
Sama tarikh lahir dengan anak sebelum ini
Puteri Nur Azzahra, atau dipanggil Ara juga dilahirkan pada tarikh 31 Ogos. Wah, senanglah nak sambut majlis hari jadi nanti kan?
Aziz dan Lily ketika kelahiran Ara dulu
Aziz bersama 7 anaknya.
Sumber: Aziz M.Osman
Patutlah Ada Ramai ‘Mak Buyung’ Dalam Satu Office. Kehamilan Boleh ‘Berjangkit’ Rupanya!

Perasan tak kalau kat ofis, bila sorang mengandung tak lama kemudian akan ada beberapa lagi rakan-rakan ikut jejak langkah.
Dah bersalin sekumpulan mak buyung ni, wujud pulak team mak buyung baru. Ada juga best friend mengandung sekali, dengan tarikh bersalin pun hampir sama.
Sebab itulah ada yang kata mengandung ni berjangkit. Tapi boleh percaya ke kata-kata ni?
Sebenarnya ada kajian yang dibuat tentang perkara ini dan memang betul kehamilan ini boleh berjangkit!
Kajian tersebut disiarkan dalam sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association.
Menurut kajian itu, aura kehamilan yang dimiliki oleh seseorang wanita mengandung boleh mempengaruhi rakan-rakan terdekat mereka untuk turut hamil!
Bukan itu saja, sebuah lagi penyelidikan mendapati bahawa ‘risiko’ seseorang wanita untuk hamil akan meningkat apabila lebih ramai rakan mereka yang mengandung dan melahirkan anak dalam tempoh 3 tahun terkini.
Namun perlu dijelaskan bahawa aura tersebut hanya ‘merebak’ dan ‘berjangkit’ melalui cara psikologi, dan bukanlah secara proses biologi.
Maksudnya, kehamilan kawan-kawan terdekat akan mempengaruhi keinginan seseorang wanita untuk turut memiliki zuriat sendiri, walaupun sebelum itu mereka mungkin tidak terfikir untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
3 sebab kehamilan boleh ‘berjangkit’
Menurut kajian pada tahun 2014 tersebut, ada 3 teori mengapa seseorang wanita boleh merasakan sedemikian.
Pembelajaran Sosial: Wanita lebih cenderung untuk merasakan pengalaman menjadi ibu apabila melihat ramai rakan mereka berjaya menempuhinya dengan sukses.
Kalau dulu rasa macam tak bersedia, gementar atau tak ada rasa apa-apa langsung, kini mungkin lebih teruja bila melihat bayi dan anak-anak rakan dengan keletah yang comel dan melucukan.
Pengaruh Sosial: Wanita berasa ‘takut’ untuk ketinggalan apabila melihat ramai rakan mereka telah memiliki zuriat masing-masing. Lagi pun bila kawan-kawan dah ada baby, orang sekeliling mesti tanya kita bila lagi
Berkongsi Kos: Daripada sudut logistik, mungkin ada yang berasa lebih bersedia apabila rakan mereka memberi tips penjimatan dan mahu berkongsi kos tertentu seperti penjagaan anak. Bila dulu terasa beban, bila nampak kawan-kawan semua okey, barulah mula nampak jalan dan lebih terbuka hati.
Ok sekarang dah tau kan kenapa bila kita nampak dua best friend boleh mengandung sama-sama. Ia ada kaitan dengan psikologi.
Bila tengok kawan mengandung, ada baby, bercerita tentang anak kecil secara tak langsung kita sendiri rasa teringin dan mungkin juga faktor ini sekaligus menyediakan tubuh kita untuk hamil.
Jadi ia bukanlah laga perut ya! Tapi walau apa pun kajian yang dibuat, urusan zuriat ini adalah ketentuan Tuhan. Ia berlaku kerana Allah mengkehendakinya.
Sumber: ww.siraplimau.com
Rasa Macam Bertahun Tak Jumpa Walhal Baru Berpisah Berapa Jam. Kisah Pertemuan Dato’ Fazley & Anak Di Masjid Undang sebak

Isi Kandungan
Toggle
Rasanya kalau ada anugerah bapa penyayang, Dato’ Fazley Yaakob ini akan termasuk dalam calon-calonnya. Boleh lihat betapa dia cukup akrab dengan tiga anak lelakinya dan betapa mereka cukup menyayangi penyanyi dan chef selebriti ini.
Jika tidak takkanlah baru seketika tak bertemu dengan Dida (panggilan anak-anak untuk Dato Fazley) mereka dah mula rindu sampai menangis-menangis.
Lihat saja video yang dimuat naik oleh Dato Fazley ini. Kisah pertemuannya dengan anak sulungnya Payish di masjid selepas beberapa jam berpisah. Gayanya macam lapan tahun tak jumpa!
Drama sedih bapa dan anak di masjid
“Tahun ini, semua orang sibuk dengan video raya yang paling sedih. Secara tak sengaja, hari ini saya dan anak sulung saya, terbuat drama sedih jugak. Kisahnya begini…setiap Jumaat kami akan berusaha untuk solat bersama namun yang sering memisahkan kami adalah trafik jam dan hujan.
“Sebab Payish akan ke masjid dari sekolahnya dan saya akan bergegas ke masjid dari ofis. Bermakna, waktu kami tiba di masjid tidak sama. Jadi, kami akan sentiasa berusaha untuk mencari masing-masing sebelum solat bermula. Namun hari ini, saya tak jumpa Payish dan Payish pun tak jumpa saya.
“Jadi saya bergegas keluar ke bawah masjid, cuba sedaya upaya untuk mencari Payish. Apabila saya melihat kelibat Payish, sebak sangat rasa melihat dia sedang terduduk kekecewaan kerana tidak dapat bersua dengan saya di masjid. Bila saya jumpa dia, terus airmata dia bercucuran dengan ungkapan “Didaaa, I thought I won’t see you today.” Terus saya dipeluknya.
“Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh arwah Bapak – Kasih sayang adalah syurga keluarga. Rasa macam bertahun tak nampak anak sendiri walhal baru berpisah berapa jam sahaja,” tulisnya.
A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Video tersebut mendapat 1.3 juta tontonan sejak dimuat naik Jumaat lalu dan rata-rata di ruangan komen netizen sebak menontonnya.
Anak kedua pun sama
Dalam pada itu, Dato’ Fazley turut memuat naik video aksi anak keduanya Piyash turut menangis mencarinya walaupun hanya ditinggalkan seketika ke dapur.
A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Apalah rahsia Dato’ Fazley sampai anak-anak melekat, tak boleh berpisah langsung dengan dirinya. Pada VK satu jer, kasih sayang yang melimpah ruah pada anak-anak!
Sumber: fazleyyaakob
Cara Bersihkan ‘Peta Dunia’ Pada Seat Kereta. Modal Cuma RM15!

Isi Kandungan
Toggle
Bila buka pintu kereta selalu yang kita akan nampak adalah ‘peta dunia’ yang bertompok-tompok pada seat atau tempat duduk depan atau belakang.
Kalau kereta mereka yang dah berkeluarga apatah lagi. Tumpahan air, aiskrim, jajan antara kotoran biasa yang menghasilkan corak peta pada seat kereta jenis fabrik.
Ada yang tak tahan sakit mata akan mengambil khidmat mencuci seat kereta yang kosnya bukan murah.
Alternatif lain, kita boleh bersihkan sendiri peta dunia pada seat kereta kita ini. Berikut adalah cara yang dikongsi oleh Cleaning Assassin, tak susah mana modal pun cuma dalam RM15 saja! So boleh cuba.
1. Buat chemical sendiri
Langkah pertama anda kena buat ‘chemical’ anda sendiri. Bunyi macam susah kan? Padahal senang je. Tuang sesudu sabun pencuci pinggan dan campur dengan air suam ke dalam satu bekas air saiz sederhana. Kacau sehingga sebati.
2. Sembur
Masukkan campuran chemical anda ke dalam botol spray. Kemudian spray rata ke seat anda. Ambil jarak dalam 6-8 inci dari seat.
3. Gosok guna berus lembut
Selepas itu, ambil berus yang lembut, gosok seat anda sehingga bersih. Bahagian yang kotor mungkin memerlukan menggosok berkali-kali. (Jangan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut, ia akan melekat ke dalam seat jika terlerai).
4. Lap dan bilas
Lap dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Bilas kain dengan kerap supaya kotoran tidak kembali pada seat. Ulang banyak kali sehingga kesan chemical hilang.
5. Guna tuala microfiber
Akhir sekali, lap dengan microfiber towel sehingga kering. Selesai satu seat, anda boleh beralih ke seat yang lain.
KOS
1. Sabun basuh pinggan (percuma, ambil kat dapur)
2. Botol spray (percuma, ambil spray untuk iron baju)
3. Berus lembut (RM5)
4. Kain bersih (percuma, ambil kain yang lama)
5. Microfiber towel (RM10)
INFO
- Setiap seat berbeza pengeluar dan material, so kesan tak akan sama.
- Kotoran yang dah lama dan terlampau banyak memerlukan usaha yang lebih untuk menghilangkannya.
- Hasil cucian ini tidak sama dengan cucian profesional berpengalaman yang menggunakan chemical dan mesin yang dikhaskan.
Sumber: http://www.cleaningassassin.com