Demi Ayah Aizat Amdan Tunaikan Impian. Doa Ayah Boleh Pulih Daripada Strok

Share

 

Enam tahun lalu ayah Aizat iaitu Datuk Amdan Mat Din telah menulis sebuah puisi yang didedikasikan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Puisi bertajuk Harapan jadi Nyata pernah didendangkan oleh Aizat bersama ayahnya pada hari jadi Dr Mahathir.

Ketika itu keadaan kesihatan ayahnya masih baik. Namun kini agak berbeza. Kesihatan ayahnya yang agak terjejas akibat serangan strok menyedihkan Aizat.

Apatah lagi kini bapanya tidak mampu bercakap atau berjalan, sekali gus tidak dapat menyaksikan detik bersejarah Dr Mahathir yang juga idolanya itu menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi.

 

Ayah masih boleh beri reaksi

Menurut Aizat, ayahnya mungkin tidak memahami situasi politik yang berlaku sekarang. Namun dia tetap gembira apabila ayah masih boleh beri reaksi apabila ditunjukkan gambar Dr Mahathir.

“Agak sedih sebab keadaan kesihatan membuatkan ayah tidak memahami apa yang berlaku sekarang. Tapi kadang-kadang kalau kita nyanyi atau tunjuk gambar Tun, dia akan menunjukkan reaksi.

Lancarkan semula

Perlantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri terkini pada pilihan raya umum yang lalu membuatkan Aizat teringat kembali lagu tersebut. Dia memutuskan untuk melancarkan lagu itu semula semalam. Menurut Aizat, dia berharap lagu ini dapat menyempurnakan impian ayahnya.

 

 

 

Published by
Maryam Elyas