Baru-baru ini Tun Dr. Mahathir Mohamad dinobat sebagai lelaki paling dikagumi di Malaysia. Ia berdasarkan atu kaji selidik dilakukan oleh firma penyelidikan YouGov di United Kingdom.
Tapi siapa pula bagi kategori wanita? Orangnya tak lain tak bukan adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut firma yang mengeluarkan kaji selidik individu paling berpengaruh di seluruh dunia itu, selepas Siti Nurhaliza, Tun Dr. Siti Hasmah dan Neelofa menduduki tempat kedua dan ketiga sebagai wanita paling dikagumi di Malaysia.
Sememangnya ketiga-tiga individu ini mempunyai sisi yang kuat untuk dikagumi. Siti Nurhaliza dengan pencapaian dalam bidang hiburan di dalam dan luar negara.
Siti Hasmah pula sudah tentunya kerana latar belakangnya sebagai isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara Neelofa pula kerana popularitinya sebagai pelakon, pengacara dan juga usahawan tudung berjaya.
Turut tersenarai adalah pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof di tempat ke 10 dan Fazura di tempat ke 14 wanita paling dikagumi di Malaysia.
Sumber: YouGov
Latih Anak Jadi Imam Sejak Kecil Amalan Suami Isteri 3 Anak Cemerlang Maahad Tahfiz
Isi Kandungan
Toggle
Ketika kita dihidangkan secara bertubi-tubi berita remaja yang tenat akhlak, sejuk rasanya hati bila membaca kisah kejayaan ibu bapa mendidik tiga anak ini.
Betapa didikan al-quran itu membantu bukan saja akademik tapi akhlak seorang anak. Inilah yang dipraktikan oleh Ust Dato’Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan zaujah Datin Nik Zulaili.
Hasilnya baca saja kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh anak pasangan ini seperti yang dikongsi di laman Facebook Maznah Mukhtar
Sekalung tahniah buat Ustaz Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman dan zaujah Datin Nik Zulaili Nz Ny Nzny serta anak-anak.
Sebenarnya sudah lama saya dan sahabat-sahabat mengagumi cara, uslub serta pendekatan pendidikan anak-anak mereka.
Tegas dalam santai
Terbaharu , anakanda sulungnya Anas, kini mahasiswa UIAM, telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan sempena Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Negeri dan pada hari ini dianugerahkan Pelajar Mithali YIK 2017.
Semalam 3 putera mereka menerima anugerah tertinggi kecemerlangan dalam setiap peperiksaan awam sempena Mesyuarat Agong PIBG & Penyampaian Hadiah di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong.
Hari ini putera-putera mereka turut menerima Anugerah Khas Kecemerlangan dalam setiap peperiksaan sempena Hari Yayasan Islam Kelantan.
Pada 4 April 2017 artikel saya bertajuk Al-Quran Penyuluh Kecemerlangan dalam ruangan Ibrah di Utusan Malaysia tentang rahsia kejayaan Amir yang diangkat sebagai Pelajar Terbaik SPM 2016 kerana memperoleh 12A .
Rahsia didikan
Ringkasan rahsia didikan hebat pasangan Ust. Dato’ Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman dan Datin Nik Zulaili :
- Solat jemaah di masjid setiap waktu.
- Membaca dan mengulangi hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk sehari.
- Menjadikan rumah sebagai taman ilmu dengan mewujudkan perpustakaan dipenuhi dengan buku sebagai teman.
- Rumah tiada televisyen bagi mengelakkan lagha dan leka.
- Gajet dibenarkan tetapi dengan kawalan masa dan suasana.
- Menghidupkan budaya ilmu dan menghormati guru.
- Sejak kecil dilatih menjadi imam dan didedahkan sebagai pendakwah.
- Restu ayahbonda dan doa menjadi azimat mengiringi keberkatan usratun saiedah.
Buat sekian kalinya, syabas untuk kedua-dua ibu bapa mithali ini dalam merintis kejayaan menuju mardhatillah…
Sumber: Maznah Mukhtar
Jadi Tetamu Allah, Fouziah Gous Mohon Doa, Minta Dihalalkan Makan Minum dan Hutang Jika Ada
Musim haji kembali lagi. Pada tahun ini, menjadi tahun yang begitu bermakna bagi pelakon, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran Yusof kerana mereka dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji pagi tahun 1439H.
Fouziah dan suami ke berlepas ke Tanah Suci Makkah pada hari ini.
Melalui instagram, Fouziah menyatakan hasrat memohon maaf di atas segala kesalahan yang mungkin dilakukannya kepada sesiapa sahaja sama ada dengan sengaja mahupun tidak. Malah dia juga memohon dihalalkan makan minum dan segala hutang jika ada.
Bagi seorang jemaah haji, kesihatan adalah salah satu faktor yang sangat penting. Justeru, Fouziah turut memohon orang ramai mendoakan agar dia sentiasa sihat sepanjang menyempurnakan ibadat haji.
Assalamualaikum wbt السلام عليكم •
Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous & Zhafran Yusof,
dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan Fardhu Haji (1439H) dan akan berlepas ke Tanah Suci ???pada *Khamis 16 Ogos 2018*
Di kesempatan ini, kami menyusun ??sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan & kekhilafan yang secara sengaja atau tidak sengaja kami lakukan di sepanjang persahabatan / perkenalan kita. Mohon dihalalkan makan minum saya dan segala hutang, jika ada.
Doakan kesihatan dan keselamatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti.
Terima kasih.Ikhlas dari kami :
☘*Zhafran Yusof*
☘*Fouziah Gous*
#zhafouhaji
A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on
Sumber: Fouziah Gous
Kelilingi Banjir Tapi Kediaman Ini Tak Dilimpahi Air. Ini Cara Yang Dilakukan Tuan Rumah
Sejak beberapa hari lalu negeri pantai timur termasuk Kelantan dilanda hujan lebat hingga mengakibatkan kejadian banjir.
Namun satu perkara yang menarik perhatian ketika banjir di negeri ini, tular kejadian luar biasa bila sebuah rumah yang terletak di Kg Bukit Abal Pasir Putih tidak ditenggelami meski pun sekelilingnya dinaiki air yang agak tinggi dan deras.
Video tersebut dikongsi oleh pengguna TikTok @ise1199 yang menunjukkan keadaan sebuah rumah yang tidak digenangi air sedangkan di luar termasuk jalan sudah dinaiki air yang tinggi dan laju.
Kejadian itu menimbulkan keterujaan netizen yang tertanya-tanya kaedah yang dilakukan hingga boleh menghindari air banjir dari masuk ke dalam kawasan kediaman yang ternyata lebih rendah daripada jalan yang dinaiki air.
@ise1199 Rumah dia tak masuk air weiii. Banjir di kg bukit abal, pasir puteh kelantan #fyp ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Video yang mendapat tontonan hingga 2.5 juta itu akhirnya mendapat respon daripada anak kepada pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai nama Nurul.
Caranya buat benteng, sendal papan bungkus dengan plastik
Beliau akhirnya memberi jawapan kepada persoalan netizen. Selain dikelilingi tembok batu yang tinggi ujar Nurul, bahagian pintu masuk telah dibuat benteng yang disendal rapat dengan papan dan kemudian dibungkus dengan plastik.
Cara ini air memang tidak masuk ke dalam kediaman menurut beliau. Kaedah tersebut dicuba baru-baru ini memandangkan kawasan kediaman yang turut mempunyai beberapa buah rumah lagi sering dinaiki air bila berlaku banjir pada tahun sebelum ini.
Sumber: @ise1199
Cadangan item persediaan banjir
– Bot kecil (klik SINI untuk beli)
– Plastik kereta kalis air banjir (klik SINI untuk beli)