Sekian lama hidup sendiri, kini tiba masanya penerbit terkenal, A Aida, 48, akan berkahwin lagi. Jodohnya pula dengan lelaki yang jauh lebih muda, iaitu pelakon, Ariff Aziz, 29. Orang kata kalau dah jodoh tidak ke mana.
Mulai berkenalan sejak empat tahun lalu di bawah produksi A.Aida Production, Arif akui dulu hubungan mereka hanya setakat majikan dan pelakon saja. Namun lama kelamaan perasaan semakin sayang dan serasi. Ariff pernah membintangi drama Di Pinggir Neraka dan Isteri Untuk Diiktiraf.
Walau dikecam di laman sosial masing-masing kerana dianggap tidak sesuai disebabkan jarak usia, namun mereka tetap dengan pendirian.
A.Aida dan Ariff akan dinikahkan pada Sabtu ini di sebuah hotel di Subang Jaya. Majlis pula akan diadakan pada April tahun depan bersempena dengan hari jadi A.Aida sendiri.
Menurut laporan Sinar Harian, hubungan mereka ni mula jadi bualan netizen apabila Ariff melamar A Aida di sebuah restoran makanan Arab. Masa tu, mereka makan di sana dan kemudian ada lelaki datang sambil bermain gitar. Ketika itulah Ariff melamar A Aida dengan sebentuk cincin.
“Saya tidak menjangka dia nak buat kejutan di tempat awam. Terharu dibuatnya dan hampir menitiskan air mata. Apatah lagi ramai pula yang tengok. Apa pun, saya menganggap ini kenangan paling indah dalam hidup,” ujar A Aida.
Hidup bermadu bukanlah mudah. Walau ada yang bahagia dengan poligami namun ramai yang mengelak kerana tak sanggup nak calar emosi sendiri. Ariff atau Wan Izma Ariff Abd Aziz, 29, dikatakan berjaya memikat hati A Aida kerana sikapnya yang matang. Tapi paling utama bagi wanita ini ialah Ariff bukan milik sesiapa.
“Walaupun dia masih muda, tapi dia matang. Saya menyukai keperibadian dimiliki. Apa yang penting juga, dia bujang dan bukan hak orang. Ariff akan menguruskan majlis nikah kami. Jadi, doakan yang baik-baik dan segala urusan dipermudahkan,” katanya lagi.
A.Aida juga ada menyatakan hasrat untuk memakai tudung selepas berkahwin. Tiada sesiapa yang memaksa. Hasrat itu timbul sendiri dengan adanya nasihat daripada Ariff.
Vanilla Kismis mendoakan kebahagiaan A Aida dan Ariff akan berkekalan. Usia hanya jarak beza yang tidak menentukan bahagia atau tidak sesebuah perkahwinan. Lihat saja contoh terdekat misalnya Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Mereka tetap bahagia walaupun usia berbeza jauh.
Sumber: https://www.instagram.com/mstaronlineofficial/ & http://www.sinarharian.com.my/hiburan/dilamar-pelakon-muda-a-aida-bakal-kahwin-lagi-1.852949