Di Sebalik Tawa, Siapa Sangka Rupanya Vicha Simpan Kisah Duka, Berpisah Dengan Anak, Suami Hilang Entah Ke Mana

Share

 

 

 

Di sebalik gelak ketawa, lawak jenaka dan wajah gembira kala dia menghiburkan penonton, siapa tahu sebenarnya ada derita serta kesedihan yang dilalui oleh pelawak dari Bandung, Indonesia, Vicha.

Berjauhan dengan anak-anak bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh mana-mana wanita bergelar ibu. Namun ada kala ianya perlu dibuat sebab atas dasar tuntutan kerja.

Semalam Vicha memuat naik video mengenai anak-anaknya di Instagram. Dia membuat kejutan untuk 3 orang anaknya kerana tidak dapat balik kampung berhari raya baru-baru ini.

Menerusi video itu, memang nampak anak-anak Vicha merindui ibunya. Nampak saja kelibat Vicha yang dipanggil Ambu, semua anaknya berlari mendapatkan Vicha dan memeluknya. Sebak sungguh!

Mereka terpaksa berjauhan kerana Vicha bekerja di sini sebagai pelakon dan anak-anaknya ditinggalkan di Bandung dijaga oleh neneknya. Vicha ialah ibu tunggal kepada 3 orang anak perempuan iaitu Aurael Angellina Khezya, 9, Listya Arum Tresnasih, 8, dan Michelle Averina Calista, 6.

 

Tak dapat balik sebab kerja

Sekali kali boleh yer kasih surprise buat anak2 ?… jadi hari raya x dapat balik bandung sebab banyak kerja jadi akhirnya baru sempat balik jumat kemarin.

Tak tahu nak bagi jawapan apa

Setiap hari selalu tanya ambu bila balik ? Ambu bila balik ? Dan selalu jawabannya nanti yaa ambu kerja dulu sebab x tahu lagi mesti jawab apa .. i know one day they will understand ??? i just want to say i love my kids so much ❤ 

Tak nak cakap banyak, rasa nak nangis

Saya kena kerja kuat untuk mereka bahagiakan mereka dan selalu buat mereka happy … alhamdullilah Allah selalu berikan saya rezeki untuk mereka … dah ah x nak cakap banyak rasa nak menangis pulak..
#mykids #myeverything #surprise #mylove#mydaughters #aurael #listya #michelle#perjalanansebagaisinglemotherbukansenang #ambusayangkalian

Usaha cari suami demi anak

Menurut laporan Astro Awani, Vicha sudah 5 tahun menetap di Malaysia sejak menyertai rancangan realiti televisyen Raja Lawak bersama Kumpulan Saywho. Dia semakin mendapat tempat di sini sebagai pelawak dan pelakon.

Keinginan membawa anak-anak berpindah dan bersekolah di sini sudah diusahakan namun semuanya tergendala disebabkan suaminya hilang entah ke mana. Imigresen tidak dapat mengeluarkan pasport untuk anak-anak kerana perlukan pengesahan daripada bapa.

Menurut Vicha tempoh berjauhan dengan anak-anak selama 5 tahun sudah cukup lama buatnya kerana dia perlu berada di sini untuk bekerja.

Apa pun kita doakan supaya segala urusan Vicha dipermudahkan supaya tidak perlu lagi berjauhan dengan anak-anaknya.

 

 

Sumber: Vicha Barbie & Astro Awani

Published by
Maryam Elyas