Ini Bantuan Tunai & Penjimatan Yang Geng Macam Makcik Kiah Terima.
Daripada pengumuman Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat satu contoh yang paling menarik telah diberikan menggambar jumlah satu-satu isi rumah menerima manfaat untuk pakej ini.
Trending di media sosial tentang bantuan yang diterima oleh keluarga Makcik Kiah. Hakikatnya ramai kalangan rakyat yang keadaannya sama seperti Makcik Kiah dan mereka ini boleh tersenyum menerima pemberian tunai dan penjimatan yang berjumlah sebanyak RM8,664
Apa yang banyak sangat Makcik Kiah dapat. Baca penjelasan PM ini:
Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira.
Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik.
Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.Keluarga Makcik Kiah akan dapat;
– Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600,
– Baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500,
– Bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500
– dan bantuan orang bujang sebanyak RM800.
– Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir.
Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.
Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat;
– Penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744,
– Penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800,
– Penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.
– Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.
Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664.Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.
Ringkasnya ini yang Makcik Kiah terima:
Sumber: Muhyiddin Yassin