Demi Anak-anak Ibu Ini Sanggup Bina Sendiri Kolam. Sebulan Siap, Bajet RM5k!

Share

 

Rumah siap dengan kolam, ini memang kebahagiaan buat anak-anak. Disebabkan itu jugalah wanita bernama Hezline Atherra ini sanggup menggunakan tulang empat keratnya untuk membina sendiri kolam untuk anak-anaknya.

Selama sebulan dia yang mengorek tanah, mengikat bata dan membuat sendiri proses simen untuk menyiapkan kolam renang idamannya. Selama 2 minggu juga dia mengorek tanah lebih kurang 5 kaki sehingga 3 pagi.

Hasil kerja keras dibantu oleh suami dan adik beradiknya maka sempurnalah kolam yang bajetnya cuma RM5k siap dengan gazebo. Jimat kan.

Bagi yang teringin melakukan perkara yang sama Hezline berkongsi langkah demi langkah yang dilakukan. Terbaiklah ibu ni!

1. Buat pelan dulu.

2. Mulalah cangkul tanah, lebih kurang 5 kaki. Nanti akan naikkan dinding supaya air tak melimpah keliling kolam.

3. Ini part ikat bata. Ikat sendiri ya.

Dah siap separuh bata, ratakan bahagian bawah, letak crusher run kasar. Kemudian letak besi brc, size lupe tapi boleh je mana-mana yang standard ,

Besi brc potong pakai cuter (ni kerja suami).Dan lapiskan dengan campuran simen dan pasir.. (tunggu kering, baru sambung ikat bata)

4. Settle base konkrit bawah, then sambung bata.

Buat piping flow in and out, kalau tu ko pakai baldi je la cebok air. Tapi mummy buat piping tanam dalam konkrit, sebab mummy ikat bata. Selebihnye daddy sambung lepas konkrit siap

Ok, cerita tentang tanam pipe flow in and out, flow in mummy buat 3 saluran air, dan flow out satu salur air. Dan mummy guna dua pump untuk filter air rolling dalam kolam, pump jename apa-apa pun boleh ikut kemampuan dan kapasiti kolam.

5. Mummy niat nak letak lampu dalam kolam, so letak or tak , mummy just buat dulu piping untuk wayar electric (ni pun selebihnya sepupu aku cover job).

Then siap ikat bata pada ketinggian yang ko nak. Lantai garden pun sama, nak besar mana dan ikat bata macam mula-mula tadi.

Ok lepas siap keje memelas dinding, prosesminyak plak lagi sekali untuk bagi effect licin pada lantai dinding kolam..

6. Ok part kolam plak ni adalah proses pengujian. Ini penting untuk kita nak tengok kot kot ada bocor dan crack.

7. Untuk part kemasan dinding, mummy cat kolam dengan cat expoxy waterproof blue colour dan cat ni around RM250 ke atas dan perlu tempah dua minggu ke atas baru sampai.

Ok mumi cerite sikit part cat ni, sebelum proses mengecat, bersih dulu dinding kolam, keringkan dulu, dan sapu habuk pada lantai tu..

Untuk kemasan yang lawa buat 2-3 lapis, lepas kering cat lagi dan lagi. Pengeringan yang sempurna ambik masa 4-5 hari..

Sebelum masukan air, kolam perlu bilas dulu sebab cat ni die punya aroma bau memang pergghh ! Padu beb! Then baru masukan air

8. Buat pagar dan cat.

9. Inilah hasil dia.

Inilah mummy yang gigih buat kolam sendiri.

Takde yang mustahilkan kalau dah tekad. So kalau teringin nak rumah ada kolam bolehlah mulakan projek dari sekarang.

Sumber: Hezline Atherra

Published by
VK