bukti. Ini kes kali ke-9.
“Lepas buka dan test barulah customer percaya. Seller tak pernah beritahu mereka tentang besi ini.”
Menurut beliau sebenarnya fungsi spring besi untuk kuatkan bangle bila kita buka & tutup kepit bangle.
Kalau diperbuat daripada emas, lama kelamaan tak tahan sebab emas bersifat lembut. Design ini bukan saja-saja nak letak besi.
Cumanya kebanyakan masih ramai tak tahu tentang perkara ini sewaktu beli. Bila nak jual semula, kita baru tahu disebabkan ada sesetengah seller yang tak bagitau dari awal.
Selalunya pengumpul bangle dah tahu & mereka menganggap ia sebagai upah khas walaupun bayar sekali dengan besi.
@emasfaiz2 set bangle kami keluarkan besi sebab customer tak nak harga anggaran & nak tengok bukti. fungsi spring besi untuk kuatkan bangle. kes ke-9 kali ni♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Bangle emas ala ‘pandora’ pun ada spring besi
Begitu juga bangle jenis pandora pun ada spring besi pada klip di hujungnya. Bila pakai klip nampak lebih fesyen & trending ala-ala selebriti antarabangsa.
Fungsi spring besi pada gelang jenis ini untuk kuatkan klip. Kalau klip itu diperbuat dari emas, ia akan cepat longgar & mudah tercabut sebab emas bersifat lembut. Kalau pakai emas memang tak tahan lama.
Info begini perlu kita maklum sebelum membeli emas dan seller pun kena ada rasa tanggungjawab untuk memberitahu pembeli supaya tak jadi isu kemudian hari.
Kita sebagai pembeli kenalah juga bijak memilih sama ada nak jenis moden yang cantik tapi ada besi di dalamnya ataupun fesyen old scholl tapi emas padu.
Semoga bermanfaat
Sumber: Emas Faiz