Hadiah paling manis pada momen yang paling bahagia. Mungkin inilah yang dirasakan oleh Lan Pet pet dan isteri Ruby Che Wan apabila pasangan ini mendapat panggilan haji pada hari ulang tahun perkahwinan ke-11.
Perkara itu diluahkan oleh pelawak ini dalam status di instagramnya semalam sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu.
Lan Pet-pet bersama isteri yang kemungkinan besar sudah pun sampai di tanah suci meluahkan rasa syukur serta mengambil peluang memohon kemaafan selain berdoa agar mereka dikurniakan haji Mabrur
Alhamdulillah… Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari Ulangtahun Perkahwinan kami. Hari ni kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017.
Di kesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami…
Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, di kurniakan kesihatan yg sempurna dan kekuatan Rohani dan Jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah swt.
Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan utk Seluruh Umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yg belum menunaikan Haji pd thn akan dtg insya Allah.
Labaikallah …
Status tersebut mendapat reaksi dari netizen yang mendoakan kesihatan serta kelancaran ibadah haji Lan Pet Pet serta isteri yang juga adik kepada pelakon Rozita Che Wan.
Sumber: Instagram Lan Pet Pet