Selalunya pengantin mesti nak gayakan baju ikut cita rasa sendiri bila tiba hari paling bahagia buat mereka. Busana pengantin yang paling indah di pandangan mata mereka.
Tapi lain pula buat Nor Farini Zulkefly dan dua adiknya, demi memenuhi permintaan sang nenek yang berusia 86 tahun mereka sanggup menggayakan mengenakan semula baju pengantin yang pernah dipakai ibu mereka 33 tahun lalu.
“Nenek kami yang sekarang usia 86 tahun kalau boleh nak tengok cucu-cunya pakai kembali baju kahwin yang ibu kami pernah pakai dulu.
“Memandangkan baju tu masih elok, jadi bermula di majlis persandingan saya tahun 2007 saya mengenakannya. Diikuti oleh adik perempuan dan lelaki saya pada tahun 2015 dan terbaru tahun ini,” kata Farini.
Ujarnya lagi kesepakatan dia bersama dua adik juga sangat menggembirakan kedua ibu dan ayahnya tatkala melihat anak-anak menyarung kembali busana kahwin songket lama yang penuh memori itu.
Menariknya Farini turut membuat perkongsian tentang tindakan mereka tiga beradik mengenakan baju kahwin ibu mereka dan gambar-gambar mereka tular di media sosial.
Ceritanya lagi kepada VK walaupun dah berusia 33 tahun tapi baju kahwin ibu dan ayah mereka itu masih lagi dalam keadaan elok kerana dijaga dengan baik oleh ayahnya yang sememangnya seorang yang sangat teliti.
Dalam pada itu akui Farini lagi, dia ada mengubah suami baju kahwin ibunya itu untuk memastikan ia muat dipakai oleh mereka adik beradik.
“Asalnya baju korong tapi kami ubah jadi kebaya. Memang agak rumit bebab perlu ditetas tapi ia kekal menggunakan kain yang sama.
“Kalau ada rezeki kami juga mahu baju kahwin turun temurun ini dipakai oleh anak-anak kami,” jelasnya.
//vanillakismis