
Isi Kandungan
ToggleApabila musim PKPB ini macam-macam idea yang keluar. Dari bab mencipta resipi baru, menanam pokok tanaman ataupun menghias rumah.
Masa senggang yang ada inilah digunakan untuk mencantikkan lagi kediaman terutama pada sudut dinding kosong yang selama ini kelihatan suram dan lesu.
Idea menjadikan dinding kosong dari PaintHub Hassan Hardware ini boleh dijadikan ruang kediaman lebih menarik dalam mencipta kelainan.
Apabila siap hasilnya seperti anda memasuki kafe hipster dengan feature wall dinding bata merah stail hipster. Ia kelihatan sangat eksklusif dan mewah.
Selain cara membuatnya yang sangat mudah, bajetnya juga menjimatkan. Paling penting kepuasan apabila dapat melakukan sendiri kerja tangan ini.
Diy Dinding Rumah Ala Bata Merah Stail Hispter
Cara Membuat:
1. Gunakan cat jenis ini.

2. Bancuh terlebih dahulu cat berkenaan.

3. Buat special effect cat pada dinding.

4. Kemudian buat line satu persatu guna laser level measurement dan kikis.

5. Jadikan seperti bentuk bata.

6. Kemudian catkan pula dengan warna merah untuk visual effect seperti bata.

7. Seterusnya cat pula warna putih pada garisan mengikut bata.

8. Dan ini hasilnya. Boleh di dekorasi mengikut citarasa. Letakkan bingkai gambar, pokok hiasan untuk menaikkan seri pada dinding bata ala stail hipster ini.

Artikel berkait:
DIY Meja Study Anak Lekat Pada Dinding, Lepas Pakai Lipat
Langsir DIY Tutup Ruang Bawah Singki Untuk Dapur Belum Ada Kabinet

Isi Kandungan
Toggle
Bila rumah kemas barulah hati tenang. Tapi nak mengemas bahagian dapur paling mencabar adalah bahagian bawah sinki untuk rumah yang tiada kabinet, hanya ada table top saja.
Semua barang tersimpan di bahagian ini akan terdedah dan nampak serabut kalau tak pandai menyusun atur.
Namun terima kasih pada perkongsian Ayzar Nur yang lalu di timeline Facebook admin. Menarik sangat untuk dikongsi.
Bagi menyelesaikan masalah yang sama di dapurnya Ayza Nur mengubah suai shower curtain untuk menutup bahagian ini.
Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.
Paling best modalnya sangat jimat tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.
Caranya ikut langkah ini.
SEBELUM
SELEPAS
Barang yang diperlukan
2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)
4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)
Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)
Cara membuat
1. Potong shower curtain ikut ketinggian table top.
2. Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.
3. Selaraskan panjang curtain bar.
4. Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.
5. kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.
6. Kemaskan dan siap!
Idea lain
Selamat mencuba!
Sumber: Ayza Nur
‘Saya Baca Dia Betulkan’ Irma Hasmie Akui Belajar Mengaji Dengan Suami Kukuhkan Ikatan Suami Isteri

Tatkala pasangan suami isteri lain menjadikan percutian atau candle light dinner sebagai usaha mengerat hubungan dan kasih sayang, Irma Hasmie pula punya cara tersendiri yang dilakukan bersama suami.
Semenjak kehadiran anak-anak, pelakon dan pengacara ini merasakan satu keperluan untuk mewujudkan persekitaran al-Quran di rumah.
Justeru tanpa rasa segan Irma membuka kitab al- Quran dan belajar mengaji daripada suami sendiri yang menurutnya lebih mahir daripada dirinya.
“Al-Quran itu mukjizat untuk umat Islam. Ada banyak kelebihan dan keberkatan bila membacanya. Sama seperti solat berjemaah mengaji al-Quran bersama pasangan itu juga merapatkan silaturrahim.
“Saya sendiri banyak belajar mengaji dengan suami selain ikuti kelas khas. Saya baca dan suami akan betulkan bacaan yang salah memandangkan dia lebih mahir mengaji daripada saya.
” Kami lakukannya bila ada masa terluang. Selalunya bila petang hari selepas selesai segala urusan rumah kami buka al-Quran. Dapat baca dua tiga muka surat pun memadai,”ungkapnya.
Jelas Irma lagi bila ada hasrat untuk memperbaiki diri tidak perlu ada perasaan segan atau malu untuk belajar mengaji daripada suami.
“Lagi pun biar malu belajar daripada malu tak tahu. Sebenarnya belajar mengaji dengan suami sendiri ini bantu membina ikatan suami isteri yang lebih kuat. Kesannya sama seperti masa kita mengajar anak.
“Perkara ini saya praktikkan semenjak ada anak-anak. Kami sedar adalah penting untuk membawa persekitaran yang positif ini di rumah demi kebaikan mereka.
“Justeru kami yang kena mulakan supaya anak-anak juga ikut,”ujar ibu kepada dua anak berusia tiga dan empat tahun
Ikatan jadi makin rapat
Perkara yang sama turut diakui oleh Noor Marzilah Abdul Muttalib, ibu kepada peserta Qari Junior Musim ke-6 Muhammad Harith Hakimi yang juga antara 24 peserta khas memperdengarkan bacaan al Quran dalam program Malaysia #QuranHour Jun lalu.
Turut mempraktikkan cara yang sama dengan Irma Hasmie, Noor Marzilah mengakui belajar mengaji daripada suami memberi kesan dalam membina rumah tangga yang harmoni.
“Bonding atau ikatan akan jadi semakin rapat. Ia juga sebenarnya masa berkualiti dengan keluarga daripada kita habiskannya dengan melayan handphone sendiri-sendiri.
“Lagi pun bila kita belajar mengaji depan anak-anak, mereka akan hormat ibu dan ayah yang sama-sama membaca al Quran dan bukan hanya menyuruh anak-anak melakukannya.
“Walau pun suami tegur dan betulkan bacaan saya depan mereka tapi tak mengapa kerana niat itu adalah untuk belajar,”ujar isteri kepada Mohd Rostan Mohamad Nasir.
Jelasnya pada peringkat awal mungkin ada isteri yang berasa segan tapi lama-kelamaan akan menjadi biasa.
“Malah pada masa itu pasangan akan merasai hikmahnya yang membantu mengeratkan ikatan suami isteri,”katanya.
Bawa Anak Ke Masjid Sejak Kecil, Bapa Ini Buktikan Anak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Baca Al-Fatihah

Isi Kandungan
Toggle
Pernah juga kecoh apabila orang dewasa ditegah membawa anak kecil ke masjid kerana bimbang mengganggu jemaah lain yang hendak solat. Namun, sebenarnya membawa anak kecil ke masjid mempunyai kebaikannya yang tersendiri.
Salah satunya adalah membiasakan si kecil dengan suasana solat berjemaah dan bacaan ayat suci. Walaupun anak kecil memang perangai semula jadinya suka bermain dan barangkali membuat bising, namun dalam masa yang sama anak kecil boleh dididik suka dengan rumah Allah.
Melalui video yang dimuat naik ke Instagram oleh Perunding Motivasi, Sharimi Shaharudin, seorang bapa dilihat membawa anak kecil berusia 3 tahun untuk solat di masjid. Bapa ini ada alasan tersendiri bawa anak ke masjid. Jom ikuti cerita si kecil ini.
Pesan suruh solat di belakang
Ya Allah aku bersyukur sangat hari ini, balik kerja lepak dengan member lama, tiba masa singgah ke Masjid Ukay Perdana, tunai Solat Maghrib. Lepas solat, menanti saja waktu Isya’. Tiba masa nak solat, aku lihat seorang ayah bawa anak kecil ini, dibisik di telinga, pesan suruh solat di belakang. Anaknya turut saja. Kami pun solat. Sedang solat kendengaran suara nyaring budak di belakang ikut bacaan al-Fatihah. Tersenyum aku.
Bila orang berzikir, mulut dia ikut berzikir
Usai solat aku dekati budak kecik yg comel ini, adat budak suka bermain, dia terlompat seronok, adakala ikut ayahnya solat sunat. Bila orang berzikir, mulut dia ikut zikir. Allahu.
Fattah mesra orangnya
Aku nak sembang dengan ayahnya, aku dekati dan perkenalkan diri, tanya nama budak comel ini, Fattah panggilannya baru usia genap 3 tahun semalam.
Ayahnya cerita, dulu pernah bawa dia kat surau R & R, tengah solat Fattah masih bising di tepi, tapi tiba-tiba senyap. Risau ayahnya, habis solat, pandang belakang Fattah takde. Allahu, terus mencari. Kemudian, dia terdengar Fattah panggil ‘ayah’, lega. Rupanya dia ikut orang di situ. Fattah sangat mesra dengan orang. Tadi pun selamba peluk dan salam makmum lain.
Isteri suruh bawa fattah ke masjid
Sejak dari itu ayahnya risau nak bawa ke masjid, tapi bila satu hari, si isteri suruh ayahnya bawak Fattah ke masjid, nak test. Alhamdulillah Fattah ok dan seronok. Ayahnya selalu pesan. Kalau nak ikut lagi, duduk diam-diam.
Boleh baca al-Fatihah dengan cara sendiri
Yang si ayah sebak, 1 hari nak solat di rumah, ayahnya bentang sejadah, Fattah terus berdiri seolah nak solat, kemudian boleh baca Al-Fatihah dengan caranya sendiri. Bayangkan, dengan hanya dengar di masjid, buat anaknya boleh hafal. Fattah selalu ajak ayahnya ke masjid. Dia cakap tadi kat aku, kalau tak hujan baru boleh pergi… Comellll… Panjang lebar aku sembang dengan ayahnya. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan orang yang baik dan suka sharing.
Ajar anak cinta akan masjid
Pengajarannya: -Bawalah anak ke masjid sejak usia kecil lagi. Ajar mereka solat dan cintakan masjid. -Didiklah anak dengan kasih sayang dan tegas mengikut keadaan. -Otak anak masa kecil, mudah nak belajar dan hafal. Jadi jaga mulut kita, kalau baik, dia akan ikut baik, kalau tak baik, begitulah acuannya.
VK kagum betul dengan ibu bapa yang dah ajar anak-anak cintakan rumah Allah sejak kecil.
Sumber: Sharimi Shaharudin