Di sebalik gelak ketawa, lawak jenaka dan wajah gembira kala dia menghiburkan penonton, siapa tahu sebenarnya ada derita serta kesedihan yang dilalui oleh pelawak dari Bandung, Indonesia, Vicha.
Berjauhan dengan anak-anak bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh mana-mana wanita bergelar ibu. Namun ada kala ianya perlu dibuat sebab atas dasar tuntutan kerja.
Ads
Semalam Vicha memuat naik video mengenai anak-anaknya di Instagram. Dia membuat kejutan untuk 3 orang anaknya kerana tidak dapat balik kampung berhari raya baru-baru ini.
Menerusi video itu, memang nampak anak-anak Vicha merindui ibunya. Nampak saja kelibat Vicha yang dipanggil Ambu, semua anaknya berlari mendapatkan Vicha dan memeluknya. Sebak sungguh!
Mereka terpaksa berjauhan kerana Vicha bekerja di sini sebagai pelakon dan anak-anaknya ditinggalkan di Bandung dijaga oleh neneknya. Vicha ialah ibu tunggal kepada 3 orang anak perempuan iaitu Aurael Angellina Khezya, 9, Listya Arum Tresnasih, 8, dan Michelle Averina Calista, 6.
Ads
Tak dapat balik sebab kerja
Sekali kali boleh yer kasih surprise buat anak2 ?… jadi hari raya x dapat balik bandung sebab banyak kerja jadi akhirnya baru sempat balik jumat kemarin.
Tak tahu nak bagi jawapan apa
Setiap hari selalu tanya ambu bila balik ? Ambu bila balik ? Dan selalu jawabannya nanti yaa ambu kerja dulu sebab x tahu lagi mesti jawab apa .. i know one day they will understand ??? i just want to say i love my kids so much ❤
Menurut laporan Astro Awani, Vicha sudah 5 tahun menetap di Malaysia sejak menyertai rancangan realiti televisyen Raja Lawak bersama Kumpulan Saywho. Dia semakin mendapat tempat di sini sebagai pelawak dan pelakon.
Keinginan membawa anak-anak berpindah dan bersekolah di sini sudah diusahakan namun semuanya tergendala disebabkan suaminya hilang entah ke mana. Imigresen tidak dapat mengeluarkan pasport untuk anak-anak kerana perlukan pengesahan daripada bapa.
Ads
Menurut Vicha tempoh berjauhan dengan anak-anak selama 5 tahun sudah cukup lama buatnya kerana dia perlu berada di sini untuk bekerja.
Apa pun kita doakan supaya segala urusan Vicha dipermudahkan supaya tidak perlu lagi berjauhan dengan anak-anaknya.
Hadiah paling manis pada momen yang paling bahagia. Mungkin inilah yang dirasakan oleh Lan Pet pet dan isteri Ruby Che Wan apabila pasangan ini mendapat panggilan haji pada hari ulang tahun perkahwinan ke-11.
Perkara itu diluahkan oleh pelawak ini dalam status di instagramnya semalam sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu.
Lan Pet-pet bersama isteri yang kemungkinan besar sudah pun sampai di tanah suci meluahkan rasa syukur serta mengambil peluang memohon kemaafan selain berdoa agar mereka dikurniakan haji Mabrur
Alhamdulillah… Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari Ulangtahun Perkahwinan kami. Hari ni kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017.
Di kesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami…
Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, di kurniakan kesihatan yg sempurna dan kekuatan Rohani dan Jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah swt.
Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan utk Seluruh Umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yg belum menunaikan Haji pd thn akan dtg insya Allah.
Labaikallah …
Status tersebut mendapat reaksi dari netizen yang mendoakan kesihatan serta kelancaran ibadah haji Lan Pet Pet serta isteri yang juga adik kepada pelakon Rozita Che Wan.
Bila dapat isteri atau suami yang garang dan keras kepala pasangan kebiasaannya makan hati. Tak kiralah sikap itu ada pada isteri atau suami.
Tapi berbeza pula dengan lelaki ini, dia mengakui ada sisi positif bila dikurniakan isteri yang keras kepala dan garang. Malah dia sebagai lelaki sanggup menurunkan ego dan mengalah berdepan sikap isterinya itu. Kenapa?
Sebabnya cuma satu; kerana dia mengingati pengorbanan demi pengorbanan yang telah dilakukan isteri sebaik membuat keputusan menjadi pasangan hidupnya. Baca perkongsian menarik dari Rahman Marlis.
Isteri saya salah seorang daripadanya
Isteri yang KERAS KEPALA dan GARANG ni sebenarnya TAK RAMAI, tapi BANYAK. Apa yang positifnya, mereka ni tegas dalam buat keputusan. Orang sekeliling nak hasut pun payah. Susah nak mempengaruhi mereka ni. Apatah lagi nak pikat hati mereka ni untuk dijadikan isteri.
The best thing here is one of them is my wife ?
Perkahwinan aku baru setahun lebih. Normal untuk para suami dan isteri bergaduh kadang² kan. Aku pun sekali sekala mudah melenting kalau tak kena masanya. Kita sebagai suami kena tahu masa bila perlu mengalah dan masa bila perlu bertegas. Jangan asyik mengalah. Nanti nampak yang kita tak boleh memimpin dengan baik.
Ada ketika perlu mengalah,aku banyak mainkan peranan. Turunkan EGO, DIAM, DENGAR dan PENDAM. Sebab aku tahu keadaan akan jadi lebih keruh kalau aku cakap atau balas apa sahaja. Trust me. Woman always right. So layan kan saje dulu.
Bila kita sabar, bertahan isteri makin berubah dan berubah
Suami kena ingat yang kita bukan perempuan. Kita tak kan dapat paham mereka 100%. Perkara kecil pada mata kita, terasa sangat besar pada mata mereka. Jangan melawan. Jangan ikot ego sebagai seorang lelaki pada ketika itu.
Aku ambil pendekatan untuk bertahan, bersabar. Respon yang aku dapat sangat baik dan berkesan. Isteri makin berubah dan berubah.
Mostly bila bergaduh, dia akan cuba bertenang beberapa jam. Give her some time and space. Then, normally dia dengan sendirinya akan datang dan meminta maaf. Dan waktu ni la aku sebagai suami kena turunkan lagi ego ke tahap yang paling rendah.
Aku tak akan hentam atau salahkan dia. Sebab pada aku ini la masa yang sesuai untuk aku bersikap tegas pada dia, sampaikan teguran yang sepatutnya kerana hati isteri betul² lembut ketika itu. Then, we forgive each other.
Kisah ‘perang besar’ yang lucu
Pernah sekali dulu berperang agak besar tapi melucukan (my wife pregnant masa ni) . Aku macam biasa la cuba mengalah. Ambil wuduk,solat. Lepas solat, tengok isteri dah tak ada kat rumah. Merata mencari. Bawah katil. Dalam peti ais. Dalam tudung saji. Belakang pintu. Luar rumah. Dalam kereta. Pun tak ada.
Handphone, beg, semua ada. Rupanya dia menyorok baring bawah teddy bear. Teddy bear tu pulak memang lagi besar drp dia. Memang tak nampak la. Itu pun dia sendiri bagi hint, buat bunyi dari gelang tangan dia supaya aku dengar dan datang pujuk dia.
Aku dah on TV dah sebelum dengar bunyi gelang tu, game Liverpool dah nak start kot. Betul la orang cakap “perempuan merajuk sebab nak dipujuk”
Dia berkorban sejak hari pertama bergelar isteri
Kenapa aku selalu mengalah?
Aku sentiasa ingat segala pengorbanan dia. Dia banyak berkorban sejak hari pertama dia bergelar isteri aku. Dia seorang yang aggressive,lasak, suka shopping, travel, independent, suka make up.
Once she became my wife, dia tinggalkan semuanya termasuk minat dia dalam modelling sehingga dia berubah jadi apa yang dia dah jadi sekarang. Kalau aku kat tempat dia pun, belum tentu aku boleh jadi sekuat dia.
My wife membesar dari kecik di bandar besar Kuala Lumpur. Has a great job and suddenly after 4months we married we decide untuk dia berhenti kerja, be full time housewife.
Berpindah menetap di Temerloh dengan tak ada kawan²,dia bersedia menerima keluarga aku, menerima environment baru dalam hidup dia. Aku la kawan dia. Aku la sahabat dia. I could be anything for her. So aku rasa tak boleh nak kecewakan perasaan dia.
Sebab tu aku banyak mengalah. Aku tahu jiwa dia kadang² memberontak. Tapi demi kasih pada keluarga, dia bertahan. So dia jadi mudah marah. Lama kelamaan, bila dia dah dapat menyesuaikan diri dengan environment baru, aku nampak dia lebih selesa dan tenang.
Ini pula pengorbanan paling besar…
A month before our first anniversary, kami dikurniakan seorang anak lelaki. Alhamdulillah. Pengorbanan paling besar seorang isteri adalah melahirkan anak untuk suami tercinta. Aku ingat lagi ayat dia lepas selamat bersalin.
” Masa doctor suruh ayu push lagi separuh anggota badan anak, sebenarnya ayu dah abis nafas, dah tak kuat. Tapi kalau ayu tak push, ayu takut anak kita mati. Jadi ayu tak fikir panjang, ayu cuba sehabis boleh. Biar la ayu hilang nyawa, asalkan anak kita bernyawa”
Aku ada kat sebelah dia, pegang tangan dia masa kat labour room. I feel it.
Aku tak sesabar dia. Aku tak sekuat dia. Untuk tempoh perkahwinan kami yang baru setahun jagung ini, aku dan dia cuba beri yang terbaik untuk keluarga kecil kami. Aku bukan suami yang baik, tapi aku nak isteri yang baik. So aku berusaha menjadi baik.
Aku pilih untuk setia dan sabar. Tiap² orang yang sabar, Allah dah janji kan ganjaran. Harap ada la ganjaran untuk si suami malam jumaat ni ??
Musim cuti sekolah ni ramailah anak-anak lelaki yang berkhatan. Ibu bapa pun ramai yang mengambil cuti untuk menjaga anak.
Bagi ibu bapa yang kali pertama menjaga anak yang berkhatan mungkin sedikit keliru dengan bermacam-macam tip yang dikongsi, tambah saspen bila ada yang bercerita tentang anak bentan lepas khatan jika tidak dijaga dengan betul.
Walau ada macam-macam tip yang didengar paling elok ambil dari pakar. Ibu bapa boleh ikut tip yang diberikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ini tentang cara penjagaan yang betul agar luka khatan tak bernanah dan anak cepat sembuh.
Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tips penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.
Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
1.Jangan biar lebih 72 jam
Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
– Jangkitan/nanah
– Bengkak/bentan
– Jahitan terbuka
– Keruping melekat pada balutan
2. Cuci 2-3 hari sekali
Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
– Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
– Cuci luka dengan normal saline
– Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
– Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda.
3. Ubat doktor
Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
– Tahan sakit: diambil bila perlu
– Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
– Ubat cucian: lazimnya normal saline
– Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Jika anak mengadu ngilu
Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakaian longgar
Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Boleh berjalan
Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
7. Pastikan minum air secukupnya
Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
8. Jaga pengambilan makanan
Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka akan sembuh 10-14 hari
Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
– Sakit/bengkak melampau
– Nanah yang banyak
– Demam tinggi
– Tak boleh kencing
10. Bawa untuk rawatan susulan
Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
– Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
– Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
– Gam: tak perlu jumpa doktor semula
– Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.
OK, yang last tu bergurau je. Jangan kau minta tukang jahit jahitkan cara tulang belut, mata lalat apa semua.