Kalau duduk rumah teres selalunya akan ada sedikit ruang sama ada di depan atau belakang rumah. Ada pemilik yang sambung rumah atau jadikan tempat bercucuk tanam.
Tapi ramai juga yang biarkan saja ruang ini tumbuh lalang dan rumput. Nak upah orang simen, sikit sangat tak berbaloi. Nak bancuh dan simen sendiri tak pandai pula.
Kalau dah begitu, mungkin kita boleh ikut idea dari Ady ZM. Tak perlu simen bagai, cuma beli bata dan susun. Siap! Kalau luas boleh buat tempat rehat petang hari. Cantik pun cantik.
Modal bata 1 pallet, kos RM150
Katanya modal cuma beli bata 1 pallet, bersamaan 600 biji bata. Kos dalam RM150 saja. Tambahan modal kena ada sikit kerajinan.
Ads
1. Bersihkan dulu rumput dan lalang, kawasan belakang rumah Ady ZM ini luasnya lebih kurang 10×22.
2. Boleh juga jika nak ratakan atau tambak dengan pasir dulu.
3. Kemudian boleh terus susun bata yang dibeli ikut kreativiti. Tak perlu guna simen, susun saja.
Ads
4. Untuk bata bahagian tepi, boleh ketuk dengan tukul kalau terlebih besar. Susun bata ini cuma ambil masa setengah hari saja.
5. Kalau ada bajet boleh beli payung dan kerusi, boleh jadi tempat rehat atau barbeku.
6. Lebihan bata boleh susun untuk jadi tempat letak pasu bunga. Siap!
Masalah singki tersumbat memang akan ‘spoilkan mood untuk memasak. Ada masa nak tak nak kena panggil plumber untuk selesaikan masalah ini. Kosnya lebih kurang RM250.
Supaya tak berlaku kejadian macam ini lagi sebaiknya kita buat langkah pencegahan. Boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Kamal Hamid. Tip ini katanya diperoleh dari pada seorang plumber.
Bagi penjagaan singki untuk elak tersumbat, sebulan sekali lakukan perkara ini;
1. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin.
2. Bila air dah penuh sinki, lepaskan serentak.
3. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya sebulan sekali insya-Allah sinki susah nak tersumbat. Daya tolakan air yang kuat akan bantu flush semua kotoran dalam saluran. Cara ini juga lebih selamat berbanding guna, asid, peluntur, bikarbonat.
INFO
Ini adalah maintainance supaya singki tak tersumbat kalau dah tersumbat memang kena selesaikan dulu. Selepas itu lakukan tip di atas untuk elak kejadian berulang.
Selain itu sebagai langkah pencegahan gunakan juga penapis di corong singki supaya sisa makan tak masuk saluran paip.
Elak jadikan singki sebagai tong sampah untuk membuang sisa makanan, kuah, lemak ayam dan sebagainya, ini adalah punca singki tersumbat.
Roti puri cicah dengan sambal sardin, bilis atau kari memang sedap. Boleh jadi hidangan pagi atau petang pun boleh.
Kalau selalu buat guna yis atau Mauripan, kali ini boleh ikut cara Noraslinda Md Radzhi. Caranya tak menggunakan bahan tersebut tapi lebih rangup, roti sejuk pun tak kempis.
Cara buat roti puri tanpa yis yang rangup, tak kempis bila sejuk
Roti puri tanpa mauripan, lebih rangup dan bila roti sejuk tak kempis. Berbeza buat bila letak mauripan, roti dah sejuk, roti pun kempis. Lain org lain cara kan.
Bahan-bahan
1/2 kilo tepung gandum
1 sdk baking powder
1 biji telur
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
Air
Cara membuat:
1.Tepung gandum, baking powder diayak.
2. Masukkan marjerin dalam tepung diajak tadi dan ramas dijadikan serbuk roti.
3. Masukkan susu pekat dan telur. Gaul dan ramas.
4. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli hingga tak lekat tangan. Bulat-bulatkan. Biar doh rehat selama 20 minit.
5. Panaskan minyak, gelek atau canaikan doh dan goreng. Sambil itu curahkan minyak panas atas roti nanti akan jadi gelembung.
6. Bila dah agak keperangan balikkan. Siap
7. Hidang dengan sambal tumis, sambal sardin atau kari. Nak makan macam tu saja pun sedap.
Banyak biskut dan kek yang menggunakan coklat cair melalui kaedah double boiler dan ramai yang mempraktikkannya ketika musim raya ini.
Tapi ramai juga yang kurang mahir dan tak tahu kaedah betul double boiler ini. Perkongsian daripada Yatie Faizal menjelaskan tentang cara terbaik mencairkan coklat kaedah double boiler. Barulah coklat cair berkilat.
Cara cairkan coklat kaedah double boiler
Cara ini terbaik untuk jaga kualiti coklat, terlebih suhu rasa coklat akan berkurangan.
Bahan diperlukan:
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag
Cara membuat:
1. Masukkan air ke dalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api.
2. Cincang coklat compound supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl
3. Setelah air mendidih, TUTUP API dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark coklat.
4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair.
5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag. Sebelum itu, lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat.
6. Kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering.
DO
Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering.
Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
Cairkan coklat di atas wap air, bukan didalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat.
Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)
DON’T
Tidak tutup api ketika cairkan coklat.
Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah.
Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air.
Menggunakan pewarna water based.
Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat.
INFO
-Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
-Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
-Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...