Pengacara, Datuk Aznil Nanawi memang terkenal dengan sifat suka membantu orang yang berada dalam kesusahan. Terdahulu pernah tular beliau membantu seorang lelaki tua dengan memberikannya sebuah telefon bimbit. Terkini, beliau cuba lagi membantu seorang lelaki tua yang beratur untuk daftar masuk di lapangan terbang.

Melalui posting instagram Aznil dua hari lepas, beliau sedang beratur di barisan kelas perniagaan dan kelas pertama. Manakala lelaki tua itu dilihat beratur di barisan kelas ekonomi.

Ads

MAS di Bangkok

Ini berlaku di kaunter check in MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok semalam.
Seperti biasa jaluran beratur kelas perniagaan dan pertama mmg lengang dan tak ramai orang berbanding kelas ekonomi yang sangat panjang.

Terlihat lelaki tua beratur panjang

Datuk Aznil Tak Berjaya Bantu Lelaki Tua Check In Di Lapangan Terbang, Respon MAS Sangat Dihargai

Paknil terlihat seorang lelaki tua yang berada di hujung garisan beratur kelas ekonomi yg panjang itu.
Paknil tak terbayang bagaimana dia terpaksa berdiri begitu lama sebelum tiba giliran dia untuk didaftar masuk.

Minta kebenaran beri laluan kepada lelaki tua itu

Selanjutnya, Aznil cuba berbicara dengan petugas kaunter untuk membenarkan lelaki tua itu daftar masuk di laluan kelas perniagaan. Ini memandangkan Aznil bersimpati dengan lelaki tua itu yang perlu beratur panjang. Kudrat seorang lelaki tua mungkin tidak terdaya untuk berdiri lama untuk beratur sebelum dapat berurusan untuk daftar masuk.

Paknil cuba nak minta kebenaran dpd petugas kaunter kelas perniagaan bagi memberi laluan kepada lelaki tua itu daftar masuk tetapi tidak diizinkan. Paknil paham mungkin itu SOP nya.

Saran wujudkan kaunter khas

Apabila berdepan dengan situasi begini dan Aznil tidak terdaya membantu lelaki tua itu disebabkan SOP yang diamalkan, Aznil telah mencadangkan supaya MAS mewujudkan kaunter laluan khas untuk golongan yang memerlukan. Ini kerana tidak semua individu mempunyai kudrat yang sama untuk berdiri dan beratur panjang.

Ads

Tetapi #paknil nak syorkan agar MAS mulakan kaunter khas untuk orang tua, wanita mengandung, golongan istimewa dan yg bawa2,kanak. Mungkin kita akan lebih dihormati #malaysiaairlines

Respon MAS dipuji

Melalui video dan caption di instagram, MAS telah memberikan maklum balas yang memberangsangkan. Saranan Aznil akan dibawa ke tengah untuk dibincangkan. Tahniah Aznil. Jika berjaya, nampaknya Aznil telah membantu ramai individu yang memerlukan laluan khas tersebut.

Datuk Aznil Tak Berjaya Bantu Lelaki Tua Check In Di Lapangan Terbang, Respon MAS Sangat Dihargai

 

Ads

Semoga dengan adanya sedikit perubahan tetapi membawa makna yang besar ini boleh menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara terbaik di dunia.

Inilah sebab kita bakal jadi Negara terbaik di dunia. Sedia menerima teguran dan sentiasa positif. Tahniah @malaysiaairlines !!

 

View this post on Instagram

 

Ini berlaku di kaunter check in MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok semalam. Seperti biasa jaluran beratur kelas perniagaan dan pertama mmg lengang dan tak ramai orang berbanding kelas ekonomi yang sangat panjang. Paknil terlihat seorang lelaki tua yang berada di hujung garisan beratur kelas ekonomi yg panjang itu. Paknil tak terbayang bagaimana dia terpaksa berdiri begitu lama sebelum tiba giliran dia untuk didaftar masuk. Paknil cuba nak minta kebenaran dpd petugas kaunter kelas perniagaan bagi memberi laluan kepada lelaki tua itu daftar masuk tetapi tidak diizinkan. Paknil paham mungkin itu SOP nya. Tetapi #paknil nak syorkan agar MAS mulakan kaunter khas untuk orang tua, wanita mengandung, golongan istimewa dan yg bawa2,kanak. Mungkin kita akan lebih dihormati #malaysiaairlines

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

VK kagum dengan orang yang prihatin macam Pak Nil ni. Beliau sangat prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan. Semoga rezeki Pak Nil melimpah ruah dan dipermudahkan urusan beliau dalam kerjaya.

Sumber: Datuk Aznil Hj Nawawi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI