Daun Tomato Kalau Dikoyak Rupanya Boleh Jadi Racun Organik Berkesan. Ini Cara Membuatnya

Share

Kalau bercucuk tanam di rumah, pokok tomato antara yang selalu ditanam. Namun begitu mesti ramai yang tak tahu bahawa selain dari hasil buah tomato, daunnya juga berguna dan ada kelebihan tersendiri.

Menurut usahawan baja Nur Amirul Nur Azmi daun tomato sebenarnya amat berguna untuk menghasilkan racun organik yang berkesan menghapuskan serangga perosak.

Kelebihan daun tomato kalau dipotong

Lama tak kongsi posting tentang pertanian. Kali ini saya nak kongsi akan kelebihan daun tomato. Daun tomato yang koyak/dipotong akan membebaskan alkaloid yang dinamakan tomatine yang boleh merencatkan dan membawa maut kepada serangga jika kena dos nya, namun selamat untuk tumbuhan dan manusia.

Di sini saya akan kongsikan secara ringkas pembuatan racun organik dari daun tomato ini. Ia berkesan untuk;
– Aphids (afid)
– Hama

Cara membuat

  1. Rendam 1-2 cawan daun tomato yang telah dipotong/dicarik ke dalam 2 cawan air selama semalaman atau 6 jam hingga 12 jam.

2. Tapis keluar daun tomato. Tambah 1-2 cawan air ke dalam air daun tomato. Simpan air daun tomato didalam botol.

3. Sembur bahagian tumbuhan yang perlu terutama dibahagian bawah daun kerana ia merupakan kawasan kegemaran aphids.

Kelebihan

Semburan daun tomato dilaporkan tidak memudaratkan serangga yang bermanfaat kepada tumbuhan.

Pastikan pokok tomato yang korang ambil daun tu bebas dari sebarang penyakit dan virus sebelum dijadikkan racun organik. Tak pasal-pasal jadi agen penyebar penyakit pula.

Semoga bermanfaat

Sumber: Nur Amirul Nur Azmi

Published by
VK